CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 20, 2009

LAMA TAK BERCERITA...




Hmmm...sindrom kemalasan mengupdate blog dtg kembali. Dah keje2 gini, mmg kurang kerajinan nak bercerita. Dulu mase dalam cuti maternity bnyk masa nak update. Kat ofis sibuk dengan keje2 yg kebelakangan ni suka dtg mengejut2. Bos ni cam nak balas dendam aje..mentang2 la saya rileks 2 bulan hari tu, skang rajin benor hantar memo untuk saya buat tindakan susulan yang kadangkala tak logik keje yang dibaginya tu..geram ! Takpela... ni citer2 lepas....


Bingkisan cerita dari Bagan Lalang, sepang.


Kesekian kalinya saya menjejakkan kaki di Pusat Latihan agensi saya di Bagan Lalang, Sepang. Kali ini tujuannya lebih kepada menjadi escort bos perempuan saya yang takut menghuni chalet di situ keseorangan. Beliau mengetuai sesi brainstorming 3 hari bagi salah satu sub-tajuk halatuju dan perancangan strategik agensi saya. Maka dengan berat hatinya saya terpaksa menemani beliau dan meninggalkan Hana pertama kali di waktu malam. Rasanya anda semua maklum mcmana perasaan saya berdasarkan entri-entri lepas :) Tak perlu diulang...


Kebetulan mase di Sepang, pilihanraya bukit gantang dan selambau tgh berlangsung. Maka topik utama bos2 yang participate sesi brainstorm tu sekitar PR la. Hehe..menarik betul. Lagi menarik bila keputusan election dah keluar. Emo la sebahagian bos2 tu..sebahagian lagi rileks aje. Mungkin penyokong Pakatan Rakyat kut..kuang3x. Sorang bos negeri Perak mengungkit ..


" Apelagi la nelayan ni nak? dah bagi kebenaran bukak pusat jualan minyak berpuluh2, siap bekalkan kat dieorang PDA sorang satu..tapi kalah jugak.. mmg komunis betul dieorang nih" - komunis merujuk kepada nelayan kat satu kawasan di bukit gantang yg majoritinya nelayan cina.


"Dieorang ni kebanyakannya simpati ni..." ujar sorang lagi bos. Hmm.. saya tak berapa faham maksud simpati tu. Saya tak ikuti sangat cerita2 election kat media.


" Lepas ni kita tutup ajelah projek ekonomi dgn pusat jualan diesel kat situ. Tak mengenang budi betul" sorang lagi bos beremosi...


..dan saya hanya tersengih2 aje mendengar cerita2 org lelaki yg emosi tu. Hai.. bukan tugas kita nak menyekat hak2 orang ramai. Sebagai agensi kerajaan, kita adalah pemudahcara yang mengurus dan membelanjakan wang dari rakyat. Segala infrastruktur yang disediakan untuk kumpulan sasar bukan duit agensi tapi dari hasil pelbagai transaksi yang rakyat buat. So..kenapa nak mengungkit dan sakit hati? Patutnya fikirla balik..kenapa setelah disediakan memacam tapi kita bukan masih menjadi pilihan? Apa yang terkurang?.. apa impak dari kerja yang kita buat?..mungkinkah ada ruang2 yang memperlihatkan kita ni masih negatif? mcmana pulak minda kumpulan sasar? Ade kita ambik tau? Betul kita berjaya merubah minda mereka?.. Haa.. banyak keje nak ambik hati rakyat ni, bukan main macam2 kat dieorang. Rakyat sekarang dah bijak memerhati, menilai dan membuat pilihan. Bukan macam dulu2.... rasa terhutang budi. Macam atok saya kat kampung...


"Mas sokong sapo?" tanya atok.


"Adelah tok..mana buleh cakap. Atok sokong BN ke?" Hehe...diri sendiri takmo bagitau, nak tanya orang punya.


" Atok sokong UMNO la, UMNO dah bagi macam2 dah.. buek jalanrayo, jago keamanan, tu jalan kek ujung kampung, adun UMNO yang buek copek(buat cepat). Pembangkang takdo buek apo2, melawan kojo eh.. " syarah atok saya.


"Hehe..dah nama pun pembangkang, mmg kejenye membangkang ajela tok..hihihi" Saya bergurau dgn atok.


....kenangan sembang politik dgn atok, sorang bekas askar zaman Malaya..huhu.
Ops...cerita Sepang tersasar sikit. So, di sepang, saya sibuk menjadi balaci kepada bos pempuan. Tukang pasang LCD, update charts, print kertas2, dan sumbang idea sikit2. Tak berenggang dgn henfon di mana penuh dgn video2 dan gambar2 Hana. Saya jadi sangat kamceng dgn henfon sekarang. Hehe... penawar rindu yg teramat pada pengarang jantung saya.


Exam JPA (undang2 kerajaan)


InsyaAllah selasa dan rabu depan, saya akan menghadapi exam di MARDI. Exam ni adalah salah satu syarat pengesahan saya di agensi kerajaan sbg Pegawai Gomen Tetap. Buku2 dia..mak aii, tebal berinci2. Tapi nasibla exam ni open book. So, strateginya, kene tau nak rujuk bab mana dan buku apa untuk dibuka. Ada 10 soalan esei dalam masa 3 jam. Kawan saya yg dah penah exam kata.. exercise la jemari tu sebab nak memecut mase exam nanti.. nak kejar masa. Huhu.. saya dah lama tak menulis banyak2. Maklumlah, dah tinggal dunia mahasiswa yang penuh dengan exam. So far, tagging buku dah siap. Mudah2an okla semuanya. Yang paling best.. selasa rabu tu saya dapat cuti tanpa rekod.. yiehaaa!...


Bila nak menghadapi exam.. saya selalu terkenang zaman2 belajar dulu. Masing2 sahabat2 saya punyai style yang tersendiri bila exam. Yang pastinya kawan2 saya semua rajin study bila nak exam. Ada yang study hampir setiap malam - fikiran melayang pada arnie dan sarah. Study setiap malam berteman 'kochoc' (kopi + chocolate).Nampak dieorang tak pegang buku adelah bila habis paper. Start semester, mula balik aktiviti menelaah gaya syadid tu.. hehe. Ada yang study mulai musim2 silibus nak habis. Ni kebanyakanla nih. Dan..ada yang study malam sebelum exam. Haa... ni saya la ni. Hahaha.. terus terang saya katakan, saya style study saya adalah malam sblm paper tersebut. Mungkin orang lain rasa habit ni tak baik tapi ini cara saya. Saya pernah cuba study secara tadarruj..mulai awal2 semester. Tapi hasilnya, saya tak mampu nak mengingat dengan baik. Mungkin jugak rasa tenang bila study buat saya tak berapa fokus dalam study. So..mudah lupa. Bila study last2 minute, rasa macam absorber ingatan saya in high peak performance. Huhuhu.. masa di kisas dulu pun, study last minute.. tapi situasinya lain sebab kisas banyak kelas tambahan dan latih tubi yang cikgu bagi. Kat UM..huuu, mmg kerja gila betul. Alhamdulillah la.. Allah kurniakan otak yang baik. Kalau tak...ntahla :) Mungkin saya takde kat tempat keje sekarang ni. Hmm... tapi sebenarnya, jauh di sudut hati...sekiranya masa boleh diputar, ada juga hajat nak ubah gaya study tu. Nak jugak merasa anugerah dekan. hehehe.... Ops, suka saya nak ingatkan, study last minute ni..bukanlah menghasilkan result yang gempak ye. Sesuaila result tu dgn gaya usahanya :) Apa yang saya buat masa org lain study? Hmm.. kebanyakan masa di rumah sewa dulu, saya suka masak utk org study.. hahaha. Tu yg 'sehat2' sumenya mase belajar dulu..hahahaha :D Kadang2 lukis kartun, explore photoshop.. ada jeling2 buku sikit2 aje.. :) Hai.. kenangan2...

Okla kengkawan..doakan saya lulus exam open book ni yek... Bulan depan kalau takde aral, mungkin kene pegi induksi + BTN 16 hari.. auwhh... mampu ke saya mengharung sebegitu lama tanpa Hana di sisi??? isk..isk..isk... :'(

2 comments:

Najibah Mustaffa said...

Mas, teringat style enti study..time kitorang gila2 pulun, enti boleh tengok cd, layan adobe photoshop, geram gak la masa tu, pasal la budak ni relax jer..(sebenarnya dlm hati jeles sbb nak relax gak)..hahahah...

ma'anajah fil imtihan!

enti kena baca akta2 ke? huh! (budak law yg tak suka baca akta...)

Mastura said...

Ye Puan Najibah. Rasa cam dah bole jadi lawyer dah ni.. bersepah2 akta dalam kepala nih. Akta kontrak kerajaan la, akta pencegahan rasuah la, akta perwakilan la,kanun tanah negara la... huhu, ade memana firm nak amik saya jadik lawyer??? :p