CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 28, 2008

Aduhai Buletin Utama (BU) & Utusan Malaysia (UM)

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Bahkan katanya, cadangan itu perlu dibuat secara serius kerana laporan-laporan media tersebut terlalu teruk.

Dakwanya, laporan media yang berat sebelah dan tidak memberi laporan yang tepat mempunyai agenda yang jahat untuk menimbulkan kekacauan kepada kerajaan-kerajaan negeri barisan pembangkang adalah untuk menimbul kekacauan di kalangan rakyat.


Ni adalah petikan yang saya ambik dari laman web harakahdaily. Ianya mmg satu saranan yg baik memandangkan mutakhir ini berita selalu memaparkan berita yang kurang integritinya. Mmg dulu pun benda yang sama berlaku, saya ingatkan lepas habis PRU 12 saluran2 media massa perdana ni amik pengajaran dengan kemeluatan rakyat terhadap hidangan2 berita yang ’rubbish’. Rupanya makin rancak dan semakin tak berapa nak masuk akal dah jadinya.


Beberapa hari lepas PRU 12, lepas 5 negeri disahkan diterajui oleh pembangkang..saya adela tertengok Buletin Utama pasal isu pemansuhan DEB ( biasenye saya gi tgk movie / masak waktu2 camnih ). Dah jelas2 Lim Guan Eng cakap dieorang nak hapuskan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme dalam DEB, lepas tu terus BU ’cut’. Tak bagi cakap habis. Kemudian disusul pulak dengan komen2 sang menteri mentera terbabit yang Lim Guan Eng ni menyalakan api semangat perkauman la, menyisihkan rakyat Melayu la dan pendek cerita dapat difaham yang BN nak instill dalam pemikiran rakyat, bahawa tindakan penghapusan DEB tu adelah tindakan `saje2 nak balas dendam’ Lim Guan Eng (DAP). Satu petikan dari pihak Alternatif (tu pun habis diedit sana sini) dibalas dengan 18 petikan balas dari BN. Saya pun hangin terus tukar channel. Malas nak tgk berita dah.


2-3 yg lepas pulak..saya nak tgk berita skali lagi dgn harapan adela cerita pasal kes MB Terengganu. Walaupun tau mesti di 'auta' nye lagi tapi masihla nak tgk. At least tau perkembangan dan ulasan belah2 Pak Lah tu. Kecewa saya dibuatnya sebab takde sikit habuk pun berita pasal kes Terengganu tu tapi yang jadi headline adelah kes stadium kedah rosak sebab bagi tiket free tengok bola. Ya Allah..mendidihnya saya bak lauk yang tgh saya masak tu !! Bola ni..kalau bagi free ke bayar ke mmg tabiatnya akan sesak. Selama ni kalau tgk bola stadium rosak tak pernah pulak masuk berita kali jadi berita penting pun. Paling2 kuat pun masuk Berita Sukan yang 15 minit sebelum berita habis tu. Kali ni yang sengaja diperbesarkan pulak. Mmg sakit hati saya.. Setengah jam saya tunggu, berita pasal MB Terengganu masih takde, which means..mmg takkan adela sampai habis berita. Terus saya tukar channel. Tgk AFC (Asian Food Channel) lagi best! .


Skang dah 3 hari saya tak tengok Buletin Utama sebab takut jadik darah tinggi pulak, asyik naik tension aje. Utusan dan Bharian pun dah malas nak baca. Bace berita alternatif online ajela. Walaupun berita alternatif pun memihak pada diri sendiri..takpela, dah nama pun saluran alternatif dan at least saya percaya la sikit integriti berita yang dipaparkan. Tu jela saluran yang ada untuk sebarkan info dan output yang mewakili pembangkang.


Konklusinya, saya sokong keputusan pihak alternatif untuk memboikot BU dan UM. Dah ngada2 sangat dieorang nih. Sepatutnya saluran media massa terutama yang swasta ni jadi entiti yang tak memihak kat mana. RTM tak payah cerita la sebab mmg wadah kerajaan di bawah Kementerian Penerangan pun. Takde sape nak marah kalau RTM 24 jam bukak ceramah PM ke, tunjuk PM / menteri nyanyi lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang ke.. tapi yang swasta ni, tunjukkanla karisma dan integriti anda sebagai saluran informasi yang tulen. Sekarang BN dan BA dah 50-50 ( lebih kurangla ).Sekali pun nak mewakili BN, bijakla sedikit strategi untuk menaikkan nama dieorang, jgn sampai buat mcm rakyat yang mengambil maklumat ni mcm bodoh sangat. Tak reti nak cari saluran lain dan percaya bulat2. Meluat jadiknye.. tau tak?! Huh..poyo betul saya kala ini. Walaupun saya tau takde orang BU atau UM yang baca blog saya..tapi saya tetap nak métor-métor (bahasa mak mertua saya : membebel) jugak.




Buat Duit Main Myspace

1 comments:

izali said...

salam,

byk gak celoteh kat sini yek, kadang2 bila tensen atau bengang baca utusan meloya, berita hairan, bleh la lepak kat sini release tensen....:)