CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 28, 2009

MY 1 MONTH OLD HANA


"You're my Honeybunch, Sugarplum..

Pumpy-umpy-umpkin,

You're my Sweetie Pie..

You're my Cuppycake, Gumdrop..

Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye...

And I love you so and I want you to know..

That I'll always be right here..

And I love to sing sweet songs to you..

Because you are so dear..."




Hari ni..genap sebulan Hana lahir ke dunia. Tadi pegi check up kat KPMC. Check up jahitan c-sect saya dan Hana pulak jumpa paeds. Alhamdulillah..semuanya ok aje. Jahitan saya semakin pulih dan takde apa2 infection. Gynae kata insyaAllah lagi 2 minggu dah pulih sepenuhnya. So far, saya pun dah tak rasa sakit2 kat bahagian yang kena jahit tu. Cuma tak lupa kene selalu cuci dgn dettol kat kawasan luka tu utk pastikan kawasan luka sentiasa bersih dan bebas dari bakteria. Makan pun.. dah boleh (dibenarkan) makan ayam, goreng2 tapi tak banyakla. Masih berpantang telur dan seafood sebab takut bentan dan gatal2. Takpe..sobarrrr :D





Hana..mase tengah tunggu turn nak jumpa Dr.






Dan untuk Hana pulak, hari ni dia kena routine check up for 1 month old dan paaaaling penting, kena amik injection Hepatitis B 2nd dose. Saya berdebar2 betul nak tunggu part nih sebab risau Hana meraung tak hingat kat bilik doktor tuh. Huhu... takut nanti saya pulak yang tak tahan sebak. Tapi alhamdulillah.. semuanya ok aje. Doktor cakap Hana sihat sangat2. Jantung, paru2, perut..semuanya ok. Berat Hana dah naik jadi 4kg !! Dan Hana menghadapi injection dia dgn baik. Menangis tetap menangisla.. Hana bukan superhuman okey :) Tapi sekejap aje. Pastu dia terkulat2 dan terus diam. Fuuhhh..lega !! Thanks to Dr. Hajah Afifah, pakar kanak2 KPMC.. puas hati sangat dengan service dia. Ni ada bingkisan dari bilik Dr. Afifah..hehehe..








video





Bila balik rumah, lepas lap2 petang.. Hana mula meragam, bagi susu..pas minum still nangis. Pusing satu rumah dukung dia, still nangis. Buat aksi2 kesukaan dia..pun still nangis. Hubby saya pun call mak dia. Rupa2nya.. mak mentua saya kata, mmg biasa bila lepas kena inject baby meragam terutama waktu malam. Sebab sengal2 inject tu mula terasa.. kebas2 dan perit2 sikit. So, baby jadi tak selesa. Kalau ade jenis yang tak tahan, boleh demam lepas kena inject nih. Macam tu rupanya.. ( betul ke mummy2 senior skalian?? ) Sian Hana.. lepas tuam montot dia dan sapu minyak telon sikit, baru Hana diam.. Sejam lepas tu barula Hana boleh tido.. huuu, sian anak mama nih.. :(



Hmm.. dah sebulan masa berlalu ye? ... Maksudnya, ada sebulan lagi cuti bersalin untuk saya habiskan. Cepatnya masa berjalan. Lepas tu bermula la balik rutin harian bekerja saya. Tak bestnyeww !! .. especially nak berpisah setengah hari dengan Hana :( Kenapa la lambat sangat kerajaan nak putuskan cuti bersalin naik dari 60 hari jadik 90 hari ?? huh !... Takpela.. cari rejeki..



Oklah.. pendek aje. To my beloved Hana, Mama selalu doakan Hana membesar dengan sihat, sempurna dan jadik anak yg solehah. Mama saaaaaaaaaaayang sangat kat Hana. Peliharalah anakku ini ya Allah.. hambaMu yang hina ini memohon padaMu :I

2 comments:

huds said...

mas..lain kali lepas inject terus letak air bawang merah kat tempat inject..petua org tua...takmo bagi baby sengal..n yg penting tak demam...bawak bwg merah yg dah kupas..bila je pas inject kikis sikit bwg merah ngan kuku then lekap kan ia kat tempat inject..insya Allah takder paper..saya dah cuba banyak kali kat nuha..so far alhamdulillah

Mama Hana said...

Ye ke? pakai bawang ke? nanti leh jugak cuba.. thanks huda :) Sesapa ade petua lain lagi??