Tepat jam 7.55pagi saya sampai di ofis. Lewat pulak hari ni..saya sepatutnya kena sampai di ofis sebelum jam 7.30pagi, kena isi borang lewatla nampaknya. Malam tadi saya tidur di kajang, menjenguk2 rumah ayah saya..siram pokok2 bunga ibu saya. Nampaknya rumah tu macam dah nak jadi mini nursery. Memang menjadi pokok2 tanaman ibu saya. Orang kata ‘tangan sejuk’ kalau tak salah. Pokok2 yang ibu supply ke rumah saya..hehe, takdela sampai tahap layu lagi Cuma tak secantik dan sehijau ibu punya.
Hmm..hari ni sambung lagi kerja2 mengemaskan (bace: mengosongkan) department. Hari terakhir juga saya bertugas secara rasmi di Bangunan Anjung DBKL (dulu namanya Wisma PKNS). Mulai Isnin depan saya akan berada di Menara Olympia. Memang sepanjang minggu ni amat meletihkan. Ditambah dengan nasib tak berapa baik dapat pulak staf2 lelaki yang tak berapa rajin menghulur kudrat. Lebih rela memerhati kaum Hawa mengangkat kotak2 dan menyusun fail2. Boleh pulak tu suruh buat air minum. Orang lelaki ni bab mengudap rajinla..hehe :) Tapi yang bestnya bolehla pakai kasual seminggu dua ni. Tak perlu saya menghabiskan lebih banyak minit untuk melicinkan baju kurung. Paling lega bila tak perlu pakai baju batik hari Khamis. Amatla azab nak melicinkan baju batik sutera ni. Nampaknya polisi kerajaan ni berjaya menguntungkan orang2 teganu yang pandai amik kesempatan mempromosi batik teganu yang katanya murah2 dan cantik. Jadi, orang KL yang malas ke teganu pun terpaksala beli jugak walaupun ansuran 4 kali bayar..hehehehe..
SAYONARA AYAH + IBU + AMEL
Hari ni dah 5 hari ayah, ibu dan adik saya Amel berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah dan ziarah. Alhamdulillah, sampai juga hajat ayah dan ibu nak ke sana buat kesekian kali. Kali ni rezeki Amel dapat ikut sama. Kali pertama ayah ibu pegi dulu saya dah ikut . Waktu tu sebaya Amel la juga – 12 tahun. Cuma Amel lebih beruntung kali ni sebab dapat ziarah ke Jordan dan Syria sama. Seronoknya..jeles pulak saya. Nak buat mcmana..kakakmu ini masih belum cukup fulusss :p
Ahad lepas, saudara mara dari alor gajah melaka datang berziarah. Dapat melepaskan rindu pada atuk dan nenek yang dah lama tak datang. Mama dan ayah (mentua) pun ada juga. Kiranya memang meriahla rumah ayah ahad lepas. Tak menang tangan dibuatnya. Nasibla cik abg saya ni rajin ke dapur (untuk menyakat saya)..hehe. Takdelah kelam kabut sangat. Tepat jam 6.30 petang, tetamu terakhir mengucapkan selamat jalan kepada ibu ayah. Isnin esoknya, mereka selamat berangkat dengan penerbangan jam 3 petang. Selamat beribadah dan menelusuri sirah :)
SAYONARA ICEMAN..
Hari Ahad ni pulak, cik abe kesayangan akan berlepas ke Jepun..kemudian ke Korea dan Hong Kong destinasi akhir. Hmm..saya keseorangan lagi. Takpela..cari rejeki, relakan aje. Dah banyak kali dia outstesen tapi saya masih selalu rase sedih. Kali ni lebih sedih dan tak best kut sebab mak ayah saya takde (biase kalau dia o.s saya akan berhijrah kejap ke kajang)..saya pulak penakut nak duduk rumah sensorang – masih tak pandai duk di rumah 2 tingkat. Maka nampaknya saya akan duk di rumah mentua la. Nasib baik seploh hari aje. Hong Kong...teringat pulak memori kat sana tahun lepas mase ikut dia outstesen..teringat kat pacik `ShadowMan’ , makanan kat restoren dia sedap2 sangat. Huuu....makan lagi.
RINDU OUTSTESEN..
Cakap pasal outstesen...saya sendiri dah lama tak outstesen. Dah lama tak tengok pacik nelayan, bot-bot, kompleks pendaratan yang berbau ’asyem’ dan pejabat2 PNK (persatuan nelayan kawasan). Kali terakhir bulan september tahun lepas, saya ke Kuantan, Nenasi, Rompin dan Pekan (kawasan Najib nih) dalam masa 4 hari. Lepas tu sibuk dengan raya, hujung tahun, tahun baru, rancang program tahunan dan skang pindah ofis. Hehe...punyela malas betul nak curi masa :D Saya sebetulnya tak berapa suka kerap outstesen. Sebab mmg letih nak spend masa lama2 dalam kereta...tapi tak sampai hati nak naik flight sensorang dan biarkan penolong saya naik kereta. Kemudian bila berdepan dengan pacik2 nelayan yang banyak ragam, sakit kepala dibuatnya. Selalu mendengar alasan yang sama, provokasi yang sama. Oh ye...lupa nak terangkan tugas saya : Individu yang menyalurkan loan kepada nelayan dan jugak memantau pergerakan pinjaman yang dah diberi. So..mendengar alasan nelayan tak nak bayar semula pinjaman adalah salah satu tugas hakiki saya. Faham2 ajela ye.
Lepas siap upacara pindah memindah ni, deretan siri outstesen menunggu giliran untuk dilaksanakan. Nampak gayanye lepas ni cik abg saya pulak la kene tinggal. Hehe..takpe, tinggal2 pun dalam Malaysia juga. Bulan jun ni saya ke Sabah pun bawak dia ikut saya jugak..baik tak saya? Hahahaha :D Takpela..mudah2an Allah kurniakan kesihatan tubuh badan dan mental untuk saya laksanakan tugas saya lepas2 ni dengan baik dan sabarrrrr....
ISU B.A.B.I...
Hmm...macam2 edisi kesah babi saya baca. Dari berita, paper meloya, paper alternatif, blog dr khir toyo dan tak ketinggalan Rancangan Dirty Job with Mike Rowe – episod penternakan babi di Las Vegas..hehehe. Memeningkan! Paling best bila dengar sorang menteri ni cakap ..`inila hadiah kerajaan alternatif buat pengundi2nya..terima la hadiah ni’. Heck!!..meremang bulu roma saya menahan marah. Dia tak perasan ke hadiah Kilang Arak terbesar kat Malaysia yang tersergam indah kat sebelah Federal Highway tu? Ingat ELOK sangatla hadiah dia tu? Belum masuk mende2 lain lagi. Suka sangat memperbodohkan orang. Betul la kata sorang ustaz ni dalam ceramah beliau yang saya dengar. Orang Melayu ni kalau nampak babi dari jauh dari menyumpah2, siap tutup mata. Kalau selisih sebelah lori babi tu rasa gelisah, macam sial aje ye? Padahal bukan haram pun pandang atau duk dekat makhluk tu. Tapi pegang laki pempuan bukan mahram, tak semayang, tak puasa, buat maksiat tak rase apa pun padahal mende2 tu mmg komfem haram. Sengih saya membenarkan kenyataan tu. Sama la mcm kes ni. Apala salahnya nak ternak babi tu utk stok2 non-muslim. Malah with upgraded technology lagi. Maybe penempatan tu perlu dikaji lagi. Saya pun tak tergambar landskap lokasi ladang babi mega ni (hahaha..lawak betul istilah dr. Khir toyo nih). Sudah2 la dengan incek babi itu. Glamer awak ye seminggu dua nih :D
Okla..sekian, panjang pulak entry kali ni... Salam Maju Jaya ;)
2 comments:
wah banyaknyer story.. teruskan menulis blog... wat masa ni tgh busy dgn www.rahsiaebiz.com .. ~ code7/fahmy
Hehe...mane de manyak..tu story gaya org malas le :D Thanks sebab ziarah blog..
Post a Comment