CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 24, 2009

MANISNYA EXAM !!!!...

Nak mengabadikan kenangan menjawab exam. Hahaha.... perasaan bercampur baur lepas ambik exam JPA tuh. Rasa seronok sebab cam excited, rasa sedih sebab tak sempat jawab semua soalan esei tuh. Rasa geram sebab ada candidate yang buat keje tak amanah masa jawab exam tu.


MAEPS, MARDI


1st time saya masuk sini masa MAHA 2006. Maeps ni mmg besar. Saya exam kat sinila. Thanks to my beloved hubby sebab hantar dan jemput saya. Takdela pressure nak mengharung jem dan parking penuh. Kebetulan hubby cuti. Mintak tolong le apelagi.. hihihi :)


Paper2 exam..

Saya melalui 2 paper dalam masa 2 hari. Paper hari pertama berkisar tentang Perintah-perintah Am, pengurusan pejabat, arahan keselamatan, surat2 pekeliling pentadbiran dan PKPA. Hari 1st, saya hanya sempat jawab 8 soalan esei dari 10 yang sepatutnya dalam masa 3 jam tu. Ada 2 seksyen pulak tu. Huu... sengal tangan. Saya ambil masa yang agak lama untuk carik jawapan dalam buku...geramnyaaa ! Ramai candidate ngelat masa jawab.. caranya?? pakat dengan member sebelah untuk masing2 jawab satu seksyen tapi buat dalam 2 salinan, kemudian tukar kertas jawapan. So, memasing hanya pulun jawab 5 soalan ajela berbanding yang jawab jujur - 10 soalan. Tak adil kan?? Pengawas exam JPA pun macam tak terkata.


Hari kedua pulak, ade perubahan.. candidate kena duduk sorang2 untuk elakkan kejadian ngelat lagi (huh..depa ni tak penah ke experience problem ni dalam sesi exam lepas2 yek?). Papernya solidly pasal Buku undang2 kerajaan. Merangkumi perlembagaan persekutuan dan akta2 yang terpilih. Soalannya, ade yang straight forward dan ada yang selit2 dalam situasi cerita. Huhu..mula2 gelabah jugak nak membaca dan menjawab exam ni. Yang paling sadis... saya tak pandai tafsir nombor2 dalam keterangan akta tu. Ish.. mana satu seksyen, mana satu fasal, mana satu perkara? Mana satu nak sebut dulu nih?.. Belek punya belek buku tu..baru paham.Hah! ni dah makan masa menjawab ni...arghh!! Saya memang tak sempat nak mencarik soalan2 lepas. Bos pempuan dah janji nak bg pinjam buku contoh soalan dan jawapan. Last2 memasing sibuk dan lupa. Sampai hari isnin sehari sblm peksa terpaksa mintak excuse dengan director dept untuk membawa diri ke library dan habiskan tagging buku dan study.

Hmm... tak taula, saya rasa cam kene re-seat balik aje exam. If kene la, bulan 10 nanti la jawabnya.. Huwaaa... 2nd paper tu pun sempat jawab 8 esei aje. Geramm... Tak taula berapa markah lulus dia. Lets wait and see hoccay!!...

0 comments: