CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 17, 2009

Yey ! bye bye fasa pantang

Habis pantang..



Alhamdulillah.. sesi pantang memantang dah habis 12 Mac lalu.. hehe, beriya je pantang konon. Hakikatnya saya tak strict pun bab pantang lepas bersalin ni. Saya tak berparam pilis, pakai baju sejuk, ikat rambut ketat2, bertungku, pakai bengkung etc. Hanya pantang makan, pakai stokin dan pantang keluar rumah. Bersalin cara c-sect membataskan program berpantang secara normal. Berurut pun dapatlah 3 hari masa dalam pantang dan 3 hari di penghujung pantang. Entahlah, mak saya tak strict dgn protokol pantang. Lepas 7 hari di rumah mak.. saya balik ke rumah sendiri dan dijaga oleh mak mertua saya. Lepas 2 minggu dijaga mama, saya dah kuat dan Alhamdulillah boleh urus semuanya sendiri. Adelah adik ipar saya, nadiah tolong2 dan jaga Hana especially bila saya tgh qadha tidur di waktu siang sbb berjaga melayan Hana di waktu malam. Taktaulah apa kesannya bila saya tak berpantang sangat ni. Mudah2an ok ajelah. Mak saya selalu kata “ Muda2 ni boleh gagah lagi..nanti bila dah tua2 baru rasa sakit sana sini”. Hehe.. Ntahla. So far, saya mmg tak rasa lemah2 badan lepas bersalin. Hari kedua lepas bedah saya dah berjalan2 dan hari keluar hospital saya dah berjalan macam orang bersalin normal. Doktor dan nurse2 kat KPMC pun kata saya ni tak macam orang bersalin c-sect. Sakit mmg sakitla tapi takdelah sampai tak boleh berjalan. Hehe… tapiiii, tu sume dah berlalu. 12 Mac lepas… saya macam orang jakun, hahaha…



Upin Ipin the movie..


…Destinasi sambutan hari habis berpantang : The Mines, Jusco Cheras Selatan & South City Plaza. Perghh.. ganas betul, 3 shopping complex dalam masa setengah hari. Hubby pulak kebetulan cuti. Lepas solat Jumaat, transit Hana kat rumah mak mertua. Huu.. part ni sedih betul, nak tinggalkan Hana. Mak mertua tak bagi bawak Hana sama sebab katanya Hana belum kuat dan ‘kasar’ lagi. Takut meragam, tak tahan sejuk etc. Ada betulnya.. takpela, bulan depan dah boleh bawak Hana naik stroller jalan2 dgn mama ye sayang. Saya pun plan la nak tgk Movie Upin Ipin kat The Mines. Hehe.. Jibah promote beriya2 dalam blog dia sampai terpengaruh pulak nak tgk sama. Hmm.. okla movie tu. Tak menghampakan sangatla. Masa tgk upin ipin yang motak tu, kepala saya terus teringatkan Hana yg motak jugak. Huuu.. mama rindu la kat Hana… :)


Shopping spree…


Lepas tgk Upin Ipin.. window kejap kat The Mines pastu pergi ke jusco pulak. Kat sini targetnya nak cari long romper untuk Hana dan baju2 comel untuk dia. Malangnya kat jusco takde long romper. Baju pun tak banyak yang tak berkenan di hati. Tapi saya jumpa tilam kekabu yang best sangat untuk Hana. Apelagi, hangkutlah.. kebetulan dapat voucher jusco sebab cardmember. Ka ching!!!! :)


Dari jusco, pegi pulak south city plaza sebab nak pegi butik Manjaku babycenter. Haaa.. kat sini best carik baju2 Hana. Kalau tak control diri, mau penuh satu bakul dengan baju Hana. Tapi sabarkan diri jela. Pikir2 buat ape beli banyak2. Hana tu makin membulat, nanti tak muat pulak. Beli la 7 helai baju/pasang + socks + hair ribbon untuk kepala Hana yang motak tu.. Hahaha.. pukul 10 malam barula sampai rumah dengan kelaparan. :)


Baju2an Hana yang dibeli.. huhu..


Rindu Hana


Hmm.. Saya selalu rindu kat Hana walaupun Hana dekat dengan saya. Kalau dia tidur lama sangat, geram je rasa nak kejutkan dia sebab rindu nak tgk mimik muka dia, main dgn dia, dukung dia. Tapii.. bila Hana meragam rindu pulak nak tidurkan dia… hehehe :) Paling ultimate skali masa keluar shopping tanpa dia. Rasa nak balik aje sebab nak tgk muka dia. Hubby saya sampai merajuk (buat2) sebab saya asyik sebut Hana masa jalan2 dgn dia. Betul.. asyik teringatkan dia aje. Huuu.. Hana2… macam manala bila mama dah keje dan hari2 kene drop Hana kat rumah Mak tok nanti? Jangan mama menangis hantar Hana udahla..huuuuu..



Shopping online..



Saya tak pernah beli barang secara online, tapi baru2 ni dah Berjaya beli barang melalui internet. Saya beli bengkung untuk orang yang bersalin c-sect dan tudung pashmina Max Azaria Collection. Beli tudung tu takla saspen sangat sebab kenal ejennye – Shahidra (junior UM). So rasa securela tapi masa beli bengkung tu saspen jugak sebab tak kenal. Harga bengkung tu mencecah RM200 jugakla. Tapi Alhamdulillah, dah selamat dapat. Maka berbengkungla saya sekarang.

Atas : Bengkung c-sect from : http://www.bengkungmoden.com/

Bawah : Tudung pashmina Liyana from : http://www.maxazaria.blogspot.com/

From babycenter.com


Ni ada something yang saya dapat dari website babycenter. Menarik jugak…

Things that change when you have a baby :-

1. You finally stop to smell the roses, because your baby is in your arms.

2. Where you once believed you were fearless, you now find yourself afraid.

3. The sacrifices you thought you made to have a child no longer seem like sacrifices.

4. You respect your body ... finally.

5. You respect your parents and love them in a new way.

6. You find that your baby's pain feels much worse than your own.

7. You believe once again in the things you believed in as a child.

8. You lose touch with the people in your life whom you should have banished
years ago.

9. Your heart breaks much more easily.

10. You think of someone else 234,836,178,976 times a day - Yes! Mama rindu Hana selalu tau!

11. Every day is a surprise.

12. Bodily functions are no longer repulsive. In fact, they please you.
(Hooray for poop!) -
betul, Kalau Hana u'uk rasa lega betul.

13. You look at your baby in the mirror instead of yourself.

14. You become a morning person.

15. Your love becomes limitless, a superhuman power.


Waaahhh... betul sangat2 !!!


Hana meragam



Sejak sminggu ni, Hana mula meragam balik waktu peak hours untuk tido. Tak tau apa yang dia nak. Mungkin ajak main tapi bila mama dengan ayah dia asyik dodoi dia suruh tido, dia naik angin. Hana mmg tido sungguh2 waktu siang sampai kene kacau masa tido pun dia buat dek aje. Consequent nye.. bila start 12 malam Hana jadik segar bugar sampailah ke 4-5 pagi. Aduuhh.. bila kitorang dah mengantuk sangat, tak daya nak agah2 Hana dan letak dia atas tilam. Mula Hana mengamuk sampai hilang2 suara dia menangis. Kesian Hana.. kesian hubby, hehe.. saya ok lagi, boleh join Hana tido siang hari. Tapi hubby plak keje. Mabuk2 dia bila nak bangun pagi. Sabarla ye bang….

Tengokla, anak dara saya... tido sensiang sampai tertunggen2...

2 comments:

Anonymous said...

Mmm... bergenang airmata baca entry Ummu Hana kali ni.. teringat experience masa lahirkan anak pertama dulu.. Bahagia kan jadi ibu ni?

Anonymous said...

Hehe..sama ye kesahnye kak zaim? naluri keibuan :) Hmm.. mmg bahagia jadi ibu nih.. perigi kasih sayang melimpah ruah sepanjang masa :)