CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 28, 2008

CERITERAKU...


Sepintas Lalu..

Hmm….lama betul tak kemaskini blog. Tak dapat nak mencuri masa semenjak dua menjak kebelakangan ni. Setiap tika ada aje aktiviti yang perlu dibuat dan masa lapang pulak dah jadi masa melayan kepenatan. Waktu malam pulak sibuk dengan aktiviti riadhah di gym sampai nak jenguk internet pun takde daya. Idea mengarang pun berkurangan. Kebetulan sejak mula bertugas di ofis baru, internet masih belum dipasang. Jadinya ‘kureng’ source pembacaan isu semasa. Berita pun dah tak tengok dah. Hanya dengar gosip2 orang lelaki di ofis aje. Heheh...Isu Mahathir letak jawatanla, Dewan Rakyat yang macam2 fe’elnye...etc. Saya nak ulas pepanjang pun tak paham hujung pangkal. So,jadila saya pendengar yang pasif :)

Ofis baru...

Dah hampir sebulan saya bertugas di Menara Olympia. Rutin saya tak begitu berubah. Cuma kali ni saya lebih alert dengan masa masuk ofis sebab di ofis baru ni, mesin punch card telah di’hidup’kan kembali. Takde lagi punch pakai ibu jari. Bila pakai punch card, bila lewat nanti cetakan di kad jadi warna merah. Sakit pulak mata dan hati tengok ade benda warna merah di kad kedatangan saya..hehe. Kalau dulu, lewat2 pun tak rase ralat sebab takde beza pun lewat dan cepat. Paling kurang isikan borang lewat sampai dan boleh goreng ape jua alasan pun akan faktor2 kelewatan itu :D


Pergh! Rekod Cantik beb....

Jalan nak ke ofis pun tak banyak beza. Jika dulu :-
dari lebuhraya besraya –lebuhraya KL/Seremban – Jalan Istana – Jalan Parlimen – Jalan Raja Laut.


Tapi skarang :-
Dari lebuhraya besraya – lebuhraya KL/Sban – Jalan Istana – Jalan Sultan Hishamuddin – Jalan Raja (dataran merdeka) – Jalan Tun Perak – Jalan Raja Chulan.


Kesesakannya..masih boleh diterima lagi. Tidaklah seteruk yang digambarkan oleh staf2 yang `anti-Olympia’. Setakat ni saya masih bernasib baik sebab dalam masa sebulan, baru 3x saya bertembung dengan kesesakan jalanraya yang agak ’azab’. Tu pun sebab hari hujan. Hamdanlillah.

Kawen Season...

Sepanjang cuti sekolah ni, waktu hujung minggu saya dipenuhi dengan agenda menghadiri walimah kawan2..Rase bersyukur dan seronok sebab kebanyakan kawan2 rapat saya dah sampai `seru’ untuk jadi isteri orang. Ahad lepas...bekas `mama’ saya di kampus : Nazihah Mohd Fauzi dah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya (Ust) Sa’aban bin Ahmad. Seronokla Cik Aminah (kawan baik saya juga) dapat ber`kakak ipar’kan kawan2 sendiri jugak (Nazihah). Bila tengok upacara akad nikah dan menunggu detik2 jiah diijabkabulkan, terus saya terimbas waktu berada di situasi yang sama setahun setengah yang lalu. Kali ni, rase cemas tu datang lagi...rasa cemas, sedih, suka bercampur baur. Macam saya pulak yang nak dinikahkan..hehehe :)

Awal selepas dinikahkan, jiah macam blur2 ayam...tapi menangis lepas suaminya membaca doa ketika upacara membatalkan wudhuk. Sayu pula melihatnya. Di sini adela sedikit bingkisan2 kenangan yang sempat diabadikan. Tak banyak sebab rasa nak cetakrompak aje dari kamera jibah dan tipah...hehe







Achik,Tipah,Saya,Che Da dan Aziah...menumpang pelamin pengantin. First time jumpe theme wedding colour black&white..Cayala Jiah! :D



Sabtu ni pulak (31 Mei)..giliran adik serumah sewa dahulu, bakal Puan Siti Sarah Noor Meah pulak yang akan diijabkabulkan..insyaAllah, panjang umur, sampaila saya dan suami ke gombak sana. Kemudian esoknya pula (ahad – 1jun), kawan rapat merangkap jiran kampung Kajang – Latiffah Man (Tipah @ Remon) akan menyusul. Huiii...kawen juga budak Tipah nih...masin jugak `sumpahan’ beliau sendiri ‘Aku akan pastikan aku kawen tahun ni!’..hahahahaha :D

Hmm..lepas ni kene tunggu bulan 10 pulak untuk 2 lagi ‘Wedding of The Year’ kawan2 rapat saya..insyaAllah, flight Air Asia ke Terengganu dah pun di ‘booked’... ;) trit..trit..tritt..sape ye??? Tungguuuuuuuu.......

Maryam...harapnye dapatla kite berjumpa di kenduri Tipah minggu nih. Rindula... Rase macam tak complete mase kenduri Jiah bile ko takde. Napela kakak ko kawen minggu lepas jugak? Kawenla tgh2 minggu cam Hari Rabu camni..hahahaha :D

0 comments: