CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 22, 2009

Allah lebih menyayangimu.. Nur Fatimah

Tepat jam 6.50 pagi, saya mendapat sms dari Tipah yang berbunyi..
"sedihnya. nf dah pergi. xsmpt jmpa.."

Hati saya terasa ngilu... muka terasa perit. Ya Allah.. akhirnya kau pergi jua anakku sayang. Setelah lama bertarung nyawa. Saya berlari ke tingkat atas utk khabarkan pada suami tanpa berfikir butir2 lebih lanjut. Suami terima berita dgn tenang dan menyatakan hasrat utk singgah ke hospital menatap kali akhir. Kemudian hp saya berbunyi kembali tanda terimaan sms.. kali ni dari hairin, bunyinya..
"Salam. Putri kami, nur fatimah tlh kembali ke rahmatullah kira2 pkl 620pg td - ramadhan fitri & khadijah"
Akhirnya berita pengesahan...

Nur Fatimah.. Allah lebih menyayangimu. Syurga telah menunggu2 kehadiranmu. Sesungguhnya kamu sangat beruntung, begitu juga dgn ibu ayahmu... Bukan sedikit ganjaran yang diterima mereka atas kesabaran dan keredhaan mereka menerima pemergianmu.. Sesungguhnya Allah sgt menyayangi kamu sekeluarga...

Al-Fatihah :'( .....

Keletahmu pasti menjadi kerinduan seluruh keluargamu..

***************************************************

Allah izinkan saya menatap kali terakhir wajah nur fatimah.. Nur Fatimah yang ketika itu sudah di dalam bedungan kain kafan. Wajahnya masih mulus, suci dan tenang.. Mengingatkan pada wajah anak saya, Hana ketika dalam lenanya. Memang saling tak tumpah... Tanpa ditahan2 airmata mengalir spontan.

Saya lihat Dijah.. masih mampu mengukir senyum walaupun jelas raut letih dan sedih di wajahnya. Tenang mengalun bacaan alquran. Sungguh luar biasa kekuatan jiwanya. Dan saya tidak mahu terus-terusan menafsirkan kesedihannnya kerana bimbang saya dihanyutkan sama. Airmata saya terus mengalir2 dlm bacaan yasin yang sempat saya alunkan.. sungguh, saya tak dapat menahan diri dari merasa aura kehilangan permata hati dijah, seolah2 saya juga kehilangan..

Saya insaf.. sememangnya siapa2 pun yang kita kasih dan cinta, bukanlah milik mutlak kita. Saya perlu tanamkan dalam diri. Walaupun anak itu lahir dari rahim saya, darah saya mengalir dalam tubuhnya, kasih sayang saya melimpah ruah padanya.. dia bukan tetap milik saya, saya hanya di'tumpang'kan untuk menjaganya. Suatu masa, suatu ketika.. saya tetap perlu memulangkan dia kepadaNYA. Bahkan diri ini sendiri juga perlu pulang kepadaNYA.. Sesungguhnya maut itu adalah sebaik2 peringatan.

Sayu kala ibu dijah (nenek nur fatimah) mengeluarkan gambar2 ceria nur fatimah di dalam persalinan raya. Hanya gambar2 itu tinggal sebagai pengubat rindu pada Nur Fatimah.

Dan malamnya... selepas saya bergurau senda dengan hana, hana lena di sisi saya. Saya kucup pipinya.. lantas saya terbayangkan dijah. Pasti sunyi malam2 dijah. Ya Allah... hiburkanlah hatinya..

Nur Fatimah.. sungguh saya merasa kehilangan kamu sayang.

Dijah.. sungguh saya mengharapkan sedikit kekuatan jiwa kamu .. sahabatku. InsyaAllah permata kamu yang pergi akan berganti..

2 comments:

perantau.tt said...

salam alaik..

terima kasih atas makluman ini..

ana pun sayu baca dan dengar citer ini.. moga ramadhan dan khadijah dikurniakan kekuatan menghadapi dugaan ini...

bahgialah nur fatimah di syurga....

Mama Hana said...

InsyaAllah..sama2 kita doakan. Mereka mmg ibu ayah yg tabah...