CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 7, 2008

PINDAH OFIS


Berpusing rasanya kepala saya. Sejak awal pagi tadi sibuk dengan kerja-kerjapackingbarangan pejabat. Alhamdulillah barangan saya tak banyak..hanya 6 kotak sahaja ( termasuk 1 kotak besar untuk computer). 6 kotak pun mengah dibuatnya. Tapi sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan kakitangan senior yang dah berbelas (juga puluhan) tahun bekerja. Segala hadiah, fail, buku dari berbelas tahun yang lepas (smpai kertas dah naik kuning) masih disimpan di partition. Macamana tak banyak barang yek?. Kesian jugak saya tengok. Tapi..nak buat mcmana lagi? Angkut ajelah labu...



Siri perpindahan ni mmg tak terjangka dek pemikiran kakitangan senior ofis saya. Dulu building ni PKNS yang punya. Tahun lepas DBKL berjaya membeli bangunan ni dengan harga jutaan ringgit dari PKNS. Maka dengan segala hormatnya semua agensi2 yang bermukim di dalamnya terpaksa mencari tempat berteduh yang baru. Mmg semua kakitangan marah dengan pengurusan sebab dulu tolak tawaran pembelian bangunan sedia ada. Alasannya bangunan lama dan perlu banyak nak ‘repair’ . Sekali DBKL beli dengan harga 2 kali ganda, kemudian nak ‘alter’ lagi untuk digabungkan dengan bangunan utama DBKL kat sebelah tu. Konon2 nak buat macam ‘twin building’ lah. Lalu jawapnya.. ‘padan muke kite’ :)


Saya pun sebenarnya...rasa sayang betul nak pindah dari bangunan ni. Walaupun baru 2 tahun saya bekerja tapi rasa sedih juga. Bangunan ni bagi saya..sangat strategik kedudukannya di Pusat Bandar. Dekat dengan kemudahanpublic transport’, dekat dengan Bank & KWSP, dekat denganshopping paradise’ – Jalan TAR, Jln Masjid India. Kalau musim2 raya tu, saya tak payah pening nak bersesak2 membeli barangan raya sebab dekat sangat. Jalan kaki pun boleehhh… Kawasan pun tak berapa teruk masalah kesesakan trafiknya.


MENARA OLYMPIA vs WISMA DENMARK


Hmm..inilah bangunan ofis baru yang nanti. Err..tak berapa baru juga sebenarnya. ‘Building’ lama. Bos saya cukup marah sebab bangunan ni yang terpilih sebagai bangunan ofis baru. Asalnya ada 2 pencalonan : Menara Olympia dan Wisma Denmark. Setelah undian dibuat di kalangan staff, majoriti lebih suka dengan Menara Olympia. Menara Olympia ni terletak di kawasan yang kronik masalah ‘traffic jammed’ nya. Kebanyakan kakitangan suka bangunan ni sebab banyak pilihan kenderaan awam di sini – Puduraya, Star LRT, Putra LRT dan juga teksi. Parking motor pun berbumbung. Tarikan utama undian adalah kerana kemudahan untuk ke tempat kerja. Lain pula cerita kaum-kaum pengurusan atasan ni. Ketika undian sesama pegawai2 kanan..majoriti lebih suka Wisma Denmark. Alasannya bangunan baru, cantik, sofistikated dan elegan. Walaupun takde bank yang dekat (paling dekat kat KLCC – kene naik tren satu stesen), kemudahan awam tak banyak pilihan (hanya monorail & Putra sahaja). Akhirnya setelah undian dibuat dalam sesi mengundi semua warga kerja, Wisma Denmark kalah. Yelah, antara bos dengan kakitangan bawahan, sape yang lagi ramai?? Kan? Kan? Apelagi..berbulu’ la kaum-kaumbosni..hak hak hak hak. Suke hati saya :p


Tapi sebenarnya..tak guna juga nak suka2 sangat. Dalam mase lebih kurang 2 tahun lagi kami akan berpindah lagi. Sekejap je pun menghuni Menara Olympia tu. InsyaAllah..dikhabarkan bangunan sendiri kami akan siap menjelang 2010 / 2011 di Puchong. Lepas tu dah takde pindah2 dah...insyaAllah ;)


Emm..bila dah sibuk ni, tak terasa pulak masa berlalu begitu cepat..tup2 dah 'time' saya nak balik pulak..best jugak ye ;>



Buat Duit Main Myspace

0 comments: