Salah satu event besar yg dinantikan thn depan...insyaAllah.... :D
Monday, December 28, 2009
Cerita situ sana sini.. :)
Posted by An-Naurah at 8:15 AM 3 comments
Wednesday, December 23, 2009
Updates..
Hehe.. terasa malu sendiri nak memulakan entry baru utk blog yang dah berkulat sawang nih. Jutaan ampun dan maaf bagi sesiapa yang rase meluat, menyampah, boring .. dan yang sewaktu dengannya sebab bila bukak aje blog ni..balik2 entry 'Drama 6 Babak'.. hahahaha :D Hakikatnya saya sendiri pun meluat tgk blog sendiri. Husband pun dah perli2 sebab tak update blog. Sebulan dua ni, saya dihambat dengan kesibukan kerja, outstation dan kursus untuk dipenuhi. Saat ni, adela jugak masa sebab bos masih belum masuk ofis untuk semak kerja2 saya dan saya dah membuang 3 hari berlalu begitu saja untuk submit kerja2 saya ke bahagian lain. Agak menghangatkan hati. Faktor sampingan, saya mmg tak suka update blog kalau saya belum transfer gambar2 yang berkaitan entry dari henfon ke PC... selagi saya belum transfer, selagi itu la saya susah nak update blog...hehehehe... Kenapa tak nak transfer? Sekali lagi jawapan yang sama.. sebab saya S.I.B.U.K...
Bulan Nov dan Dis.. saya menguruskan mesyuarat bahagian di Langkawi, sibuk dengan minit mesyuarat dan surat panggilan, sebutharga hotel, urusan dengan persatuan nelayan di Langkawi utk arrangements yang berkaitan.. Balik, beraya 'eiduladha di Melaka, kemudian balik bersiap sedia utk ke kursus Kenegaraan anjuran BTN (alah..yg glamer2 masuk paper tu). Lepas habis BTN, saya dihambat dengan persediaan menghadapi RMK10.. dan skarang, menunggu kelulusan bajet mengurus utk thn depan... dan bos pulak takde utk discussion sedangkan bahagian kewangan dah call hari2 mintak submission bajet secepat mungkin.. GERAMMM!!
PENGALAMAN BTN
Okla.. marilah meredakan kemarahan dengan menulis entry yang menghiburkan hati.. hihi. Saya nak share sikit aje cerita (tak boleh banyak2..saya penjawat awam, hehehe) pengalaman saya melalui kursus BTN. Tak sangka, ketika isu BTN ni tgh panas di'perangi' oleh kerajaan selangor.. saya terpilih untuk ikut serta, dan menilai sendiri isi kandungan modul2 di dalamnya.
Hmm, sebelum pegi BTN ni.. saya dimomokkan dengan cerita2 yg boleh dikatakan negatif la.. tentang latihan ala2 tentera, brainwash, jurulatih/fasi yang garang, henfon dirampas..etc huhu. Dan saya mmg tanya pacik gugel (google), utk baca cerita pengalaman org lain yg ikuti BTN sebelum2 ini. Dan.. cerita negatif2 tu terhakis sikit demi sikit bila ramai mengatakan yang kursus ni seronok ( in terms of learning ). Maka..saya pun agak menunggu2 la utk merasai sendiri keseronokannye. Yang menggundahkan hati saya, tak lain tak bukan..Hanapet la. Makin besar.. makin pandai demand utk ditidurkan oleh saya setiap hari. Mcm mana kalau saya takde utk tidurkannya selama 5 malam?? Saya doa sangat sangat supaya Hana tak menyusahkan maktok dan paktok dengan menangis2 di waktu malam. Takpe..insyaALlah semua ok.
Perjalanan saya bermula pada hari Ahad dari ofis di Jalan Raja Chulan ke Dusun Eco Resort, Bentong dengan bas sewa. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dicampur dengan berenti makan di Genting Sempah. Hehe..menariknya, sebaik sampai di pintu masuk resort, coverage celcom mula menyusut kepada 1 bar.. itu pun ala-ala nyawa ikan. Dalam hati.. abislah, tak dapat contact orang rumah dah pasnih. Bas menurunkan semua penumpang di pintu masuk resort dan kami semua terpaksa menunggu van pickup utk menghantar kami ke chalet yang terletak jauh di dalam (baca: atas bukit) sana. Setelah agak lama menunggu, van yang rupanya mcm van jual ikan pun tiba. Kami..umpama pelarian PATI dipadatkan bersama beg2 yang besar di dalam van tersebut..dan mengharung perjalanan yang menyakitkan belakang dan pinggang. Sebabnye? jalan menaiki bukit itu sangatlah tidak rata dan sentiasa bergegar. Saya agak gayat melihat belakang van yang tidak berdinding dan berpintu tu sambil berdoa, mudah2an saya tak berguling2 jatuh dari van dan terus berguling sampai ke bawah bukit. Seram2...
Ni la pelarian2 PATI tersebut.. " jgn ditangkapin pakk! Saya nggak bersalah.. mau carik rejeki"
Lebih kurang 2km... sampailah kami, pelarian2 PATI ni ke tempat pendaftaran. Sememangnye keadaan muke bumi di keseluruhan resort itu berbukit2, maka.. ke mana2 pun kami sama ada akan naik bukit atau menuruninye. Dengan kasut tumit tinggi, sememangnya potensi utk terseliuh dan terpelecot dan kesakitan kaki amatlah tinggi. Setelah selesai mendaftar di bilik kuliah di atas bukit, maka kami pun check in ke chalet yang terletak di bawah bukit. Sangat azab bersama beg beroda ala2 Akademi fantasia tu. Maka bermulalah dengan rasmi episod kursus saya.
Ni la ghope tempatnye.. dan di bawah adelah katil saya..err, harap maklum..bukan saya penyebab lendutnye katil itu..saya belum pun duduk atas katil lagi
HARI PERTAMA : Selepas minum petang, bermula sesi taklimat oleh urusetia dan ketua fasi. Takde ape yang menarik, cuma yang best.. tiada sebarang arahan utk rampasan henfon. Fuhh..lega. Cadar dan sarung bantal diserah, dan juga beg kursus beserta isi kandungannya. Solat berjemaah adalah diwajibkan sepanjang kursus. Oleh kerana saya dikelilingi oleh wanita2 yang tidak rajin hendak berjemaah di surau, maka hari pertama tu.. hanya 3-4 org sahaja daripada 47 orang yang berjaya berjemaah.. ahahaha. Malamnya pulak.. seperti biasa, kene warning, diajar prosedur utk menerima kehadiran penceramah, diajar lagu Anak kecil main api.. (hehe) dan mendengar ceramah yg sgt menarik tentang Sejarah Malaysia. Lepas ceramah, tido..
Saya dalam outfit student form 6..hehe
HARI KEDUA : Bangun seawal 5.00 pagi utk mandi dan solat berjemaah. Oh..lupe nak bgtau yang air di resort ini SANGAT sejuk. Umpama mandi air batu kerana air diambil terus dari pergunungan sekitar situ. Mmg menyegarkan...tapi..tetap tidak menghalang dari rasa mengantuk bila dengar kuliah pagi. Ditambah dengan kuliah yang langsung tidak terarah.. disampaikan oleh pacik2 jurulatih yang bercerita ttg pengalaman menjadi askar, pengalaman 13 Mei, pengalaman mencari isteri..hihihi. Mmg lari dari formaliti biasa kuliah subuh yang kita sedia maklum, yang biasanya disulami ayat2 alquran, hadith, atau sirah. Hehe..xpelah.. sampaikanla ape2 aje yang baik ye pacik... Usai solat, kami terus ke tapak senaman yang terletak di bhgn plg atas bukit. Mmg terketar2 lutut mendaki. Pagi itu, kami diajar kawat secara lebih kurang. Selesai kawat..rushing utk sarapan secara berjemaah, dan berkejar utk mandi (air sejuk) lagi sebelum menghadapi sesi ceramah secara marathon dari pagi ke petang. Diselangi dengan latihan fisiologi pada sesi senaman petang. Kami diuji dengan latihan imbang badan, lompat tali pendek, tahan nafas, pumping, lompat tepuk kaki dll.. alhamdulillah, markah masih di dalam kedudukan fisiologi yg betul = 25-29 thn..hahahaha. Malamnya pula, bermula sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fasi saya seorang bekas lecturer dan kelihatannya agak skema dan tidak kelihatan 'happening' seperti fasi kump lain. Malam tersebut, saya belum bersesi secara kumpulan dengan fasi..hanya pandang dr jauh. Dalam LDK umum tu, kami diberi lagu2 patriotik utk dipersembahkan pada malam akhir nanti. Lagunye? hehe.. Wawasan 2020. Jam 11.30 malam... LDK umum selesai dan masa utk balik ke bilik. Nak telefon hubby dan hana pun tak sampai hati sebab komfem mengganggu. So, kerinduanla malam tu..huhu..
Dalam dewan ceramah..
HARI KETIGA : Mcm biasa, mandi, solat subuh dan kuliah tak tentu hala. Usai kuliah..mendaki bukit utk senaman pagi. Pagi itu, kami diuji dengan larian 2 km dalam masa 30 minit. Hahaha.. mmg azab sebab jalannya bukan rata dan lurus.. cara lariannya, turun bukit 1km dan kemudian naik bukit kembali ke tapak senaman 1km. And guess what? saya la org plg akhir sampai memandangkan saya tak berlari langsung sepanjang naik bukit tu. Dan catatan masa saya, adelah 14 minit. Hahahahaha...lawak2 :D Sepanjang jalan saya berbual dengan pacik jurulatih yang escort saya..mungkin bimbang saya pitam..wakakaka :D Takdela...mmg saje malas nak lari, tenaga nak pakai byk lagi utk LDK lepas2 tu. Selesai ujian, mandi ape semua, bersiap2 pula utk LDK pertama bersama fasi. Tekaan saya mengenai fasi..separuh betul..separuh tak : Yang betulnya, fasi saya mmg agak skema dari segi penyampaian memandangkan beliau seorang pensyarah dan bekas penjawat awam level tinggi (pencen). So, isi2 beliau mmg bernas dan tersusun. Yang salahnya tekaan saya, rupanya fasi saya ni kaki melawak jugak. Happening jugakla bila ada games. So.. LDK sepanjang hari, LDK 1 : Ice breaking. LDK 2 : rumah pusaka, LDK 3 : penerangan intipati ceramah..Modul plg menarik bg saya utk hari tu..LDK 4: 36 sen. Dalam LDK ni, kami diberi 36 sen (pecahan 20sen, 10sen, 5 sen dan 1 sen) utk padankan nilai2 tersebut pada item2 : AGAMA, NEGARA, BANGSA dan DIRI+KELUARGA. Setelah itu..kami diminta berdebat sesama ahli kump kenapa item2 yg dipilih menjadi pilihan tertinggi dan kenapa item lain rendah. Mmg riuh rendah sesi tu sampai tak sedar yang kami dah berdebat gila2 dari jam 9 hingga jam 11.30 malam tanpa ada sesiapa pun pegi tandas buang air. Hahahaha :D Fasi pun kagum dengan semangat anak2 kump dia yg beriya2 betul. Dan beliau bercadang utk bagi jawapan yang tepat pada LDK keesokan hari. Hahaha... padan muke semua. Masing2 balik ke bilik dengan muka frust.
My LDK team... ye ye ow..budak bawah neh..hahahaha
HARI KEEMPAT : Rutin biasa,mandi,solat dan senaman pagi. Pagi itu senaman agak menarik kerana hanya diajar poco2 dan chicken dance aje. Hehehe... Oleh kerana kaki dah mmg sakit sesakitnya.. poco2 yang simple tu pun jadi sgt meletihkan dan melenguhkan. Saya, sejak hari kedua mmg memakai kasut sukan dalam semua akitiviti. Nasib baik kasut sukan saya berwarna hitam dan yg biasanya dipakai oleh pengawas2 skolah (kasut pallas jazz tu). So, saya kelihatan seperti student form 6 sepanjang kursus. Yang girly2 tu..mentenla pakai kasut high heels naik turun bukit dan kasut yg cantik2 lagi vogue tu dh betukar mcm kasut 2nd hand... huhuhu. Okeh.. LDK time!! saya suka lak LDK nye..hihihi. LDK 5 : penerangan pasal 36 sen. Seperti yang saya dah maklum, pasti skema jawapan BTN berpihak pada NEGARA sebagai keutamaan tinggi dan AGAMA sebagai pilihan kedua. Berbeza dengan semua ahli kumpulan saya. Tak ada sesiapa pun pilih negara sebagai keutamaan tinggi, semua select agama. Kami berbahas pun berdasarkan item2 selain agama sebab kami semua tahu, takde nilai yang terlebih penting dr agama. Tapi fasi kata still negara.. Rasionalnya?? Kalau negara dah tergadai, nak dirikan masjid pun susah, nak solat pun susah. Hehehe.saya hanya senyum. Oh..itu ke definasi agama yang anda maklum? kesian.. :D Beralih pada LDK 6 : BINGO game. Ni pun menarik, main bingo beriya mcm nak pegi berperang. Habis semua dicongak utk dapat markah tertinggi. Akhirnya fasi menempelak gaya baik kat kami kerana katanya.. sebagai bangsa melayu sepatutnya kami berpakat utk dapatkan win-win situation, bukan bergaduh dan bersaing utk menjatuhkan. Pulakk... tak terpikir pulak ke situ kaedahnya. Ingatkan suh lawan biasa.. hehehe. Ade agenda bangsa rupanya. Dan LDK 7 merupakan penamat kami berkumpulan dengan fasi. Fasi buat rumusan dan kami mengucapkan salam widak pada fasi. Kemudian, kami berlatih lagu Wawasan 2020 secara lebih kurang utk pertandingan malam nanti. Malas nak poyo2..bukan dapat hadiah @ point utk kumpulan pun. Sesi senaman ptg..huuu, plg sadis.. kene buat wall climbing, net climbing (cam askar tu), merangkak bawah duri kawat dan mengharung lumpur, kene jalan atas satu tali sambil gayut tangan kat tali atas, dan lalu spider net tanpa jatuh. Selesai sume games lasak2 tu..kami sume diarah mandi kolam utk bersihkan baju dan kasut yg dah hazab tuh. Kemudian, malam..kembali ke LDK umum. Persembahan kumpulan. Mcm biasa.. ade kumpulan yg beriya tapi kebanyakannya mcm kump saya.. bersahaja dan simple. Sume dah penat dan sakit2 badan. Kemudian, kami main game kumpul batu. Sape keluar suara kene tangkap dan penjara..hahaha, dan diarahkan utk bina menara manusia 4 tingkat utk kibar bendera malaysia. Lelaki je la ni..pompuan jadik pagar, pegang2 tangan sambil nyanyi lagi merdeka..hahaha, patriotik sungguh.. :D Lepas tu, kami disajikan slide show..yg memacam adaaa.. boleh nilai sendiri la guna ilmu dan penguasaan isu2 semasa dan politik memasing. Hihihi.. agak provokatif. Yang baik boleh diambil, yg buruk..buangla jejauh. Ada jugak slide2 ngeri tentang pembunuhan muslim di Bosnia, India, Thai, Indon dan mcm2 lagi. Saya tak tertengok pulak mende2 mcm tu. Nanti trauma.. (maryam sgt tak suke perangai saya yg nih..dia kata, org Islam kene kuat!..hihihi). Kemudian, sesi wrap up..kerana secara tak rasminya, kursus saya dah pun tamat. Tinggal esok aje utk hadapi exam dan final jungle trekking. Dan berakhirla malam tu dgn penuh kesyahduan.. lepas ketua fasi bagi rumusan yg syahdu ttg kedudukan org melayu hari ni...huuu...
HARI KELIMA (last) : Pagi..rutin biasa masih berjalan, cuma tanpa senaman.. saya seperti biasa, tak study mane pun.. tak tau nak study apa pun iye jugak. Ceramah takde nota @ handout. Kene refer cakar2 ayam yang dicatit (kalau ada)..hehehe.. nasiblah, exam sume objektif. Pagi tu..hadapi exam dgn lega. Soalan sume agak senang2 la.. banyak pakai logik dari fakta susah2. Sejarah pun part simple2... Setengah jam jawab dah keluar dewan.. ready utk jungle trekking. Sport shoes dah pun lencun sebab game smalam.. terpaksa pakai semula sebab takde option lain..yuckss... Jungle trekking?? hmm..mmg agak mencabar terutama part naik bukit (real bukit okay?) siap gantung pada tali, jalan licin.. dan kaki saya teramat sakit. Tapi..pelan2 la kan.. nak lulus kena habiskan. Setelah sejam..sampai semula ke chalet. Dengan badan yang penat, prepare beg utk balek dan sblm tu..ade sesi penutup pulak. Sekali lagi ade slide show.. yang paham2 ajela kan... reminder sebelum balek kut..hehehe... Kemudian, acara balik pun bermula. Mcm biasa... jadik pelarian PATI semula utk turun bukit, dan dengan tak sabarnya naik bas utk tido sepuas2nya. Dapat port baikkk punya, 2 seat duk sorang..maka tido tak ingatla...sedar2 dah sampai ofis.. cik abe yg jemput. Perghh.. mcm tak percaya dah lalui BTN.. Alhamdulillah 'ala kulli haal...
Kesimpulannya :
1. Ceramah : Isu2 sejarah yang diketengahkan mmg menarik kerana fakta2 yang disebut mmg hidden facts yang tak dicerita dalam buku2 dulu. Asal2 usul ketuanan Melayu, kehadiran Cina dan India.. , kekuasaan sultan, kewujudan Perlembagaan Malaysia yang diagung2kan oleh kesemua penceramah yang menjadi paksi kepada segala2 isu yg diketengahkan dalam kursus. Sampai ade sorang penceramah tu kate..'Perlembagaan Malaysia adalah rujukan yg paling lengkap dan sempurna utk kita'. Yang plg ditekankan adalah 'hak-hak Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan' la... ini jugak tema utk setiap modul2 dalam LDK.
2. LDK : Menarik, tak membosankan dan modul2 yang saya tak pernah hadapi lagi. Mind challenging jugak.
3. Tazkirah : Hm, perlu betul2 diperbaiki. Baik cara penyampaian mahupun isi. Kaedah masa kursus lepas mcm pentazkirah bual2 kosong dengan peserta lelaki. Yang perempuan di belakang tak dengar apa2. Tetiba aje,gelak2... pelik. Harus guna peluang tazkirah untuk naikkan semangat peserta. Kecuali tazkirah guna slide show tu la... tu tazkirah terbaik, siap ada dalil2 lagi..
4. Isu2 politik : Hm, bagi saya mmg agak berat sebelah... seperti biasa, selangor, perak dan pulau pinang adalah subjek2 kebiasaan utk dilemparkan apa2 sahaja yang negatif. Sedangkan isu2 negatif yang turut sama dilakukan juga berlaku di Terengganu, N9, Johor,Perlis... sedangkan isu2 itu langsung tidak disentuh oleh fasi dan penceramah. Provokasi gambar2 pemimpin yang diterjemah sesuka hati juga tak patut. Takkan berdiri di sebelah kaum lain pun dikatakan jadi boneka kaum lain? Ramai aje pemimpin politik berdiri atau duduk di sebelah bangsa lain tak jadi isu pun?. Ceramah politik yg penuh caci maki sebelah pihak aje ditayangkan..sebelah lagi mana? Hehe..politik kat Malaysia ni lebih kurang aje, takde sebelah pihak suci dan sebelah pihak tidak.
All in all... bagi saya, BTN ni bagus..cuma perlu diperbaiki modulnya. Agenda menimbulkan kesedaran tentang bangsa melayu mmg baik tapi perlu berpada2.. Mmg bangsa melayu tgh lupe diri skang nih, rempitla.. hapela. Saya akui, kalau saya tak ambil pengkhususan sains politik Islam dalam pengajian sarjana muda dahulu, pasti saya terima bulat2 dan 100% ..tetapi saya tak dapat menidakkan ilmu2 yang saya pelajari dahulu.. konsep kedaulatan tertinggi, rujukan tertinggi, sifat2 Islam yang 'alamiyah (sejagat), syumuliah(lengkap) dan kamilah(sempurna), dan sirah2 rasulullah SAW sebagai penanda aras dan modul politik Islam yang terbaik. Maka, ada isi2 kursus yang tidak dapat saya terima. Saya sedar, wanita kurang minat nak sembang pasal politik apetah lagi kaji struktur dan isu2 semasa politik. Dan saya perhatikan..peserta wanita hampir kesemuanya menerima bulat2 tanpa mengkaji terlebih dahulu isu2 yang diketengahkan. Bahaya.... Jadila warganegara yang bijak...
Hahaha..nampak mcm sokong pembangkang lak yek.. Takdela... saya academician (wakakakaka...nak muntah wehh). Takdela..maksudnya, saya lebih suka sesuatu tu dinilai dengan adil, saksama dan yang penting benar pada jalannya. Matlamat tak menghalalkan cara. Hahaha.. teringat pepatah yg fasi saya bagi pasal pemimpin kaum kite..katanya " Sebusuk2 daging, kalau dimasak boleh dimakan jua.. tapi seharum2 tulang tak ada gunanya".. Susah aa camtu... asik mengharap 'daging busuk' aje... bila nak dapat 'daging wangi' lak??? Hahahaha...lu pikir la sendirik...
disclaimer : segala pandangan yang diberi adalah bersifat peribadi melalui punca kuasa Perlembagaan Persekutuan perkara 5-13..hahahaha :D
Posted by An-Naurah at 9:41 AM 4 comments
Friday, October 30, 2009
Drama 6 Babak... utk Che Da..
**********************************************************
Cepat..cepat.. kalo lambat, melepassssss .....
Posted by An-Naurah at 9:43 AM 12 comments
Thursday, October 22, 2009
Allah lebih menyayangimu.. Nur Fatimah
***************************************************
Allah izinkan saya menatap kali terakhir wajah nur fatimah.. Nur Fatimah yang ketika itu sudah di dalam bedungan kain kafan. Wajahnya masih mulus, suci dan tenang.. Mengingatkan pada wajah anak saya, Hana ketika dalam lenanya. Memang saling tak tumpah... Tanpa ditahan2 airmata mengalir spontan.
Saya lihat Dijah.. masih mampu mengukir senyum walaupun jelas raut letih dan sedih di wajahnya. Tenang mengalun bacaan alquran. Sungguh luar biasa kekuatan jiwanya. Dan saya tidak mahu terus-terusan menafsirkan kesedihannnya kerana bimbang saya dihanyutkan sama. Airmata saya terus mengalir2 dlm bacaan yasin yang sempat saya alunkan.. sungguh, saya tak dapat menahan diri dari merasa aura kehilangan permata hati dijah, seolah2 saya juga kehilangan..
Saya insaf.. sememangnya siapa2 pun yang kita kasih dan cinta, bukanlah milik mutlak kita. Saya perlu tanamkan dalam diri. Walaupun anak itu lahir dari rahim saya, darah saya mengalir dalam tubuhnya, kasih sayang saya melimpah ruah padanya.. dia bukan tetap milik saya, saya hanya di'tumpang'kan untuk menjaganya. Suatu masa, suatu ketika.. saya tetap perlu memulangkan dia kepadaNYA. Bahkan diri ini sendiri juga perlu pulang kepadaNYA.. Sesungguhnya maut itu adalah sebaik2 peringatan.
Sayu kala ibu dijah (nenek nur fatimah) mengeluarkan gambar2 ceria nur fatimah di dalam persalinan raya. Hanya gambar2 itu tinggal sebagai pengubat rindu pada Nur Fatimah.
Dan malamnya... selepas saya bergurau senda dengan hana, hana lena di sisi saya. Saya kucup pipinya.. lantas saya terbayangkan dijah. Pasti sunyi malam2 dijah. Ya Allah... hiburkanlah hatinya..
Nur Fatimah.. sungguh saya merasa kehilangan kamu sayang.
Dijah.. sungguh saya mengharapkan sedikit kekuatan jiwa kamu .. sahabatku. InsyaAllah permata kamu yang pergi akan berganti..
Posted by An-Naurah at 7:41 AM 2 comments
Wednesday, October 21, 2009
Mini Raya09 Gathering
Ok..here comes the 1st (punctual 3pm) guest.. Cik Che Da... and with her was my long lost KISAS junior, Wan Nurul Amellin (miss her so much) and a new fren.. but she (still) didn't bring her future husband like I always asked!!.. :D :D :D
And the 2nd guest arrived right an hour after the 1st..hehe. Puan Nazihah (Jiah) with her beautiful Sumayyah Syahidah and her dearest husband.. Ust Saaban. Ermm.. Min, rugi tak ikut skali oo :D..
Then...half an hour later, this newly-delivered mum arrived with her husband, Ust Hafeez Abu Seman. At this time, she was in 36 weeks of pregnancy.. and now she already gave birth to a handsome baby boy.. and I still haven't pay a visit yet... Sijangkang is quite far..huhu :D
Tadaa.. the special appereance of the day. Puan Najibah and her cute,adorable 2 months++ Nur 'Aqilah. With Tuan Hisham of course... Now, she settled down in Kuantan..and we could only make conversation thru YM... and only that day, I could see her 'Aqilah after she managed to pass with flying colors in her 'Baby Deliver Examination: July Paper' :D ... Well, I'm one of her 'tutor' to be exact. (gelak guleng2 :))
..and not forgetting the late birds : Rahmat and family (Naimah+Irfan), and the latest bird cum co-organizer who supposed to bring Lemang and Rendang, Cik Aziah.. arrived when everybody was about to give farewell !! And those Lemang were eaten by Tuan Rumah. Luckily the lemang were superb. Rugi aa korang tak makan lemang tuh..hahaha :D
Mothers and Mum-to-be were busy chatting...
And fathers and dad-to-be were busy eating...
While the babies were busy sleeping..
And Big Babies (Hana & Muaz) busy flirting.. Hana got 2 kisses from Muaz that day..hahaha, seems like the unborn Mumtaz has to find another boy... Irfan baby Rahmat perhaps?? Hahahaha :D
And this my 2 lovely 'assistants'.. Yg muke ala-ala ayu tuh.. thanks for helping me through the hectic day. And Hana.. for not meragam and very sporting that day.. always smiling and showing her 2 tooties... hehe. I LOVE both of u till the end of my life!! :)
And again, for all of u guys.. thanks for coming, eventho in short time but really meaningful. Dont know when I could see everyone in a happy time again. Hopefully He would give permission to set the wonderful moment next time..InsyaAllah..amin.. :) I love u..all my dearest fren (for those who made it and also who cant make it... Ukhuwwah sejati lestari selamanya) :)
Posted by An-Naurah at 11:53 AM 4 comments
Thursday, October 15, 2009
Sembuhlah Nurfatimah sayang...
Beberapa hari lalu..saya terima sms dari hairin tentang nurfatimah yg dimasukkan ke ICU dengan punca yang tidak diketahui. Saya terpana dan tak terkata. Ape yang berlaku sebenarnya? Saya khabarkan pada suami dan mengajak saya ke hospital putrajaya. Saya resah... saya tak tahu mcmana nak berbicara dan menenangkan dijah.. dan saya belum mampu dan belum kuat melihat keadaan nur fatimah.. Tambahan saya tak mahu membawa hana ke hospital. Maka saya tangguhkan niat menziarah. Keesokannya saya cuba telefon dijah sebab hati meluap2 ingin berbicara dengan beliau..tapi call di'reject'.. masa kurang sesuai barangkali. Tak apa..saya memahami... Hari itu, saya masih belum 'ingin' melihat nur fatimah... hari demi hari..saya terima berita perkembangan nurfatimah lewat sahabat2 yg tahu...
Kelmarin..suami saya menyatakan hasrat nak ziarah nurfatimah ketika dlm perjalanan pulang dari ofis di cyberjaya.. Saya menunggu2 suami pulang utk tau perkembangan nurfatimah.. Suami ceritakan yang sedih dan pilu... dan dijah bertanyakan saya di mana? Saat itu, saya rasa bersalah yang begitu tebal kerana menangguh2kan keinginan saya... Maka esoknya saya mengajak suami sekali lagi menziarah nurfatimah....
Maka semalam, saya mengumpul kekuatan, menabahkan hati utk melihat keadaan nurfatimah... suami memesan.." nanti jangan nangis ye"... saya diamkan. Debaran bila melihat hospital, hanya Allah aje yg tau.. apetah lagi bila melangkah ke wad ICU. Ramadhan menyambut kehadiran kami sekeluarga. Dan saat saya melihat nurfatimah dari luar kamar ICU.. airmata mula bergenang. Khadijah bersama nurfatimah dan seorang pelawat yang tidak saya kenali. Saya harus menunggu giliran selepas fadzir dan isteri. Tak apa..sabarrr...
Akhirnya giliran saya tiba... dan saya masuk bersama seorang wanita yg tidak juga saya kenali. Saya mendekati katil nurfatimah... dan perkataan pertama saya setelah melihat anak kecil itu " AllahuRabbi".. lalu deraslah airmata saya mengalir2..tak tertahan2, ingin saja saya memeluk bayi kecil yang dipenuhi dengan tiub2 di sana sini.. nurfatimah, apelah yang telah membawa kamu jadi sebegini sayang? dadanya berdegup tapi degup itu dari mesin. Matanya bengkak dan bibirkan kering dan layu. Ya ALlah... sangat meruntun naluri keibuan saya. Saya tersedu sedan di dalam kamar. Hati saya tak lekang merayu padaNya agar mengurniakan keajaibanNya pada anak itu. Kemudian wanita di depan saya pula menangis..
10 minit di dalam kamar itu, saya dan wanita itu keluar. Saya masih belum selesai tersedu sedan. Dan saya lihat khadijah yang tadinya tenang..pun sama mengalirkan airmata. Ya Allah, harapnya saya tidaklah melemahkan semangat dijah dgn esakan saya. Dijah yang menenangkan saya dgn kekuatan jiwanya. Sifat husnuzzhannya lebih kuat berbanding saya.. Dijah memberitahu yang jururawat meminta ibu bapa nurfatimah untuk bermalam di hospital kerana kondisi nurfatimah yang semakin lemah. Sedu saya datang kembali. Dijah meminta izin utk menemani nurfatimah dan saya terus berlalu mendapatkan hana dari suami saya. Saya peluk hana dan menangis kembali. Hana hanya tersengih2 dan menarik2 tudung saya. Kemudian saya ke bilik menunggu dan bertemu ibu dijah dan ramadhan...berbicara lebih kurang dan meminta izin utk pulang memandangkan laungan azan maghrib sudah kedengaran.
Saya serahkan hana pada suami dan kembali ke ruang ICU untuk bertemu dijah sebelum pulang. Dari luar kamar ICU, saya melihat Ramadhan sedang berbicara dgn nurfatimah diselang seli dengan bacaan alquran. Tersentuh hati saya walaupun tidak mendengar butir bicara ayah nurfatimah dan melihat nurfatimah kaku tidak membalas... Kemudian dijah mengusap muka nurfatimah dan berbicara. Airmata saya kembali laju... Saya tidak mahu mengganggu masa berharga mereka dan menunggu hingga salah seorang mereka keluar. Dan akhirnya, setelah 10 minit..Ramadhan keluar dari kamar ICU dan saya meminta izin utk pulang sambil menyatakan harapan agar Allah menetapkan yang terbaik buat mereka sekeluarga..dan mudah2an yang terbaik itu gembira. Ramadhan mengucapkan terima kasih atas ziarah kami dan kami pulang dengan kesayuan.
Dan sejak itu..sehingga kini, wajah mulus seorang bayi yang sedang bertarung dengan nyawa sentiasa bermain di fikiran saya... dan saya sentiasa dirundung kesedihan yang teramat bila mengenangkannya. Saya lebih emosi dalam doa saya kepada nurfatimah berbanding anak saya sendiri.. :'( Kenapa?.. kerana saya tahu..rasa naluri seorang ibu yang baru mendapat anak pertama ! Ya Allah...permudahkanlah urusan keluarga mereka, rahmatilah mereka dengan kegembiraan..kerana mereka adalah antara hamba2Mu yang teguh keimanannya... :'(
Posted by An-Naurah at 4:16 PM 7 comments
Friday, October 2, 2009
'Eid Edition : 1st Episode
The day before raya (Saturday)..
I was busy being a chef at mom in-law's house. Started right on the afternoon after I came by.. we started to cook some common raya menus : I did the sambal goreng (javanese dish - johorean should know this ), kuah kacang and kuah lodeh. I left the main course (rendang ayam) to the senior chef : mama...hehehe :) (Instant)Nasi impits were done by father in-law. Hubby? heee... 'deal' with Hana for sure. We finished everything at 6 o'clock and alhamdulillah.. the last fast-breaking of Ramadhan completely done. Ramadhan left us behind and will only come back next year.. If permissible, insyaAllah.. we'll meet again :'( So.. after maghrib prayer, we had the 'salam-salam' event together.. and I received my 1st (and last) duit raya from my in-laws..hehe, thanks mama + ayah :) After that 'forgiving' and switching duit hari raya event, we perform solat isyak and 'eid takbir.. Right after that, we started our balik kampung journey to Alor Gajah. This year is our turn to spend 1st day of raya at my kampung.. and part of all my worries began : Can Hana stand the situation???
1st day of Raya...
On that day.. we visited 6 houses around alor gajah. And on the last house, hana and me looked very 'selebet' and 'merengas'.. she was very tired coz of her uncertain sleep schedule, dealt(cried) with people who tried to hold her, feeling hot in crowded houses.. and I also got selebet coz of calming her from keep crying. She pulled my tudung, my baju when tried to defend herself from been taken by others..hehe, syian ye... :)
Much worst, after the visits ended.. as I reached my nenek's house. My cousins began the 'main mercun' session..arghh!! I H.A.T.E this part... unfortunately, my hubby took part in this session. What can I say?? I can only nagging myself... Hana was very tired and she couldn't sleep coz of the blasting sounds.. what's the consequence? she whined laa kan??..For God sake! ayooo... at last she slept after those 'gentlemen' had their late nite supper at warung. And the nite gain her peaceful back...
2nd & 3rd day of raya..
More relax than yesterday... everyone was taking their time, had breakfast and watch tv.. most of the relatives already headed to in-laws house and so will us... That afternoon, we had to meet mama & ayah at Garden Hotel, Batu Pahat. So .. after gave farewell greet to my family and the rest of relatives, we began our journey to batu pahat (bp) at 10.30 o'clock a.m. Hana slept all the way from alor gajah to BP..still tired perhaps.. And I can say that she was completely tired for the whole 2 days in BP + Neg.9. She always cried.. and she woke up at night and cried, she cant eat properly.. and the saddest part, she became very passive before we reach N9. Very quiet and keep hugging me. I cant stand of seeing her like that.. Right after we reached hubby's aunt's house.. I took hana to bath. Then after that, she regain her energy :) After maghrib, we rushed to Serdang as everyone of us started to had a headache, moody and 'badan melekit2'.. hehehe. Hana enjoyed her meal that nite so much by finishing the whole mangkuk of nestum. Hahaha... and we ended that nite with early went to sleep.
p/s : Piccas will be attached soon.. I lost my phone cable :p
Posted by An-Naurah at 9:43 AM 0 comments