CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Kareem...

Assalamu'alaikum wrth,

Yikeesss!! saya sendiri dah berbulan2 tak akses blog sendiri, tetibe dapat call dari sorang staf opis yang katenye bukak blog saya dan tanye resepi nasik dagang. Adehh... bile bukak blog plak, masih ade respon dari blogwalker yang bace blog bersawang nih.. ampunnn... saya tak respon sebab saya mmg dah lama tak masuk blog sendiri :D



Hahaha.. papepun, salam Ramadhan buat semua. Buat kesekian kalinya, Allah sudi menerima kite sebagai tetamu Ramadhan. Kesekian kalinya kita diberi peluang kembali melatih diri dengan rutin-rutin yang mendekatkan diri padaNya. Rutin yang mungkin jarang sekali dilazimi dalam bulan-bulan sebelum ni. Allah masih memberi peluang untuk kita jadi lebih hebat selepas2 ini melalui platform Ramadhan dengan syarat, istiqomah. Mudah2an Allah izinkan saya tergolong dari kalangan yang hebat2 itu. Amin....



-->> Our 4th Anniversary


Alhamdulillah... usia perkahwinan saya dan suami telah selamat mencecah di tahun yang keempat pada 18 Ogos yang lalu. Hmm.. 4 tahun dah ye. 4 tahun bukanlah suatu tempoh yang lama. Masih setahun jagung. Namun bukan mudah mengharungi tempoh 4 tahun tu. Rumahtangga tu.. tidak dapat lari dari norma2 biasa apabila berlaku pertembungan dua perangai yang berbeza di antara suami dan isteri. Istilah biasa yang orang guna.. sedangkan lidah lagi tergigit :) Namun ape yang membezakan antara lidah2 yang tak sengaja tergigit tu.. sama ade ia disembuhkan atau dibiarkan terus luka. Itu yang membuatkan satu2 rumahtangga itu mampu berusia berpuluh-puluh tahun ataupun hanya 12 hari! :) Kekuatan utama selain rahmat Allah (yg hanya didapati dengan baja ibadah2 khusus) adalah kesabaran dan toleransi kedua-dua pihak. Suami dan isteri adalah 2 manusia yang pasti ade kekuatan dan kelemahan. Namun gabungan keduanya adalah saling melengkapkan. Saya mengharapkan agar toleransi yang subur mekar di dalam rumahtangga saya sentiasa mewangi dilingkari kasih sayang sesama kami hingga akhir hayat. Amin... To my hubby : Terima kasih kerana membahagiakan, walaupun bukan hanya dengan madah2 cinta atau aksi2 romantik (sangat jarang ye.. suami saya bukan jiwang walaupun jiwanya sensitif)... tapi bahagia itu dari pelbagai cara : Gurau senda, teguran + nasihat, izin + redha, berkorban, tunjuk ajar dan lain-lain.





-->> Hana cirit-birit

Kelmarin kami sekeluarga bercadang ke Melaka untuk berbuka puasa bersama nenek & atuk. Lama rasanya tak menjenguk dieorang. Alhamdulillah nenek dan atuk semuanya sihat dengan uzur2 biasa bagi orang berusia. Sakit lutut, sakit kaki. Kesian nenek... persiapan raya dibuat sekadarnya, tu pun belum habis. Saya berhasrat nak tolong nenek kali ni..buat ape yang terdaya lah.

Hana di kerusi lepak atuk..


Hana pulak nampak seronok berlari-lari ke sana sini sebab rumah nenek yang luas. Sekali sekali berhenti duduk dan membersihkan kaki sendiri sebab mungkin tak selesa pasir atau batu-batu kecil yang melekat di tapak kaki (ni mmg habit dia). Namun, kadangkala saya terleka sedikit, nampak Hana dah mengorek bekas taik cicak di kerusi nenek ataupun bekas-bekas tanah di kaki kerusi. Hana ni..kadang2 dibuangnya 'sampah'2 tu..kadang2 dibawak masuk ke mulut.. aduhaiii.. Maka, arakian... pagi semalam buat pertama kalinya Hana terkena cirit birit seawal 5 pagi (waktu bersahur). "Mamaaaa...yak..yak..yak" katenye :D .. Mula2 musykil sebab tak pernah Hana u'uk pagi2 mcmtu. Bila nak dibersihkan saya perasan najis di pampers nya bukan mcm biasa. Faham2 la najis orang cirit ni mcmana ;) Saya dah saspen.. Lepas dibersihkan dan disalin pampers.. Hana berguling2 dan merengek2.. "Mamaa... yak yak yak".. adeh.. kesian dia. Lepas bersih kali kedua Hana tertidur semula. Ibu memberitahu yang Hana tak boleh minum susu biasa.. hmmmm....

Hana dalam mode sakit perut 'CB'.. huhu, cian...


Jam 8.30 pagi Hana bangun...seperti biasa "Mamaa... yak yak".. disalin lagi. Setelah kali kelima.. suami minta kami bersiap untuk Hana dibawa ke klinik di Alor Gajah. Alhamdulillah... balik tu Hana 'yak' sekali je..kemudian berhenti. Tapi Hana terpaksa minum susu Isomil (soy based). Hana minum sekali aje..kemudian tak habis. Main-main sebentar kemudian tertidur. Kemudian Hana tak mahu menyusu dan makan. Dalam perjalanan pulang ke KL.. saya belikan roti dan air soya. Alhamdulillah mau juga lah sikit2. Sampai di KL, kami singgah di Jusco Cheras Selatan utk beli bahan2 mentah. Suami nak berbuka dengan Mi kari. Sampai di rumah.. saya ditinggalkan sendirian utk memasak dan suami bawa Hana ke rumah maktok ( Bibik cuti..balik rumah saudara). Hana balik jam 7 malam.. dan suami maklumkan yang Hana masih xmahu menyusu. Jam 8.30 malam Hana tidur di dalam kereta ketika dlm perjalanan menjemput bibik di Damansara. Kemudian Hana terus tidur sampai di rumah. Jam 3 pagi tadi.. Hana terbangun terus menjerit " Aiirr... airr... mamaaa, num air maa,num air maaa" . Saya bergegas ambilkan segelas air. Memang Hana minum bergeluk2 mcm dah lama sangat tak minum. "Agi maa..air". Habis basah baju dia dengan air kosong. Saya salinkan baju dan seluar, salin pempes sekali. Terkejut bila tgk pampers dia kering kontang. Sejak mandi petang tadi sampai ke malam. Sah.. dehydrate dah cek mek sorang ni. Saya buatkan susu (non-soy) yang biasa.. tapi agak cair. Dia pun dah merengek2.. "Shushu maa..nak shushu maa..". Habis sebotol dan die tertidur semula. Perghh.... pengajaran buat saya. Jgn la bagi Hana kene cirit birit lagi. Kesian kat dia sakit perut, asyik kene cebuk, terpaksa tukar susu dan tak nak minum, taknak makan dan dehydrate. Husband kate " There's always 1st time for everything.." Harapnya lepas ni tak kena lagi la dalam tempoh kecik2 nih.. huhuhu :(


Hana..kat Jusco Cheras Selatan.. sihat dah, alhamdulillah :)




Ok... sekian apdet kali ni. Next entry ye... :)

0 comments: