CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 23, 2009

Updates..

Assalamu'alaikum wrth,


Hehe.. terasa malu sendiri nak memulakan entry baru utk blog yang dah berkulat sawang nih. Jutaan ampun dan maaf bagi sesiapa yang rase meluat, menyampah, boring .. dan yang sewaktu dengannya sebab bila bukak aje blog ni..balik2 entry 'Drama 6 Babak'.. hahahaha :D Hakikatnya saya sendiri pun meluat tgk blog sendiri. Husband pun dah perli2 sebab tak update blog. Sebulan dua ni, saya dihambat dengan kesibukan kerja, outstation dan kursus untuk dipenuhi. Saat ni, adela jugak masa sebab bos masih belum masuk ofis untuk semak kerja2 saya dan saya dah membuang 3 hari berlalu begitu saja untuk submit kerja2 saya ke bahagian lain. Agak menghangatkan hati. Faktor sampingan, saya mmg tak suka update blog kalau saya belum transfer gambar2 yang berkaitan entry dari henfon ke PC... selagi saya belum transfer, selagi itu la saya susah nak update blog...hehehehe... Kenapa tak nak transfer? Sekali lagi jawapan yang sama.. sebab saya S.I.B.U.K...



Bulan Nov dan Dis.. saya menguruskan mesyuarat bahagian di Langkawi, sibuk dengan minit mesyuarat dan surat panggilan, sebutharga hotel, urusan dengan persatuan nelayan di Langkawi utk arrangements yang berkaitan.. Balik, beraya 'eiduladha di Melaka, kemudian balik bersiap sedia utk ke kursus Kenegaraan anjuran BTN (alah..yg glamer2 masuk paper tu). Lepas habis BTN, saya dihambat dengan persediaan menghadapi RMK10.. dan skarang, menunggu kelulusan bajet mengurus utk thn depan... dan bos pulak takde utk discussion sedangkan bahagian kewangan dah call hari2 mintak submission bajet secepat mungkin.. GERAMMM!!



PENGALAMAN BTN

Okla.. marilah meredakan kemarahan dengan menulis entry yang menghiburkan hati.. hihi. Saya nak share sikit aje cerita (tak boleh banyak2..saya penjawat awam, hehehe) pengalaman saya melalui kursus BTN. Tak sangka, ketika isu BTN ni tgh panas di'perangi' oleh kerajaan selangor.. saya terpilih untuk ikut serta, dan menilai sendiri isi kandungan modul2 di dalamnya.



Hmm, sebelum pegi BTN ni.. saya dimomokkan dengan cerita2 yg boleh dikatakan negatif la.. tentang latihan ala2 tentera, brainwash, jurulatih/fasi yang garang, henfon dirampas..etc huhu. Dan saya mmg tanya pacik gugel (google), utk baca cerita pengalaman org lain yg ikuti BTN sebelum2 ini. Dan.. cerita negatif2 tu terhakis sikit demi sikit bila ramai mengatakan yang kursus ni seronok ( in terms of learning ). Maka..saya pun agak menunggu2 la utk merasai sendiri keseronokannye. Yang menggundahkan hati saya, tak lain tak bukan..Hanapet la. Makin besar.. makin pandai demand utk ditidurkan oleh saya setiap hari. Mcm mana kalau saya takde utk tidurkannya selama 5 malam?? Saya doa sangat sangat supaya Hana tak menyusahkan maktok dan paktok dengan menangis2 di waktu malam. Takpe..insyaALlah semua ok.



Perjalanan saya bermula pada hari Ahad dari ofis di Jalan Raja Chulan ke Dusun Eco Resort, Bentong dengan bas sewa. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dicampur dengan berenti makan di Genting Sempah. Hehe..menariknya, sebaik sampai di pintu masuk resort, coverage celcom mula menyusut kepada 1 bar.. itu pun ala-ala nyawa ikan. Dalam hati.. abislah, tak dapat contact orang rumah dah pasnih. Bas menurunkan semua penumpang di pintu masuk resort dan kami semua terpaksa menunggu van pickup utk menghantar kami ke chalet yang terletak jauh di dalam (baca: atas bukit) sana. Setelah agak lama menunggu, van yang rupanya mcm van jual ikan pun tiba. Kami..umpama pelarian PATI dipadatkan bersama beg2 yang besar di dalam van tersebut..dan mengharung perjalanan yang menyakitkan belakang dan pinggang. Sebabnye? jalan menaiki bukit itu sangatlah tidak rata dan sentiasa bergegar. Saya agak gayat melihat belakang van yang tidak berdinding dan berpintu tu sambil berdoa, mudah2an saya tak berguling2 jatuh dari van dan terus berguling sampai ke bawah bukit. Seram2...



Ni la pelarian2 PATI tersebut.. " jgn ditangkapin pakk! Saya nggak bersalah.. mau carik rejeki"



Lebih kurang 2km... sampailah kami, pelarian2 PATI ni ke tempat pendaftaran. Sememangnye keadaan muke bumi di keseluruhan resort itu berbukit2, maka.. ke mana2 pun kami sama ada akan naik bukit atau menuruninye. Dengan kasut tumit tinggi, sememangnya potensi utk terseliuh dan terpelecot dan kesakitan kaki amatlah tinggi. Setelah selesai mendaftar di bilik kuliah di atas bukit, maka kami pun check in ke chalet yang terletak di bawah bukit. Sangat azab bersama beg beroda ala2 Akademi fantasia tu. Maka bermulalah dengan rasmi episod kursus saya.



Ni la ghope tempatnye.. dan di bawah adelah katil saya..err, harap maklum..bukan saya penyebab lendutnye katil itu..saya belum pun duduk atas katil lagi







HARI PERTAMA : Selepas minum petang, bermula sesi taklimat oleh urusetia dan ketua fasi. Takde ape yang menarik, cuma yang best.. tiada sebarang arahan utk rampasan henfon. Fuhh..lega. Cadar dan sarung bantal diserah, dan juga beg kursus beserta isi kandungannya. Solat berjemaah adalah diwajibkan sepanjang kursus. Oleh kerana saya dikelilingi oleh wanita2 yang tidak rajin hendak berjemaah di surau, maka hari pertama tu.. hanya 3-4 org sahaja daripada 47 orang yang berjaya berjemaah.. ahahaha. Malamnya pulak.. seperti biasa, kene warning, diajar prosedur utk menerima kehadiran penceramah, diajar lagu Anak kecil main api.. (hehe) dan mendengar ceramah yg sgt menarik tentang Sejarah Malaysia. Lepas ceramah, tido..


Saya dalam outfit student form 6..hehe



HARI KEDUA : Bangun seawal 5.00 pagi utk mandi dan solat berjemaah. Oh..lupe nak bgtau yang air di resort ini SANGAT sejuk. Umpama mandi air batu kerana air diambil terus dari pergunungan sekitar situ. Mmg menyegarkan...tapi..tetap tidak menghalang dari rasa mengantuk bila dengar kuliah pagi. Ditambah dengan kuliah yang langsung tidak terarah.. disampaikan oleh pacik2 jurulatih yang bercerita ttg pengalaman menjadi askar, pengalaman 13 Mei, pengalaman mencari isteri..hihihi. Mmg lari dari formaliti biasa kuliah subuh yang kita sedia maklum, yang biasanya disulami ayat2 alquran, hadith, atau sirah. Hehe..xpelah.. sampaikanla ape2 aje yang baik ye pacik... Usai solat, kami terus ke tapak senaman yang terletak di bhgn plg atas bukit. Mmg terketar2 lutut mendaki. Pagi itu, kami diajar kawat secara lebih kurang. Selesai kawat..rushing utk sarapan secara berjemaah, dan berkejar utk mandi (air sejuk) lagi sebelum menghadapi sesi ceramah secara marathon dari pagi ke petang. Diselangi dengan latihan fisiologi pada sesi senaman petang. Kami diuji dengan latihan imbang badan, lompat tali pendek, tahan nafas, pumping, lompat tepuk kaki dll.. alhamdulillah, markah masih di dalam kedudukan fisiologi yg betul = 25-29 thn..hahahaha. Malamnya pula, bermula sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fasi saya seorang bekas lecturer dan kelihatannya agak skema dan tidak kelihatan 'happening' seperti fasi kump lain. Malam tersebut, saya belum bersesi secara kumpulan dengan fasi..hanya pandang dr jauh. Dalam LDK umum tu, kami diberi lagu2 patriotik utk dipersembahkan pada malam akhir nanti. Lagunye? hehe.. Wawasan 2020. Jam 11.30 malam... LDK umum selesai dan masa utk balik ke bilik. Nak telefon hubby dan hana pun tak sampai hati sebab komfem mengganggu. So, kerinduanla malam tu..huhu..


Dalam dewan ceramah..






HARI KETIGA : Mcm biasa, mandi, solat subuh dan kuliah tak tentu hala. Usai kuliah..mendaki bukit utk senaman pagi. Pagi itu, kami diuji dengan larian 2 km dalam masa 30 minit. Hahaha.. mmg azab sebab jalannya bukan rata dan lurus.. cara lariannya, turun bukit 1km dan kemudian naik bukit kembali ke tapak senaman 1km. And guess what? saya la org plg akhir sampai memandangkan saya tak berlari langsung sepanjang naik bukit tu. Dan catatan masa saya, adelah 14 minit. Hahahahaha...lawak2 :D Sepanjang jalan saya berbual dengan pacik jurulatih yang escort saya..mungkin bimbang saya pitam..wakakaka :D Takdela...mmg saje malas nak lari, tenaga nak pakai byk lagi utk LDK lepas2 tu. Selesai ujian, mandi ape semua, bersiap2 pula utk LDK pertama bersama fasi. Tekaan saya mengenai fasi..separuh betul..separuh tak : Yang betulnya, fasi saya mmg agak skema dari segi penyampaian memandangkan beliau seorang pensyarah dan bekas penjawat awam level tinggi (pencen). So, isi2 beliau mmg bernas dan tersusun. Yang salahnya tekaan saya, rupanya fasi saya ni kaki melawak jugak. Happening jugakla bila ada games. So.. LDK sepanjang hari, LDK 1 : Ice breaking. LDK 2 : rumah pusaka, LDK 3 : penerangan intipati ceramah..Modul plg menarik bg saya utk hari tu..LDK 4: 36 sen. Dalam LDK ni, kami diberi 36 sen (pecahan 20sen, 10sen, 5 sen dan 1 sen) utk padankan nilai2 tersebut pada item2 : AGAMA, NEGARA, BANGSA dan DIRI+KELUARGA. Setelah itu..kami diminta berdebat sesama ahli kump kenapa item2 yg dipilih menjadi pilihan tertinggi dan kenapa item lain rendah. Mmg riuh rendah sesi tu sampai tak sedar yang kami dah berdebat gila2 dari jam 9 hingga jam 11.30 malam tanpa ada sesiapa pun pegi tandas buang air. Hahahaha :D Fasi pun kagum dengan semangat anak2 kump dia yg beriya2 betul. Dan beliau bercadang utk bagi jawapan yang tepat pada LDK keesokan hari. Hahaha... padan muke semua. Masing2 balik ke bilik dengan muka frust.



My LDK team... ye ye ow..budak bawah neh..hahahaha


HARI KEEMPAT : Rutin biasa,mandi,solat dan senaman pagi. Pagi itu senaman agak menarik kerana hanya diajar poco2 dan chicken dance aje. Hehehe... Oleh kerana kaki dah mmg sakit sesakitnya.. poco2 yang simple tu pun jadi sgt meletihkan dan melenguhkan. Saya, sejak hari kedua mmg memakai kasut sukan dalam semua akitiviti. Nasib baik kasut sukan saya berwarna hitam dan yg biasanya dipakai oleh pengawas2 skolah (kasut pallas jazz tu). So, saya kelihatan seperti student form 6 sepanjang kursus. Yang girly2 tu..mentenla pakai kasut high heels naik turun bukit dan kasut yg cantik2 lagi vogue tu dh betukar mcm kasut 2nd hand... huhuhu. Okeh.. LDK time!! saya suka lak LDK nye..hihihi. LDK 5 : penerangan pasal 36 sen. Seperti yang saya dah maklum, pasti skema jawapan BTN berpihak pada NEGARA sebagai keutamaan tinggi dan AGAMA sebagai pilihan kedua. Berbeza dengan semua ahli kumpulan saya. Tak ada sesiapa pun pilih negara sebagai keutamaan tinggi, semua select agama. Kami berbahas pun berdasarkan item2 selain agama sebab kami semua tahu, takde nilai yang terlebih penting dr agama. Tapi fasi kata still negara.. Rasionalnya?? Kalau negara dah tergadai, nak dirikan masjid pun susah, nak solat pun susah. Hehehe.saya hanya senyum. Oh..itu ke definasi agama yang anda maklum? kesian.. :D Beralih pada LDK 6 : BINGO game. Ni pun menarik, main bingo beriya mcm nak pegi berperang. Habis semua dicongak utk dapat markah tertinggi. Akhirnya fasi menempelak gaya baik kat kami kerana katanya.. sebagai bangsa melayu sepatutnya kami berpakat utk dapatkan win-win situation, bukan bergaduh dan bersaing utk menjatuhkan. Pulakk... tak terpikir pulak ke situ kaedahnya. Ingatkan suh lawan biasa.. hehehe. Ade agenda bangsa rupanya. Dan LDK 7 merupakan penamat kami berkumpulan dengan fasi. Fasi buat rumusan dan kami mengucapkan salam widak pada fasi. Kemudian, kami berlatih lagu Wawasan 2020 secara lebih kurang utk pertandingan malam nanti. Malas nak poyo2..bukan dapat hadiah @ point utk kumpulan pun. Sesi senaman ptg..huuu, plg sadis.. kene buat wall climbing, net climbing (cam askar tu), merangkak bawah duri kawat dan mengharung lumpur, kene jalan atas satu tali sambil gayut tangan kat tali atas, dan lalu spider net tanpa jatuh. Selesai sume games lasak2 tu..kami sume diarah mandi kolam utk bersihkan baju dan kasut yg dah hazab tuh. Kemudian, malam..kembali ke LDK umum. Persembahan kumpulan. Mcm biasa.. ade kumpulan yg beriya tapi kebanyakannya mcm kump saya.. bersahaja dan simple. Sume dah penat dan sakit2 badan. Kemudian, kami main game kumpul batu. Sape keluar suara kene tangkap dan penjara..hahaha, dan diarahkan utk bina menara manusia 4 tingkat utk kibar bendera malaysia. Lelaki je la ni..pompuan jadik pagar, pegang2 tangan sambil nyanyi lagi merdeka..hahaha, patriotik sungguh.. :D Lepas tu, kami disajikan slide show..yg memacam adaaa.. boleh nilai sendiri la guna ilmu dan penguasaan isu2 semasa dan politik memasing. Hihihi.. agak provokatif. Yang baik boleh diambil, yg buruk..buangla jejauh. Ada jugak slide2 ngeri tentang pembunuhan muslim di Bosnia, India, Thai, Indon dan mcm2 lagi. Saya tak tertengok pulak mende2 mcm tu. Nanti trauma.. (maryam sgt tak suke perangai saya yg nih..dia kata, org Islam kene kuat!..hihihi). Kemudian, sesi wrap up..kerana secara tak rasminya, kursus saya dah pun tamat. Tinggal esok aje utk hadapi exam dan final jungle trekking. Dan berakhirla malam tu dgn penuh kesyahduan.. lepas ketua fasi bagi rumusan yg syahdu ttg kedudukan org melayu hari ni...huuu...



HARI KELIMA (last) : Pagi..rutin biasa masih berjalan, cuma tanpa senaman.. saya seperti biasa, tak study mane pun.. tak tau nak study apa pun iye jugak. Ceramah takde nota @ handout. Kene refer cakar2 ayam yang dicatit (kalau ada)..hehehe.. nasiblah, exam sume objektif. Pagi tu..hadapi exam dgn lega. Soalan sume agak senang2 la.. banyak pakai logik dari fakta susah2. Sejarah pun part simple2... Setengah jam jawab dah keluar dewan.. ready utk jungle trekking. Sport shoes dah pun lencun sebab game smalam.. terpaksa pakai semula sebab takde option lain..yuckss... Jungle trekking?? hmm..mmg agak mencabar terutama part naik bukit (real bukit okay?) siap gantung pada tali, jalan licin.. dan kaki saya teramat sakit. Tapi..pelan2 la kan.. nak lulus kena habiskan. Setelah sejam..sampai semula ke chalet. Dengan badan yang penat, prepare beg utk balek dan sblm tu..ade sesi penutup pulak. Sekali lagi ade slide show.. yang paham2 ajela kan... reminder sebelum balek kut..hehehe... Kemudian, acara balik pun bermula. Mcm biasa... jadik pelarian PATI semula utk turun bukit, dan dengan tak sabarnya naik bas utk tido sepuas2nya. Dapat port baikkk punya, 2 seat duk sorang..maka tido tak ingatla...sedar2 dah sampai ofis.. cik abe yg jemput. Perghh.. mcm tak percaya dah lalui BTN.. Alhamdulillah 'ala kulli haal...



Kesimpulannya :


1. Ceramah : Isu2 sejarah yang diketengahkan mmg menarik kerana fakta2 yang disebut mmg hidden facts yang tak dicerita dalam buku2 dulu. Asal2 usul ketuanan Melayu, kehadiran Cina dan India.. , kekuasaan sultan, kewujudan Perlembagaan Malaysia yang diagung2kan oleh kesemua penceramah yang menjadi paksi kepada segala2 isu yg diketengahkan dalam kursus. Sampai ade sorang penceramah tu kate..'Perlembagaan Malaysia adalah rujukan yg paling lengkap dan sempurna utk kita'. Yang plg ditekankan adalah 'hak-hak Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan' la... ini jugak tema utk setiap modul2 dalam LDK.


2. LDK : Menarik, tak membosankan dan modul2 yang saya tak pernah hadapi lagi. Mind challenging jugak.


3. Tazkirah : Hm, perlu betul2 diperbaiki. Baik cara penyampaian mahupun isi. Kaedah masa kursus lepas mcm pentazkirah bual2 kosong dengan peserta lelaki. Yang perempuan di belakang tak dengar apa2. Tetiba aje,gelak2... pelik. Harus guna peluang tazkirah untuk naikkan semangat peserta. Kecuali tazkirah guna slide show tu la... tu tazkirah terbaik, siap ada dalil2 lagi..


4. Isu2 politik : Hm, bagi saya mmg agak berat sebelah... seperti biasa, selangor, perak dan pulau pinang adalah subjek2 kebiasaan utk dilemparkan apa2 sahaja yang negatif. Sedangkan isu2 negatif yang turut sama dilakukan juga berlaku di Terengganu, N9, Johor,Perlis... sedangkan isu2 itu langsung tidak disentuh oleh fasi dan penceramah. Provokasi gambar2 pemimpin yang diterjemah sesuka hati juga tak patut. Takkan berdiri di sebelah kaum lain pun dikatakan jadi boneka kaum lain? Ramai aje pemimpin politik berdiri atau duduk di sebelah bangsa lain tak jadi isu pun?. Ceramah politik yg penuh caci maki sebelah pihak aje ditayangkan..sebelah lagi mana? Hehe..politik kat Malaysia ni lebih kurang aje, takde sebelah pihak suci dan sebelah pihak tidak.


All in all... bagi saya, BTN ni bagus..cuma perlu diperbaiki modulnya. Agenda menimbulkan kesedaran tentang bangsa melayu mmg baik tapi perlu berpada2.. Mmg bangsa melayu tgh lupe diri skang nih, rempitla.. hapela. Saya akui, kalau saya tak ambil pengkhususan sains politik Islam dalam pengajian sarjana muda dahulu, pasti saya terima bulat2 dan 100% ..tetapi saya tak dapat menidakkan ilmu2 yang saya pelajari dahulu.. konsep kedaulatan tertinggi, rujukan tertinggi, sifat2 Islam yang 'alamiyah (sejagat), syumuliah(lengkap) dan kamilah(sempurna), dan sirah2 rasulullah SAW sebagai penanda aras dan modul politik Islam yang terbaik. Maka, ada isi2 kursus yang tidak dapat saya terima. Saya sedar, wanita kurang minat nak sembang pasal politik apetah lagi kaji struktur dan isu2 semasa politik. Dan saya perhatikan..peserta wanita hampir kesemuanya menerima bulat2 tanpa mengkaji terlebih dahulu isu2 yang diketengahkan. Bahaya.... Jadila warganegara yang bijak...


Hahaha..nampak mcm sokong pembangkang lak yek.. Takdela... saya academician (wakakakaka...nak muntah wehh). Takdela..maksudnya, saya lebih suka sesuatu tu dinilai dengan adil, saksama dan yang penting benar pada jalannya. Matlamat tak menghalalkan cara. Hahaha.. teringat pepatah yg fasi saya bagi pasal pemimpin kaum kite..katanya " Sebusuk2 daging, kalau dimasak boleh dimakan jua.. tapi seharum2 tulang tak ada gunanya".. Susah aa camtu... asik mengharap 'daging busuk' aje... bila nak dapat 'daging wangi' lak??? Hahahaha...lu pikir la sendirik...


disclaimer : segala pandangan yang diberi adalah bersifat peribadi melalui punca kuasa Perlembagaan Persekutuan perkara 5-13..hahahaha :D



4 comments:

Khadijah said...

bijak-bijak :)

Faiz Faiza said...

"Rasionalnya?? Kalau negara dah tergadai, nak dirikan masjid pun susah, nak solat pun susah. Hehehe.saya hanya senyum. Oh..itu ke definasi agama yang anda maklum? kesian..."

memang kesian. selalunya pun kmas, kalau kita dh selesa dlm pegangan kita tak mungkin mudah utk terima pegangan org lain walau pun pegangan itu berpaksi kepada ISLAM sendiri.

Allahua'lam

*teringat 'krem' kaki masa pjt spider web yg mengak tu. tpkasa rest a few minutes kt atas. huuu....mmg penat tp excited wat akt2 lasak tu

Maryamnour said...

huwa..huwa..rasa kelakar pun ade bila kita kn ikut 'training'2 ni balik. hari2 yg padat. tapi memang, kdg2 best gak.mama Hana, bila ko nak berubah? Aku kat tgk video tu..tgk! jd berani!

An-Naurah said...

@Dijah : Hehe...besela..dulu kecik2 minum susu dumex :p

@Faiz : Xpela, hidayah Allah jek dpt membantu ..hehehe. Haah, penat xhingat..dah lama badan xdilasak2 camtuh.

@maryam : Nanti ko keje, kene la BTN.. kalo xmo, masuk swasta..hehe :D Alaa.. xleh tgk aa...nanti aku xleh tido malam..huhuhu :p