CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 2, 2008

Mari merenung...

Iktibar kehidupan seorang insan..

Semalam, saya tiba di ofis jam 7.20 pagi. Seperti biasa, rutin saya menghidupkan PC dan meneguk separuh botol air mineral (maklumla,penat memanjat tangga dari parking lot ke tingkat 1 :D ). Seperti biasa jugak, perkara pertama saya buat lepas ‘on’ kan PC adalah menyelak halaman2 akhbar `online’, tentunya Malaysiakini dulu. Saya ‘scroll secara rambang, hmm..berita2 biase pasal politik. Tapi, satu berita yang sungguh2 menarik minat saya untuk membaca lebih lanjut adalah kisah adik sufiah yusof. Meremang jugak bulu tengkuk bila baca kisah yang terpapar. Agaknya begitu hebat tekanan yang sufiah terima sampai keputusan ‘itu’ yang jadi pilihan hidupnya. Kehebatan sufiah dalam bidang matematik (yg mane saya pulak lemah maths) langsung tidak membantu fikirannya menguasai sub-topik penaakulan mantik (satu2nya topik math moden yang saya suka). Mungkin silap pemilihan premis 1 dan premis 2 yang menjadikan seluruh keputusan itu hakikatnya bencana dalam kehidupannya. Simpati saya pada sufiah !



Rasanya, dalam 2 minggu lepas..cerita sufiah ni menjadi sub-topik perbincangan santai waktu rehat dengan akak2 (bace :macik2) di opis.
Mulanya cerita pasal anak2 menakan masing2 yang further di oversea. Kemudian tercerita pulak pasal amalina dan sufiah. Biasala mulut orang perempuan, ibarat ‘google’ bergerak! Transisi2 hidup amalina dan sufiah yang ‘dengar katanya begini’…’dengar katanya..begitu’ disingkap. Akhirnya, majority sidang perbincangan bersetuju yang hantar anak2 terutama perempuan ke oversea ni mmg ‘marbahaya’. Tiba2 smalam..satu lagi transisi mengejut hidup sufiah menjadi headline di peringkat antarabangsa.






Alhamdulillah, dari dimensi yg positif..kisah sufiah menjentik perhatian umat Islam Malaysia yang kini disibukkan dengan perang media dan krisis dalaman politik UMNO dan terlupa dengan tanggungjawab dakwah + kemanusiaan. Cerita adik sharlinie (ya Allah, selamatkanla adik ni) dah jadi unjam-unjam di dasar laut dek arus pilihanraya umum 12 dan tsunami politik yang melanda. Kini kisah sufiah mencuri sedikit perhatian kita dan rasanya beberapa pihak tentu lega sebab dah tak payah nak pening2 nak perah otak mempromosi pihak kerajaan secara overdose lepas kalah teruk bebaru ni, contohnya media massa , YADEM, JPM etc. Isu2 ni la yang boleh menarik semula rakyat untuk kembali pada media massa yang sebelum ni memualkan dan memeluatkan. Ermm…saya sendiri dah seminggu tak tengok Buletin Utama,hehehe :D


Apepun, saya mendoakan adik sufiah dapat diselamatkan . Selamat maruah, selamat akidah, selamat fizikal dan mental. Bak kata orang2 sekelilingnya..sufiah ni gifted, semua orang nak otak cam dia. Sayangnya sufiah tak gunakan kebijaksanaan dia ke arah manfaat. Dia lebih adapt cara pemikiran golongan2 yang tak berapa nak bijak menguruskan kehidupan, iaitu cara pemikiran orang yang berputus asa dengan rahmat Allah. Wallahua'lambissawab... Semoga dia kembali meletakkan dirinya di tempat yang sepatutnya. Dunia Islam hari ni perlukan kebijaksanaan dia untuk mewarnai perjuangan lebih2 lagi di peringkat global.


`Fitna’ yang biadap...


Bercakap tentang perjuangan Islam di peringkat global, satu lagi peristiwa yang buat kesekian kalinya meruntun jiwa umat Islam iaitu kebiadapan filem Fitna dari Belanda. Lepas satu..satu lagi tindakan yang menyakitkan hati umat Islam sedunia dari pihak Barat. Tak cukup dengan nak mencari pasal hal ehwal negara orang, dengan filem pun sama jugak. Tapi dah mmg itu tugas orang kafir yang Allah dah awal2 khabarkan melalui Al-Quran, hadith dan sirah. Bukan benda baru pun. Semuanya kembali dilihat kepada kita, mcmana nak hadapi dan pertahankan maruah Islam. Mcmana bersatu dan bersungguhnya suara umat Islam menyatakan kebenaran dan membetulkan pandangan buruk terhadap Islam. Dan juga sejauh mana beraninya umat2 Islam mengambil tindakan praktikal untuk membela Islam. Makin canggihnya dunia hari ni, makin moden jugakla senjata2 orang kafir untuk menjatuhkan Islam. Sayang betul kalau umat Islam tak boleh nak pick up tajribah2 ni utk kegunaan masa akan datang. Harapnye, jangan pulak sampai tahap satu hari nanti orang anggap pandangan2 buruk (fitnah) terhadap Islam ni satu benda biasa...atau kenyataan bersifat demokrasi, masing2 boleh cakap apa pun atas hak masing2. Kalau orang kafir tak pernah malas dengan tugas nak menyakitkan hati umat Islam, kenapa umat Islam pulak yang ada sifat malas nak meneruskan tugas membela Islam? Tepuk akal...haaa lu pikirla sendiri...


Memandangkan kebanyakan tokoh2 agama kini melancarkan usaha memboikot barangan Belanda, saya pun menyahut usaha tersebut dan cuba sedaya yang saya boleh boikot. Untuk maklumat lanjut ttg barangan2 dutch..boleh rujuk di link ini :-

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php


Jom boikot!.....


Adui, jiran partition saya ni tak habis2 membukak lagu kuat2..siap ade versi karaoke lagi. Pening kepala saya. Sudahla guruh kat luar tu berdentam dentum.. `guruh’ kat dalam ni pun nak berlawan2 skali. Sekali sekala dengar mcm suara langsuir mengilai pun ade...hai, entahla...Lagi setengah jam, saya nak balik rumah pulak. Belum decide nak makan @ masak apa. Tunggula cik abang saya nanti keluarkan pekeliling menu dia malam ni...hehe.



Buat Duit Main Myspace

0 comments: