CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 11, 2008

SELAMAT HARI RAYA 'IDULFITRI...

Assalamu'alaikum wrth...

Hampir dua bulan (or lebih) blog ni tak berjenguk. Asal nak mengarang je pening..asal pening je nak mengarang..hehe :) Rindu sebenarnya kat blog ni tapi keadaan tak mengizinkan. Baru selesai bergelut dengan alahan trimester pertama..bulan Ramadhan pula menjengah. Alhamdulillah..saya dapat lalui bulan Ramadhan dengan baik walaupun terduga dengan banyak juga ujian. Antaranya minor operation akibat retention cyst di bibir sangat menguji kesabaran. Bibir bengkak seminggu dan pedihnya..hanya Allah je yg tahu. Disusuli pula demam yang melemahkan badan. Namun..Alhamdulillah,puasa masih boleh diteruskan hingga ke akhirnya... :)

RAYA YANG CERIA...


Hehe...tercuit pula hati mengenang perasaan nak menyambut raya hari tu. Rasa betul2 tak bersedia. Persiapan raya hanya dibuat betul2 di masa kecedera
an ( sehari sebelum raya ). Alhamdulillah..hal ehwal mengemas rumah diselesaikan 100% oleh suami kesayangan saya. Saya hanya belikan hiasan dalaman tambahan, kuih2 raya dan kerja2 ringan. Betul2 tak berdaya nak tolong banyak.. Baju raya utk saya hanya dibeli pada malam raya. Ready made aje...

Pagi raya saya bersama2 dengan keluarga mertua di Kampung Balakong (1 km sahaja dari rumah saya :D ) Kemudian ke rumah makcik dan tghari terus ke Alor Gajah, Melaka. Kemudian, saya mula menyedari kini saya dah memasuki fasa 'kuat makan' dalam episod kehamilan saya. Sebelum ni memang saya susah nak makan. Berat badan sepanjang bulan pertama hingga keempat tidak bertambah malah berkuran
g. Kini..rasanya dah bertambah..hehe :D Ketika raya, saya boleh menjamah hidangan2 hampir di setiap rumah dan langsung tiada rasa nak muntah. Alhamdulillah... Mungkin kala ni ujian saya hanyalah rasa sakit pinggang yang menyucuk2.. Takpe, rela sakit pinggang dari muntah2..hehe :)



REUNION YANG DIRINDUI..

Esok..sahabat baik saya, Khadijah Ismail akan selamat bergelar 'Puan'. Tahniah Dijah...Maafkan saya sebab tak dapat hadir sebab ada urusan keluarga. Ming
gu depan, Najibah pula di Terengganu...hmm.. ramai sahabat baik saya bertemu jodoh tahun ni. InsyaAllah..jika tiada aral saya dan suami akan hadir meraikannya. Semalam, sempat saya bertemu bakal Puan Najibah di mini gath lunch...amboi, berseri2 orang berdarah manis ni ye. Hairin, Aziah dan Che Da pun ada sama. Dapat juga melepas rindu dan menyakat budak2 ni.. Mudah2an lepas ni dapat lunch berjemo'oh lagi..insyaAllah :)






Tamatlah kisah 'Idulfitri saya yang ringkas ni... Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri buat sahabat2 yang terjenguk blog ni. Mohon ampun dan maaf andai ada terasa hati atau kesilapan2 yang tidak saya sengajakan. Jemputlah datang ziarah ke rumah saya di Serdang... jangan lupa telefon dulu.. :D








0 comments: