CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 1, 2010

Aktiviti weekend lepas.


Assalamu'laikum wrth..


Diam tak diam, Ramadhan dah sampai di fasa penghabisan. Sekejap aje ye.. tak puas merasa bi'ah Ramadhan yang mana rata2 akan jadi lebih 'bersopan santun' berbanding bulan2 lain. Paling terasa kat opis sendiri la. Agaknye kurang energy nak bercakap maka suasana lebih tenang dan damai dalam bulan Ramadhan :) Hmm... biasanya kalau kat shopping complex, time2 penghujung ape2 sambutan sekalipun sure ade 'sale' gempak2..50%..70%, kelabu mata tgk kite tgk label sale sana sini kan? :D . Begitu juga dengan bulan Ramadhan. Allah ade sediakan sale paling hebat sepanjang tahun dalam fasa akhir Ramadhan ni. Bulan2 lain komfem takde 'sale' yg camnih. Yang best, sale Allah ni kite tak payah kluar duit sesen pun. Cuma perlu sedikit allocation waktu tidur sahaja.


Hadith Rasulullah SAW :

" carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .

( Hadis riwayat bukhari )


Rasanya sejak sekolah rendah, kite semua maklum betapa agungnya malam yang terlebih baik dari seribu bulan ni. Tersenyum plak bila terkenang cerita-cerita daripada ustaz/ah mase sekolah2 rendah dulu. Ada hamba Allah mintak jadi kaya, jadi cantik, jadi soleh/ah dan semuanya dapat apa yang dipohon pada malam lailatulqadar. Dulu, saya sendiri pernah buat senarai hajat2 yang saya inginkan sekiranya bertemu malam lailatulqadar. Takut terlupa kononnya :D .. Namun pemahaman mengenai malam lailatulqadar itu makin berubah setelah usia makin menginjak TUA :D .. Saya tidak berminat nak kongsikannya di sini, biarlah rahsia antara saya dan Allah sahaja.


Apepun... mcmana rambangnya mata kite dengan sale-sale harga runtuh di Jusco, Tesco, Sogo dan lain-lain, kalau boleh rambang mata jugalah kite dengan sale 100% dari Allah SWT ni. Walaupun malam lailatulqadar bukan menjadi rezeki kita tahun ni..keampunan, rahmat, penyucian hati, merasa dekat dengan Allah juga sebahagian dari sale2 tersebut yang tak kurang hebatnya. Jangan lepaskan peluang ini... :) Tahun depan belum tentu merasa Ramadhan lagi..


--->>Aktiviti Buat "Kuweyhh" - pronounciation Hana :D


Dah lama saya teringin nak buat biskut raya sendiri. Tahun demi tahun... tapi tak kesampaian sebab takde ilmu. Semangat pertama datang lepas kawen. Mak mertua mmg akan buat 2-3 macam biskut raya setiap tahun. Tapi mama saya biasanya akan buat biskut waktu saya di pejabat. 2 tahun sebelum ni saya mengandung, tak larat nak buat biskut. Tahun lepas yang menjadi momentum penguat semangat utk buat biskut raya sendiri tahun ni. Kenapa?... sebab, saya beli biskut raya 5-6 jenis dengan kapasiti 50 biji sebalang.. pun, kuih tu tak habis dan dibuang mcm tu aje. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pembaziran ni iaitu :-


1. Biskut raya beli indah ditengok (design mcm2) .. mmg cantik, tapi rasanya tak memuaskan.
2. Tetamu datang rumah biasanya akan dihidang dengan makanan separa berat @ berat. Jadi biskut raya buat cuit2 aje atau kadangkala tak disentuh langsung.

3. Saya sendiri tak suke makan biskut raya yang fancy2 terlebih.. kaler oren campur hijau la, oat la, nestum la, biru pun ade. Komfem saya tak makan. Saya suke biskut yang simple. So, biskut yang saya beli (kononnye cantik) .. saya sendiri pun tak makan... hahahaha :D



Jadi... tahun ni, sejak awal tahun saya dah plan nak buat sendiri. Tgk2 cuti Nuzul Quran dekat2 dengan Hari Merdeka, so... timing dah cantik la tu. Ade 5 hari, maka saya memilih 4 jenis kuih untuk dibuat dan saya berhajat nak bagi pada mama dan ibu saya sekali. So.. weekend lepas bermula projek biskut saya dengan dibantu oleh bibik and hubby :D


First Day... buat Kuih tart nenas & tart blueberry...
2nd day plak buat biskut mazola & samprit dahlia


3rd day.. buat biskut choc chip.. biskut WAJIB setiap tahun.. Lelaki di atas adela pekerja saya yang suke eksyen jek lebih.. hahaha :p


Siap..4 jenis biskut : 1 jenis ade 3 balang (100 biji each balang) kecuali choc chip ade sampai 5 balang.. hahaha :D



Alhamdulillah, Hari Ahad siap la semua hajat2 saya.. rasa? hahaha.. nak tau datang umah. Tapi jgn la expect lelebih utk 1st timer cam saya... :D.. Papepun, insyaAllah kuih tahun ni habis. Kalau tak habis dimakan tetamu, maka habisla dimakan oleh saya, hubby dan Hana :D. Kalau tak cukup plak.. nasibla kan? :p



-->>Jalan-jalan bawak Hana.


Weekend lepas mmg 'heaven' la buat Hana sebab sepanjang weekend saya berkampung di rumah mama utk projek biskut saya (sebab rumah saya xde oven bessaaarr punyee). Hana pulak seronok sangat la dapat jumpe dan main-main dengan maktok, paktok dan macik2 dia. Mmg tiap2 malam Hana tido awal sebab letih sangat main2 waktu siang. Terpekik, lari sana sini, panjat sana sinih, gelak ketawa..hai, saya tgk pun jadi letih :D


Hari Isnin, biskut yang dah siap nak dihantar ke rumah mak ayah saya di kajang. Kat Kajang mmg nampak Hana bosan yang amat. Hahaha... takde sape nak main mcm kanak2 riang kat Kajang. Atuk Hana pulak takde malamnya sebab kene pegi ke upacara kacau dodol sempena Raya + Merdeka anjuran PKNS Bangi. Maka saya dan hubby pun decide nak bawak Hana ke Kompleks PNKS Bangi tgk atuk Hana kacau dodol.


Ayah saya yang pakai baju kuning tu.. si baju merah, adik saya jadik cheerleader sahaja :D



Akibat bahang api masak dodol tu, hana dah merengas2.. maka saya bawak pulak Hana ke McD kat sebelah tapak masak dodol tu. Dalam McD tu ade mini playground dengan beberapa orang budak2 yang riang ria bermain. Saya cube lepaskan Hana kat situ dan nak tengok Hana main camne. Hahaha... mmg seperti yang dijangka. Hana ni jarang sangat mingle dengan budak2 kat playground. Mmg kawasan rumah saya takde playground. Hana mcm tak tau nak main camne dengan budak2 aktif keliling dia. Mcm mati kutu :D.. Last2 hubby yang bawak Hana main slide pendek kat situ. Tu pun takut2 aje.. lepas tu bile turn Hana, sure jadik trafik jem sket dalam slide tu sebab Hana terhegeh2 nak turun dari slide :D.. Budak2 lain yang ade antaranya muda dari Hana pun dah melompat2 turun dari slide. Haiii... anak mama nih mmg sopan. Takpela... harap sopan sampai ke besor yek cayang :D.. Saya pun risau tgk Hana sebab takut die kene tolak ape semua. Selama ni main ngan 'budak2' dewasa.. so, sume pandai control nak melasak dengan Hana. Takpe... nanti besar sket mama lepas betul2 main kat playground :p


Pic atas kiri dan kanan : Hana kene consult dengan ayah die camne nak main.. :D
Pic bawah kiri : Orang main slide mula dari atas.. si Hana ni nak mula dari bawah lak :p
Pic bawah kanan : Kesesakan lalulintas dalam slide sebab tunggu cik Hana kluar slide :D


Papepun.. seronok weekend lepas. Alhamdulillah 'ala kulli haal :)


Okla... next story, next entry yek.. Skang tak betah citer byk2 sangat... :p


Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Kareem...

Assalamu'alaikum wrth,

Yikeesss!! saya sendiri dah berbulan2 tak akses blog sendiri, tetibe dapat call dari sorang staf opis yang katenye bukak blog saya dan tanye resepi nasik dagang. Adehh... bile bukak blog plak, masih ade respon dari blogwalker yang bace blog bersawang nih.. ampunnn... saya tak respon sebab saya mmg dah lama tak masuk blog sendiri :D



Hahaha.. papepun, salam Ramadhan buat semua. Buat kesekian kalinya, Allah sudi menerima kite sebagai tetamu Ramadhan. Kesekian kalinya kita diberi peluang kembali melatih diri dengan rutin-rutin yang mendekatkan diri padaNya. Rutin yang mungkin jarang sekali dilazimi dalam bulan-bulan sebelum ni. Allah masih memberi peluang untuk kita jadi lebih hebat selepas2 ini melalui platform Ramadhan dengan syarat, istiqomah. Mudah2an Allah izinkan saya tergolong dari kalangan yang hebat2 itu. Amin....



-->> Our 4th Anniversary


Alhamdulillah... usia perkahwinan saya dan suami telah selamat mencecah di tahun yang keempat pada 18 Ogos yang lalu. Hmm.. 4 tahun dah ye. 4 tahun bukanlah suatu tempoh yang lama. Masih setahun jagung. Namun bukan mudah mengharungi tempoh 4 tahun tu. Rumahtangga tu.. tidak dapat lari dari norma2 biasa apabila berlaku pertembungan dua perangai yang berbeza di antara suami dan isteri. Istilah biasa yang orang guna.. sedangkan lidah lagi tergigit :) Namun ape yang membezakan antara lidah2 yang tak sengaja tergigit tu.. sama ade ia disembuhkan atau dibiarkan terus luka. Itu yang membuatkan satu2 rumahtangga itu mampu berusia berpuluh-puluh tahun ataupun hanya 12 hari! :) Kekuatan utama selain rahmat Allah (yg hanya didapati dengan baja ibadah2 khusus) adalah kesabaran dan toleransi kedua-dua pihak. Suami dan isteri adalah 2 manusia yang pasti ade kekuatan dan kelemahan. Namun gabungan keduanya adalah saling melengkapkan. Saya mengharapkan agar toleransi yang subur mekar di dalam rumahtangga saya sentiasa mewangi dilingkari kasih sayang sesama kami hingga akhir hayat. Amin... To my hubby : Terima kasih kerana membahagiakan, walaupun bukan hanya dengan madah2 cinta atau aksi2 romantik (sangat jarang ye.. suami saya bukan jiwang walaupun jiwanya sensitif)... tapi bahagia itu dari pelbagai cara : Gurau senda, teguran + nasihat, izin + redha, berkorban, tunjuk ajar dan lain-lain.





-->> Hana cirit-birit

Kelmarin kami sekeluarga bercadang ke Melaka untuk berbuka puasa bersama nenek & atuk. Lama rasanya tak menjenguk dieorang. Alhamdulillah nenek dan atuk semuanya sihat dengan uzur2 biasa bagi orang berusia. Sakit lutut, sakit kaki. Kesian nenek... persiapan raya dibuat sekadarnya, tu pun belum habis. Saya berhasrat nak tolong nenek kali ni..buat ape yang terdaya lah.

Hana di kerusi lepak atuk..


Hana pulak nampak seronok berlari-lari ke sana sini sebab rumah nenek yang luas. Sekali sekali berhenti duduk dan membersihkan kaki sendiri sebab mungkin tak selesa pasir atau batu-batu kecil yang melekat di tapak kaki (ni mmg habit dia). Namun, kadangkala saya terleka sedikit, nampak Hana dah mengorek bekas taik cicak di kerusi nenek ataupun bekas-bekas tanah di kaki kerusi. Hana ni..kadang2 dibuangnya 'sampah'2 tu..kadang2 dibawak masuk ke mulut.. aduhaiii.. Maka, arakian... pagi semalam buat pertama kalinya Hana terkena cirit birit seawal 5 pagi (waktu bersahur). "Mamaaaa...yak..yak..yak" katenye :D .. Mula2 musykil sebab tak pernah Hana u'uk pagi2 mcmtu. Bila nak dibersihkan saya perasan najis di pampers nya bukan mcm biasa. Faham2 la najis orang cirit ni mcmana ;) Saya dah saspen.. Lepas dibersihkan dan disalin pampers.. Hana berguling2 dan merengek2.. "Mamaa... yak yak yak".. adeh.. kesian dia. Lepas bersih kali kedua Hana tertidur semula. Ibu memberitahu yang Hana tak boleh minum susu biasa.. hmmmm....

Hana dalam mode sakit perut 'CB'.. huhu, cian...


Jam 8.30 pagi Hana bangun...seperti biasa "Mamaa... yak yak".. disalin lagi. Setelah kali kelima.. suami minta kami bersiap untuk Hana dibawa ke klinik di Alor Gajah. Alhamdulillah... balik tu Hana 'yak' sekali je..kemudian berhenti. Tapi Hana terpaksa minum susu Isomil (soy based). Hana minum sekali aje..kemudian tak habis. Main-main sebentar kemudian tertidur. Kemudian Hana tak mahu menyusu dan makan. Dalam perjalanan pulang ke KL.. saya belikan roti dan air soya. Alhamdulillah mau juga lah sikit2. Sampai di KL, kami singgah di Jusco Cheras Selatan utk beli bahan2 mentah. Suami nak berbuka dengan Mi kari. Sampai di rumah.. saya ditinggalkan sendirian utk memasak dan suami bawa Hana ke rumah maktok ( Bibik cuti..balik rumah saudara). Hana balik jam 7 malam.. dan suami maklumkan yang Hana masih xmahu menyusu. Jam 8.30 malam Hana tidur di dalam kereta ketika dlm perjalanan menjemput bibik di Damansara. Kemudian Hana terus tidur sampai di rumah. Jam 3 pagi tadi.. Hana terbangun terus menjerit " Aiirr... airr... mamaaa, num air maa,num air maaa" . Saya bergegas ambilkan segelas air. Memang Hana minum bergeluk2 mcm dah lama sangat tak minum. "Agi maa..air". Habis basah baju dia dengan air kosong. Saya salinkan baju dan seluar, salin pempes sekali. Terkejut bila tgk pampers dia kering kontang. Sejak mandi petang tadi sampai ke malam. Sah.. dehydrate dah cek mek sorang ni. Saya buatkan susu (non-soy) yang biasa.. tapi agak cair. Dia pun dah merengek2.. "Shushu maa..nak shushu maa..". Habis sebotol dan die tertidur semula. Perghh.... pengajaran buat saya. Jgn la bagi Hana kene cirit birit lagi. Kesian kat dia sakit perut, asyik kene cebuk, terpaksa tukar susu dan tak nak minum, taknak makan dan dehydrate. Husband kate " There's always 1st time for everything.." Harapnya lepas ni tak kena lagi la dalam tempoh kecik2 nih.. huhuhu :(


Hana..kat Jusco Cheras Selatan.. sihat dah, alhamdulillah :)




Ok... sekian apdet kali ni. Next entry ye... :)

Tuesday, April 20, 2010

Posting yang terperam 5 bulan sebagai DRAFT :)

Assalamu'alaikum wrth,

Hahaha.. terasa kekok sendiri bila nak mula berblog kembali. Dah nak 3 bulan blog ni terbiar tanpa sebarang update. Dan pastinya lah menghidupkan (sekali lagi) perasaan meluat dan menyampah di hati sahabat-sahabat yang menyinggah di sini (@Najibah) - eh, ala2 fesbuk pulak yek boleh tag2 :D .. Hmm, sementelah ade kelapangan ni, bolehla coret sedikit sebanyak ape yang terlintas.. Mmg banyak cerita kehidupan dalam masa 2 bulan lebih yang lalu. Cuma kesibukan tugas hakiki dan ditambah dengan taklifan baru dalam persatuan buat saya tak menang tangan. Ok..jom kite remind ape yg saya ingat la yek (Sekarang saya dah ade sindrom 'pelupa' tahap pertengahan) :D


MAC
-->> Besday Hubby yang dicintai..
Ye, tanggal 4 Mac yang lalu, genaplah 30 tahun usia suami kesayangan saya. Masing-masing di ambang kesibukan, tiadalah event menarik yang dirancang utk meraikannya. Hanya doa saya titipkan moga pertambahan usia beliau dilimpahi barokah dan maghfirah. Tak ketinggalan saya doakan suami makin matang mengemudi bahtera rumahtangga dan keluarga yang mana setakat ni sentiasa aman damai dan tenteram. Sebagai tanda ingatan, saya mengirim sejambak bunga ros merah dan 2 teddy bear kecik sebagai kejutan ke pejabatnya. Hehe.. asik2 orang perempuan yang terima bunga.. sekali sekala bagi lelaki bunga pun ok ape :)) Ok abg.. HAPPY belated BIRTHDAY.. hahaha :D







APRIL
-->> Family Day HDC

Pertama kali saya menghadiri Hari Keluarga anjuran department hubby di HDC. Lokasi : Bukit Cerakah, Shah Alam. Dan ini juga Hari Keluarga pertama yang saya hadiri bersama Hana comey. Memandangkan hana dah besar dan senang diurus (dari segi makan shj okay?), so, kami hadir dengan senang hatinya. Agak meriah tapi saya hanya meneman suami berseronok. Saya tetap dengan tugas biasa - mengawal Hana, hehehe. Hana sekarang dah tak takut orang, malah peramah jadinya. Suke menegur orang dengan senyuman gusinya. Then, tiba giliran saya.. hubby plak jage Hana 100% iaitu bila tibe part swimming pool, hehe. Rasanya saya dah revive balik hobi ultimate saya yg dah lama terbenam - Berenang!!.. mula2 sekali dengan Hana. Nampak gayanya Hana turut seiring dengan habit saya nih. 1st time Hana masuk kolam, tiada langsung riak takut. Selamba je main tampar2 air. Kemudian saya bawa ke tpt dalam.. dengan rileksnya die mengayuh2 kaki mcm org dah pandai berenang. Wahh...ini dah bagus :D.. Jam 4 ptg, kami selesai dan pulang ke rumah. Mmg harusla Hana kepenatan dan tidur sepanjang jalan :)








-->> Hana buat pasport


Hehe, atas sebab2 tertentu.. Hana perlu buat pasport. Budak2 pun kene buat pasport sendiri yek? Tak boleh tumpang2 kat pasport mak lagi. Yang menariknya, walaupun ramai betul org di JPN Putrajaya, tapi Hana dapat giliran khas.. Dalam masa 3 jam aje pasprot Hana siap sepenuhnya. Pic pasport Hana comel sangat. Mula2 saya tak dapat bayangkan mcmana nak suruh Hana duduk diam bila diambik gambar. Rupanya senang aje.. Dirikan hana atas bangku, then acah2 sikit belakang abang camera utk attract hana pandang kamera.. dengan cekap dan pantas, cameraman akan snap. So, jadila muka Hana skema + comel. :) InsyaAllah..bila2 dari sekarang, kami sekeluarga berhajat ke Singapura utk menziarah sepupu hubby yang semakin kritikal akibat kanser. Moga Allah melindunginya dan memberikan natijah yang paling baik utk dia.



-->> Hana @ Desa Waterpark


Rentetan dari aksi di Bukit Cerakah, maka saya dan suami berhasrat utk bawa Hana enjoy di Desa Waterpark. Mmg agak lambat saya perkenalkan Hana dengan aktiviti kolam renang nih. Walaupun, kajian kata bayi seawal 6-7 bulan dah boleh diajar berenang tapi saya patuh pada kebimbangan maktok Hana yang risau potensi utk demam dan selsema sekiranya terlalu awal bayi didedah pada kolam renang. Mmg terbukti pertama kali saya bagi Hana mandi kolam plastik yang dibeli di Tesco di porch rumah, esoknya suhu badan Hana agak 'dedar'. Hehehe... Selain tu juga, saya pernah terbaca yang kandungan klorin yang tinggi dalam air kolam renang agak berbahaya utk bayi. Maka.. saya tangguhnya pendedahan kolam pada Hana. Kini, Hana dah setahun 2 bulan.. baru la die kenal erti kolam renang :D alhamdulillah, 2x mandi kolam.. Hana tak demam dah. Ni ade la gambar 2-3 snap. Enjoy!!





-->> Puspanita


Dengan situasi di luar jangkaan, saya ditaklifkan sebagai antara penggerak utama Puspanita peringkat jabatan. Mula2 mmg agak tension memikirkan tugas baru ni memandangkan saya dah lama sangat2 tak terlibat dengan organisasi NGO. Merancang program, ade anak buah yang perlu dibahagi2kan tugas persatuan, mengharap kerjasama AJK dalam segala hal. Mmg betul2 sebiji dengan suasana ketika menjadi mahasiswi dulu. Bezanya, kali ni saya perlu bergerak di kalangan isteri-isteri VIP, datin2 dan wanita2 elit penjawat awam dari agensi lain. Aduii... memang sangat2 lari dengan jiwa saya yang tak suka komunikasi protokol, gap atasan bawahan, mengipas2, memujuk2 dan entertain org lain. Mmg sangat2 tak suka. Saya teringat betapa tak gemarnya saya memegang Lajnah Perhubungan Luar dulu, kene contact2 org sana sini. Mcm tu jugalah perasaan saya ketika mula2 terlibat dengan Puspanita. Kalau dulu, mmg saya memberontak bila dpt tahu saya perlu menghandle Lajnah ni dan dicadangkan masih memegang lajnah tu pasal penggal seterusnya. Kini, saya hadapi dengan baik.. dan semakin tenang dengan suasana baru. Alhamdulillah.. Datin penaung agensi saya seorang yg humble, tak sombong, tak berkira dan tak menyusahkan saya. Beliau seorang yang tak mementingkan gap, sama seperti suami beliau, Dato' Ketua Pengarah saya. Wife2 pengarah yang terlibat sama pun menyenangkan saya. Ramah, lemah lembut dan baik hati. So..saya layan dieorang mcm mak2 saya jugak. Yang agak memeningkan hanya ahli2 yang seramai 200++ orang yang mcm2 ragam. Tak taula kan, buat masa ni.. saya masih belum diganggu dengan anasir politik dalaman Puspanita. Akan dtg? Wallahua'lam... Mudah2an saya bertahan.



-->> My HANA

Ok, update facts pasal my baby :-


1) 28hb ni mencecah setahun 3 bulan

2) Masih belum boleh berjalan. Dah menapak 3-4 tapak sendiri tapi dengan muka panic, gelabah..kemudian terus mengendur kaki utk duduk. hahaha... hana belum konfiden lagi nak jalan.
3) Sekarang dah sangat cerewet pasal makan sejak usianya setahun. Kalau dulu, hana makan bubur hari2 tanpa merungut..dan makan jarang sgt tak habis. Tapi sekarang seleranya sebijik mcm saya : spaghetti susu, roti, macaroni cheese & nasi ayam. Nasi? mintak mahapla bebanyak..tak layan :)

4) Berat hana, kategori slim : 8.2 kg :)

5) Gigi : Masih 2 batang yg seniornye dan minggu lepas dah tumbuh sebatang belah atas (gigi kapak)

6) Perangai : Cepat tangkap dan tiru aksi org sekeliling, iklan tv, kartun, org nyanyi dan org solat. Sangat ramah tapi masih tak suka bila diambil org lain. Tapi tak menangis la.. die paut kuat2 kat leher saya :) Suka memanjat tangga, sofa dan katil (bahaya le cayang oii). Dah boleh sebut perkataan senang2 - ayah,mama,air,mamam,Awwaaa (Allah), apa?,nanak (taknak),tak(mintak)..dan byk lagilaaa.. :D

7) Paling glamer pasal rambut die la. Sebab lebat, lurus dan panjang belum sama, so kelihatan mcm hana pakai helmet hitam, hahaha :D Tapi, saya mmg jeles la ngan rambut die. So cantik... :)



Oklaa..enough :)


Sekian dulu update kali ni,

Tuesday, February 2, 2010

CERITA WEEKEND YG LALU

SABTU (30/1/10): BIRTHDAY CELEBRATION



Alhamdulillah, perancangan family gathering sempena besday Hana yang pertama berjaya disempurnakan dengan baik. Dah lama rancang ngan hubby nak kumpul keluarga. Bukan senangle besan2 ni nak sekali dalam satu event..hehehe. Mula2 ingat nak makan fast food2 aje sebab malas nak kecah dapo. Tapi fikir2 balek..sian plak mak-mak ayah-ayah saya nak makan mende2 camtu.. Sure dieorang tak kenyang @ kenyang sekejap. Biasela..veteren ni suke makan heavy (traditional). So, saya decide wat mende senang jekla... Mi kari. Then mix la dgn fastfood2 seperti cadangan asal. Kih kih kih.. kumpulan sasar fastfood ni sure la adik2 ipar & adik saya. Rancangan yang tak menjadi hanyela kek besday Hana. Dari awal hubby dah plan nak buh muke Hana atas kek (dengan kepakaran dari Secret Recipe).. tapi rupanya2 kene order 3 hari sebelum. Tatau camtu prosedurnye, ingatkan sehari dua dah boleh..so melepas. Takpela..next year ye Hana cayang..insyaAllah. Ade sikit bingkisan2 dr event besday selebrasi nih..enjoy!











Ayah2ku ...

Selamat membesar dengan kuat dan sihat anakku..sian, mase ni idung Hana still beringus...





AHAD (31/1/10) : MINI GATH GENG AQRAB

Hubby telah memberi daily reminder kepada saya iaitu.. "Ingat, hari ahad ni gi umah Midi (ust Hamidi) ye".. Yes, setiap hari. Takut sangat saya terlupa then plan event lain. Hehehe... beriya betul nak jumpe kengkawan dia tu. Saya pun boleh jumpe kawan2 saya gak... Kak Long Zaimah(isteri ust Midi), Ida Nerana(isteri ust Apit Seman), Aziana(isteri ust Azral).. hehe, best gak bile ade member kawen dengan senior nih. Leh jumpe mase gath.. accept azie la... baru kenal lepas die jadi ahli bersekutu. Hihihi.. Tapi kannn...sayangggg sesangat sebab saya leh tak teramik gambar kat tempat kejadian. Rase frust sampai sekarang.. pesal la tak amik gambar si Hana, Zahrah(baby azie) dan A'izat(baby Ida).. and paling best nak amik gambar menu2 air tangan kak long Zaim.. mi kari dia best! kaye dengan kerang...hahaha, then makaroni bakar dia pun best.. Dapat makan sepotong jek sebab perut dah penuh lajok. Ruginyeee.... Kak Long, ade pics tak? nak copy? hihihi.... Kak Long pun sebuk ngulit baby die.. tokde nak bergambar bagai.. adeh, sayang sangat la...xpe2.. next time yek, insyaAllah. Dan hari tu, Hana dapat t-shirt2 free..best2 :) Sumbangan salah sorang batch Aqrab ni le... rezeki Hana le tu, save duit mama beli baju Hana..kih kih kih... terima kasih daun keladi :)








p/s : dah dapat gambo dari azie...thanks! :)


ISNIN (1/2/2010) : MASAK NASIK DAGANG SERDANG (hahaha)
Dah lama hajat nak try masak nasik dagang nih. Faktor2 yang mendorong :-

1) Rasa cam senang nak wat

2) Ade basic masak pulut kukus

3) Hubby and family suke makan


Saya ade cube nak menuntut ilmu dari member2 terengganu, sayangnye.. sume taktau masak, adeh. Korang.. jgn tamatkan legasi resepi nasik dagang sampai ke mak2 korang..rugi wooo :D Akhirnya, internet yang menjadi sifu saya untuk percubaan masak kali pertama nih. Dan kenapa nasi dagang serdang?? sebab saya tak buat gulai ikan tongkol sepertimana lazim set nasik dagang nih. Sebaliknya saya ganti dengan kari ayam sebab hubby tak suka gulai ikan. Set bikin sendiri punye. Lepas 2 jam habis kat dapo, maka siapla menu nasik dagang saya nih.. alhamdulillah, hubby kate sedap. Family In laws pun kate sedap, cuma ayah ngan mama kate lagi sedap kalau makan dengan gulai ikan. Hehe... soo, hubby request mintak masak lagi weekend akan datang ni dengan gulai ikan tongkol. Haa... ni mmg challenging sebab bile baca kaedah masak die tak macam gulai biase. Siap ade rempah bagai.. mane lak nak carik? kirim kat member opis (rempah dr trg) tatau bile dapat.. xpela, cube la lagi ek? cayok2!!



Nasik kerabu??..hm, saya suke makan mende nih tapi hubby and family xbape makan. Then nak masak pun cam keje renyah banyak, nak hiris sayur2 banyak..wat sambal, solok, kelapa ikan..adeh,xlarat la nak buat sendiri pastu yg nak makan sorang jek. Baik beli je... hehehe.. Ok, ade gak bingkisan mase masak ari tu. Nasib baik tak telupe nak snap beberapa pics. :)



Beras yang dah direndam semalaman...



Siap dikukus..pakai kuali jek, xde pengukus canggih2..hahaha

Kari ayam



Acar timun..sayang xdek nenas


Jom makan...




Thursday, January 28, 2010

Cerita 1 tahun yang lalu...

1 tahun yang lalu..tika nih..

8.30 am..

"Bang..hari ni check up, nak gitau dokter mimi la...smalam xleh tido, perut rase xbest"..

9.30 am..
Di KPMC.. bilik MO O&G..

"Hmm.. dah scan, baby sume dalam keadaan ok, dah full-term.. dah boleh ready la bile2 mase nak kluar ni ye mastura?"... seperti biase, dr.mimi dan kelembutannye menerangkan situasi baby dalam rahim.

"Dr... semalam saya tak boleh tido, perut rase mcm tak selesa... ade mcm sakit2 sikit.."

"Oh yeke? meh baring kejap..saya check".. dr mimi mengarahkan. Saya baring..dan 1st time merasa check yang lain dari biase. Oh no!! kalo boleh xmo check gini lagi..huhu,xbest!!

"Haaa..dah buka 3 cm la mastura. So mcmane? nak admit ward terus ke atau nak balek dulu..ptg2 kang baru dtg?" dr.mimi bertanya dengan selamba..

"Aaa?? emmm...hari ni ke dokter? aa??" Saya rase lain betul..seram sejuk,kepala cam tak fokus, xtau nak jawab ape.. " Camne ek abg?" .. saya mintak pendapat suami.

"Emm... masuk ward terus ajela, senang kalau pape,dah ade kat hospital. Hmm..dokter..kami nak gi bekfas dulu..lepas bekfas, nanti kami check in ward ye?" .. kata suamiku.

"Ermm..ok". Jawapan pendek tapi perasaan bercelaru ya amat..Ya Allah, tak sangka memang betul bersalin hari ni. Seramnye, takutnye.. hari ni nak jumpe ahli family baru. Saya masih dalam keadaan seram sejuk berjalan beriringan bersama suami ke restoren bersebelahan klinik. Masing diam membisu. Berperasaan sama = tak sangka! :)

"Abg...mas takut.." Saya bersuara tika menjamah sarapan. Sungguh tak berselera. Tekak terasa pahit, makanan kegemaran (macaroni goreng) jadi begitu tawar.
"Takpe..abg ade nanti, lepas ni..mas masuk ward ye.. abg nak balek umah kejap, bawak segala keperluan nak ke rumah mak terus, nak apply cuti..nanti abg dtg balek ye?" suami memujuk..

Saya mengangguk...

Selesai menghabiskan air suam, saya dan suami mula mendaftar wad.



10.30 am...

Bermula fasa awal proses nak melahirkan... isi perut dikosongkan, hehe.. dan proses drip bermula. Dan bermacam2 mesin tiba. Saya dah mula tenang...takde rase seram. Saya nak tenang2 menghadapi kesakitan ini...


12.00tghari..
Waktu berlalu..nurse datang bersilih ganti.. kejap tgk mesin, kejap check bp, kejap check bawah... huhu.. Saya hanya memerhati angka2 di mesin..yg kejap meningkat, kejap menurun.. kepala mula rasa pening, sakit perut pergi dan datang... tibe2 rase.."UWEEEEKKK!!!!".. huhu, saya muntah di tepi katil. Nurse cepat bersihkan dinding katil dan lantai. Tak lama kemudian, dokter mimi dtg...

" Ok mastura..dah buka 4 cm... saya nak pecahkan ketuban ye.."

Serta merta rase air panas mengalir membasahi alas plastik katil.



3.00ptg..

Keadaan masih sama... nurse keluar masuk. Beberapa kali nurse bawak keluar bacaan heartbeat baby. Suami dah sampai di ward tghari lagi.. penuh kedua tangan dan bahu dengan beg..hehe, mcm2 dia bawak. Nasib la ward duk sorang aje..penuh dengan barang sendiri. Sakit perut makin kerap. Suami duk di tepi berbual2..membuat lawak etc.. hehehe. Takpela..selagi boleh melawak lagi kan?


4.00 ptg..

dr mimi melangkah ke wad... seperti biase, rutin check yang 'biase'. Tapi raut wajahnya saya lihat..mcm tak tenang seperti biase. Masih tersenyum tapi ade riak2 cemas kelihatan.

"Mastura, awak ade meneran ke? jgn teran ye.. ni kepala baby rase mcm ade bengkak sikit."

Saya menggeleng..tak perasan pulak ade meneran ke ape...

"Ok...skarang kite transfer ke Labour Room ye.. dah buka 5 cm"
Saya membiarkan katil di bawa ke mana2 hala... saya hanya diam menahan sakit yang mula terasa kuat. Di LR, saya mula tak senang baring. Suami mengusap kepala dan tangan.. "sabar ye sayang".. saya hanye senyum pahit. Saya melihat pergerakan nurse mula kalut. Kejap berlari..kejap tgk mesin..kemudian keluar. Beberapa ketika lepas tu... datang Dr. Jamil, bos KPMC dan pakar O&G...bersama beberapa helai kertas di tangannya. Saya dan suami mendengar setiap butir2 bicara beliau..

"Ok ye mastura dan en.khairuddin, saya dapati geraf heartbeat baby tak berapa cantik ye. Sekarang dah 70.. ni kira lemah ye. Saya cadangkan kita buat pembedahan caesar secepat mungkin. Baby dah lemas"

Saya dan suami terdiam. Seram sejuk saya dtg kembali. Ya Allah..tak terjangkau langsung option caesar ni akan saya lalui.

" dr... tak boleh ke kalau melalui proses normal?" suami bersuara..

Dr. Jamil terdiam sekejap. " Hmm..boleh, ade option lain tapi berisiko tinggi. Sekarang bukaan dah 6cm.. boleh tunggu 8cm kemudian kita keluar baby by forseps dan vakuum. Tapi itu mmg berisiko sebab jantung baby dah betul2 lemah dan nak tunggu bukaan sampai 8cm..kita tak tau berapa jam. If keluar, baby mungkin flat dan perlukan sokongan pernafasan. So far, ini bukaan masalah ibu.. proses dilation dia mmg cantik dan cepat. Tapi kita tak tau ape masalah baby kat dalam." Panjang lebar Dr. Jamil menerangkan...

Saya pasrah. Mendengar situasi bayi saya akan flat dan sebagainya... saya tak boleh pentingkan diri lagi. Suami bertanya.."mas..mcmana?"

"Takpela bang..bedahla.. yg penting baby selamat" Saya hampir menangis. Suami mengangguk. Saya dan suami diberi borang kebenaran dan saya terus ditolak masuk ke OT.



4.30ptg..

Belakang saya disuntik epidural dan saya dibaringkan. Muka saya dihadang dengan tirai mini dan terdengar suara Dr. Jamil berbincang dengan pembantu2nya. "Puan...rasa tak saya pegang kaki?" ..tanya nurse. " Tak..." saya membalas. Kemudian, katil saya bergegar ke kanan dan ke kiri... kemudian dengar suara dr.mimi. Mane ye suara baby saya nih? hati tertanya2. 20 minit kemudian nurse bukak tirai pandangan... " Ok puan, dah siap!" kata nurse sambil tersenyum..

'Eh?? mane baby saya?".. saya bertanya dengan runsingnya. "Baby puan dah siap mandi kat sebelah" jawab nurse. Kemudian saya dengar suara bayi menangis dengan kuatnya. "Oh..tu ke suara baby saya?" Saya bertanya. " Bukan..tu suara baby org sebelah. Baby puan dah ade kat nursery"...

"Oh.." katil saya ditolak keluar dari OT.. suami menyambut di pintu. "Tahniah sayang.. baby kite comel sangat".. suami mengucup dahi saya dan mengiring saya ke wad. Tibe2..kepala terasa tersangat pening. Tak semena2.. "UWEEEKKK!!!".. muntah lagi di atas katil. Nurse tadah bekas dan saya terus di bawa ke wad." Takpe..ni normal ye encik lepas proses bedah. Kesan bius"..nurse terangkan pada suami.


9.00mlm..

"Bang... nak tgk baby?" saya teringin sangat nak bertentang mata kali pertama dengan insan yang 9 bulan saya kandungkan.

"Ok..kejap, abg gi tgk kat nursery, baby watpe".. suami keluar wad.


..dan pulang bersama katil kecik dan 'sesuatu' di dalamnya.. suami dukung dan suakan baby kepada saya kerana saya belum boleh bangun. Bius masih belum hilang. Kemudian airmata mula mengalir. Ini lah wajah dia 1 tahun yg lalu.. kali pertama kami bertemu.



********************************

Hmm...memori hari tu masih segar.
Hari ini...jam 6.00 pagi...

Rambut dah mcm son goku dah..terpacak2..

Hehe..ni la wajah dia selepas genap setahun umurnya. Demam pulak dia smalam. Mudah2an hari ni dah sembuh. Ya Allah.. syukur atas anugerahMu. Kau izinkan dia berada di dalam jagaanku sehingga kini... setahun sudah berlalu. Izinkan kami terus menjaga amanahMu ini sehingga dia tumbuh dewasa menjadi hambaMu yang solehah dan dia mampu menjaga kami di hari tua kami. Ya Allah, kuatkanlah semangat dan iman kami..berkati usia kami, dan limpahilah rahmatMu pada keluarga kecil kami.


Raihana Izzati... anak mama ni dah setahun hari ni. Perjalanan Hana insyaAllah masih panjang lagi. Banyak yang akan Hana pelajari dan lalui lepas ni. Hana dah ceriakan hidup mama ngan ayah sepanjang setahun ni dan mudah2an akan lebih ceria dan bermakna dengan melihat Hana membesar menjadi anak yang cerdik, cergas dan petah. Mama harap, mama dapat jadi mama yang baik buat Hana... membimbing Hana jalani hidup di bumi Allah ini. Mama harap dapat kenalkan Hana dengan sebaik2nya pada Islam dan bentuk Hana jadi anak yang solehah. Perjuangan mama dan ayah masih panjang utk Hana..dan adik2 insyaAllah. Doakan mama kuat yek sayang :)



SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN... Mama doakan yang terbaik segala2nya utk Hana... "emmm..maaaaa" (bunyi sound effect Hana mase mencium) :)