CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 15, 2009

LOVE IS IN THE AIR..HANA IS EVERYWHERE

EPISOD : DALAM PANTANG

Huuu… boleh kata mmg bosan betul fasa pantang memantang nih. Tapi saya bukan bosan bab makan. So far (till Hari ke 14 nih) saya masih rase OK dengan menu harian saya. Bahkan saya mmg takde selera nak makan benda2 yang biasa saya makan dulu. Menu harian saya :-

Sarapan : Roti wholemeal 2-3 keping sapu jem + susu Anmum for breastfeeding segelas.


Tengahari : Nasi + ikan (whether sup ikan merah @ ikan parang masak pindang @ ikan tenggiri goreng garing + aneka kunyit dan bawangan @ ikan haruan masak stim) + sayur rebus2 + air suam.

Dinner : Same as breakfast. Malas nak makan nasik.

Hmm..dah lama tak makan buah. Orang tu kata buah ni tak boleh makan, orang ni pulak kata buah ni boleh makan. Haaa…mende ni yang buat saya fed-up dan hangat hati. Kalau refer pada doctor pulak, sume mende boleh makan. Tambahan pulak, luka c-sect saya memerlukan banyak nutrient untuk repair luka2 dalaman dan luaran. Kadang2 cam stress jugak dengan kata2 orang yang banyak khilaf nih. Buat kita rase serba salah aje. ‘Orang2’ ni pulak..bukan org luar, family terdekat jugak..huuu, view negative saya : “Aku yang sakit, biarla aku nak makan ape pun, doctor pun kata boleh makan..takkan la aku nak makan mende yang bukan2..”
View positive saya pulak : “ Takpela..dieorang sume sayang kat aku..”

Takpela..mari menyuburkan segala yang positive ek. Pas bersalin tak baik stress2.. Ada lagi 2-3 minggu nak menghabiskan episode pantang nih.Pasnih..I’m free!!!!...


KENDURI AQEQAH HANA

Alhamdulillah..syukur pada Allah sebab 14/2 lepas, kenduri aqeqah Hana berjaya dilaksanakan. Family terutamanya hubby bertungkus lumus buat preparation. Saya tak dapat nak bantu banyak..sian dieorang. Hanya Allah SWT aje yang dapat membalasnya. Kenduri dimulai dengan berzanji yang di’conduct’ oleh ayah mertua saya dan di ‘assist’ oleh ayah saya. Yang lelain jadi backup voice aje..hahaha :) Lepas tu..Hana dicukurkan. Tak buat pun potong jambul sebab ayah mertua saya kata bidaah. Kemudian disusuli dengan marhaban, doa tahlil seterusnya acara kemuncak..MAKAN KHOMBING :D




Mase kenduri tu, Hana kehilangan rambut lebatnya.Huhu..sedey saya mase tengok rambut2 Hana gugur ke lantai. Tambah sedey tengok Hana meraung sungguh2 mase kene cukur..mungkin tak selesa + lapar. Bagi susu pun still meraung. Last2..siapla Hana jadi budak motak. Paklong saya yang cukurkan kepala Hana. Pas tu..Hana mandi (skali lagi) dan terus tertido. Letih menangis agaknya.


Hana dicukur oleh Paklong




Bagi upah sambil kene cukur...




Sebelum cukur...



Selepas dicukur rambut... motak!!



Seronok jumpa kengkawan lama…seperti biasela, kengkawan yg biase jumpe (Aziah, Hairin) + jarang jumpa : Maryam, Jiah, Wani, Mahfuzah, Ida, Khadijah. Tak ketinggalan, junior + senior saya di KISAS = Najwa Salwana & Ust. Ajwad. Terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis. To Maryam…jasamu dikenang sebab ko dah menyediakan supply lauk aku utk 3 hari…hehe. Lauk ikan bawal masak kunyit + lada hitam ko tu mmg sedap. Mak mertua aku tanya resepi dia. Nanti aku menuntut dgn ko ramuan2 dia yek.





HANA..OH HANAAA..

Hari ni (15/2) Hana dah genap 19 hari. Dia dah mula merubah rutin dia. Malam dah jadi budak baik ( tido aje). Merengek pun mase nak nyusu aje . Sharp every 3 hours dia akan “ekk..eekkk…uwaaaaa” :D Hana meragam mase waktu siang ..dan sebelum tido malam. Bukan meragam ape, asyik nak dikepit aje (dipeluk2). Asal letak dalam baby cot sure dia akan merengek sampai kene hangkat. Kadang2 sampai 5 jam dia tak mau tido..kene gilir2 la. Nasibla acik Nadiah dia rajin melayan kadang2 sampai pukul 1 -2 pagi.

Hana dah tumbuh gigi. Tak tau kenapa boleh awal. Mula mase 3-4 hari Hana lahir ade Nampak mcm tunggul gigi kat gusi dia. Tapi tak percaya la tu tunggul gigi sebab awal sangat. Pastu tunjuk kat doctor. Doktor suspek mende tu ulser mulut dan dibaginya antibiotic. Lama2..mende putih makin jelas dan terzahir akhirnya mende tu adelah gigi. Sian Hana..hari2 gusi dia gatal. Tu antara sebab dia meragam la. Asyik nak mengigit something.



Gigi sulung Hana nan sebatang...


Pastu Hana dah boleh mengiring dan sangat marah kalau kene bedung. Kalau kene bedung, kalau mood dia baik, tahanla dalam 5-10 minit sebelum dia menggeliat2 sampai terbukak bedung dia. Selagi tak buka, selagi tu dia tidur dalam gelisah. Hai..Hana..hana…




ISU SEMASA..


???.. huhu, sepanjang lepas melahirkan Hana, dunia saya hanyala di sekitar baby cot Hana. Saya terpisah dengan cerita2 luar. Tengok tv pun takde selera. Tapi mase isu Perak dan pembubaran kerajaan negeri tu, ter 'capture' juga perhatian saya tapi saya tak ikuti sepenuhnya. Hmm... sedih dengan apa yang berlaku. Marah pun ade juga. Kelakar pun ada..tu la ragam manusia berpolitik. Sangat jauh dengan politik Islam (Tiba2 terbayang wajah lecturer Sains politik Islam saya di UM dulu = Ust Zaidi)..huhu. Malas la nak amik tau. Nanti ade lagi senario baru yang ntah apa2..tengok ajela nanti...

5 comments:

Faiz Faiza said...

gigi se'puntung'mu tetap menjadi "pujaan hatiku" huhu...bahagia fz dengar =))

Mrs. Simplicity said...

salam mas, teringat time saya pantang dulu. hai, mmg la seksa especially nak dengar pantang2 org2 tua ni. bak kata mas, doktor bg je makan sayur buah bagai, tp benda2 tu xde pulak dlm menu makanan kite. huhu...

pasal rambut hana tu dont worry. once dia da dicukur rambut nye, kejap je rambut dia akan tumbuh balik. malah akan lagi lebat. tunggu 2 minggu je. heheh..

hana da tumbuh gigi???? ni la baby yg paling advance yg penah ku dengar setakat ni. cayala hana!

pejuang marhain said...

salam... semoga mas n husband sihat selalu... haru juga jd bini n mak pada masa yang sama... apapun tahniah.... tgk gambar waktu majlis aqiqah... ada ke budak laki batch kita pi kenduri tu..? - mr. halim

Anonymous said...

Terima kasih pada sume yang mendoakan..alhamdulillah, saya..hubby dan Hana sehat2 aje..

Shu said...

dah tumbuh gigi n mengiring? shes so advanced!