CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 1, 2009

LET ME INTRODUCE YOU TO MY...



Most beloved darling, adorable and cute little child of ours...



"Assalamu'alaikum sume..Nama saya RAIHANA IZZATI BT. MOHD. KHAIRUDDIN. Mama ngan ayah panggil saya 'Baby Hana'. Saya baru aje lahir ke dunia ni pada 28 Januari 2009, hari Rabu yang lalu. Saya cumelll sangat (ni mama saya yg bagitau). Ok..babai.."





Alhamdulillah..segenap puja dan puji bagi Allah SWT..atas satu lagi anugerah terindah dalam keluarga kami. Kehadiran Baby Hana memang lama kami nantikan. Akhirnya, Hana selamat dilahirkan ke dunia pada 28 Januari lepas melalui pembedahan 'c-sect' pada jam 4.47 petang dengan berat 2.85 kg.




Kenapa 'c-sect'??.. Hmm, ditakdirkan jantung Hana menjadi semakin lemah dalam tempoh kontraksi saya. Jadi doktor decide nak keluarkan Hana secepat yang boleh. Redha ajelah... :I Tapi..lepas tengok Hana lahir...hilang segala rasa sedih saya bila terpaksa menghadapi c-sect tu.. malah rasa bersyukur tak terkata...



Hana, selepas 15 minit dilahirkan...Hai, cair hati tgk muke dia...





RUTIN HARIAN YANG BARU





Hehe..ni yang paling seronok. Hari pertama dan kedua Hana lahir, saya dan hubby masih lagi dalam anjal harian yang biasa. Cuma mungkin saya yang dah mula melalui rutin yang agak lain sikit dari biasa. Memandangkan saya melalui c-sect, makanya malam pertama saya di KPMC agak 'menyakitkan' bila ubat bius beransur hilang, tak boleh makan dan minum membuatkan saya tak keruan dan tak boleh tidur malam. Sepanjang malam berjaga dan sekali sekala melayari internet di henfon hubby (hehe..sempat lagi tu). Malam kedua di KPMC pun susah nak tidur sebab...tak tau kenapa. Mmg tak boleh tidur, mungkin sakit2 di jahitan tu merengat2 dan menganggu kekhusyukan tidur. Kedua-dua malam tersebut, Hana dijaga di nursery KPMC.





Malam ketiga, saya dah pulang ke rumah ibu ayah saya di Kajang. Malam inilah rutin siang malam kami mula berubah. Hana lebih suka menikmati tidur yang best pada waktu siang dan suka dilayan, dibelai dan dimanja pada waktu malam (err..tgh malam ke awal pagi sebenarnye). Huhuhu..maka, kami terpaksa bersengkang mata melayan karenah Hana dan cuba curik2 tidur waktu Hana tidur. Hehe..penat mmg penat tapi seronok sangat. Malam ni (malam ke-5) dijangka Hana akan lebih ber'manja2' memandangkan sepanjang siang tadi..Hana tidur dengan penuh aman tanpa sebarang karenah..hatta nak bagi dia minum susu punyelah susah kejut. Sampai nenda Maryam nour dia yang datang tadi, mengejut dengan penuh keazaman..pun tak berapa berjaya nak kejut Hana..hahaha :D By the way..thanks pd kengkawan yang sudi ziarah Hana dan mamanya tadi : Aziah, Che Da (the takaful woman), Hairin+Muaz (Muaz sudah meng'usyar' Hana, maka..potensi Che Da nak bermenantukan Muaz semakin tipis..kuang3x :D ).. tak ketinggalan, Maryam dan Wani yang datang terlambat sket. Kalo tak,leh wat mini gathering. Oh ye..semalam, Jibah dan husbandnye Hisham pun datang menziarah..waahhhh, Jibah sudah makin kurus (akibat alahan kandungannya)..cayalah Jibah. Hehe..tapi ayah saya kata, Jibah (yang dipanggilnye 'Budak Terengganu' ) yang berisi dulu lebih 'manis' dari sekarang...huhuhu.



KHUSUS UNTUK SUAMI TERSAYANG



Dedikasi khas ini buat suami tercinta. Terima kasih yang tak terhingga sebab menjadi tunjang kekuatan saya dari awal hingga ke hari ini, saat ini. Saya tak dapat nak ceritakan betapa terharunya saya dengan segala apa yang suami saya berikan buat saya sepanjang saya menghadapi pengalaman melahirkan Hana. Kesakitan saya banyak hilang dengan belaian, pengorbanan, dan semangat yang beliau berikan. Katanya.. memang tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tapi saya tau, tak semua suami mampu menghayati erti tanggungjawab dengan sepenuhnya. Bersyukur sangat sebab dikurniakan suami seperti Abang. Di saat pergerakan saya sangat terbatas akibat kesan pembedahan, beliau sangat pantas menjalankan semua tugas rumahtangga, menguruskan Hana, keperluan saya dan ibu ayah saya..sampai sakit2 badan. Dan saya pula tak mampu nak redakan kesakitan beliau. Maafkan Mas.. I love you so much Abang. Thanks for everything…











8 comments:

Anonymous said...

salam, yeayyyy, syukur sangat hana dah kuar, hepi rasa..tahniah kak mas n abuya..

doa utk akak n abuya,

Barakallahu lak fil mauhubi lak, wa syakartal wahib, wa balagha asyuddah, wa ruziqta birrah

(Semoga Allah memberkati kamu dengan kelahiran anak ini dan kamu mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang baik daripada anak ini)

Anonymous said...

tahniah mas...selamat bergelar ibu...

Anonymous said...

Tahniah Mastura, moga jadi ibu yang baik ye

Shu said...

congratulation kak n husband!!! it's the most amazing experience looking our child is growing beautifully.

Faiz Faiza said...

kmas, tahniah sesungguhnya atas anugerah yg dikurnia.

Moga Hana tumbuh subur sbg muslimah sjati sbgaimana mamanya =))

tlg cium hana bg pihak faiz le huhu...

~aRniNaDrah~ said...

CONGRATULATION!!!!!!!!!!!

NuRuL DhiA said...

salam,
tahniah, tarikh lahir baby hana sama ngan aunti la. hana sgt chumel, moga jadi anak yg solehah :)

selamat berpantang

AzlanSajirah said...

Tahniah untuk kehadiran Hana.. Kami bakal menyusul..