Salam jumaat yang mulia. Pagi yang sangat sejuk. Ade lagi 7 jam nak mengharung sejuk yang menggila nih. Hmm, setengah tahun 2009 dah berlalu, separuh Rejab juga dah meninggalkan kita. Pejam celik, cepat mase berlalu. Hehe..kalau dulu saya tak sabar menghitung umur Hana dari hari ke hari. Sekarang dah immune.. perasan tak perasan buah hati sorang tu dah menginjak dari bulan ke bulan. Hmm.. kita mulakan cerita dengan kisah Hana yang dah pun selamat kene cucuk dos2nya (tak ingat ape) hari Jumaat lepas. Kali ni saya tak gi jumpe paeds pun. Bawak jumpa outpatient MO aje. Tapi hanya MO yang sorang ni aje yang saya 'percaya' untuk diskas dan inject Hana. She is Dr. Tengku Wook Zauwiyah (wife Dr.Jamil - tukang belah perut saya) from KPMC. First time jumpe dia mase inject Hana 3 bulan.. Beliau dah lama dalam bidang medic nih dan sangat2 berpengalaman. Dan paling saya suke bila dia inject Hana.. Hana tak nangis pun. Hana sekadar kerut muke pastu 'eeekkk" sikit, lepas tu dah terus main2 macam biase. So, mase inject 5 bulan tu pun, perkara yang sama berlaku.. Hana "eekkk" sikit lepas tu terus sengih2 balik. So far, perkembangan Hana :-
- Berat kurang dari sepatutnya, 5.9 kg (sepatutnya 6.3kg)
- Ukur lilit kepala, 39cm (pun kurang jugak besarnya - bagusla Hana tak 'besar kepala')
- Panjang 63cm - haa, ni je yg ok atas graf
Dokter sarankan Hana start makan seriously, backup perangainye yang susah nak minum susu. Hehe.. nak minum susu pun susah, apetah lagi makan. So, saya dah belikan Hana Nestum beras merah. Hmm, Hana makanla tapi tak banyak. Dan kelihatannya Hana cam kurang skill nak mengunyah lagi sebab bile masukkan Nestum dalam mulut dia..dia kunyah dengan cara mengeluarkan lidah (mcm stail bila dia isap tangan dia/saya..hahaha). Gayanya mcm tak suke makan ek? Tapi dia nganga setiap kali saya suakan sudu ke mulut dia.. Takpe, practice make perfect ye cayang... :) Saya jugak diskas dgn dokter pasal suntikan pneumococcal/meningitis yang kelihatannya diperlukan Hana bagi menghadapi hari2 yang dipenuhi udara tak sihat nih...diskas punye diskas, kiteorang decide utk start amik suntikan tu lepas Hana setahun dengan 2 dos. Tapi, tgkla mcmana...if necessary, maybe sooner. Puas hatila dengan penerangan Dr.Tengku Wook Zauwiyah ni.. biasela, gaya org lama..hehe
Tgkla budak ni makan..susahnyeeee...
H1N1 di Menara Olympia..
Ade sorang staff di Menara Olympia dah tahan wad sebab H1N1.. maka agak kecoh sekejap ofis saya minggu lepas. Ada yang nak cuti lama, ade yang nak balek rumah dan dan tu jugak.. hahaha :) Maintainance Olympia pun amik tindakan pantas mengarahkan floor 16 (ofis pesakit tu) dikosongkan.. Napela tak arahkan kosong satu bangunan terus ye? Hmmphh... Kemudian semua lif2 dibersihkan dengan air antibakteria, handle2 tangga dan kantin pulak lengang. Orang takut nak mingle dalam crowded area. Dan ramai jugakla 'ninja2' minggu lepas. Saya tak pasti ofis ape kat floor 16 tu.. admin ofis AEON bank rasanya. Kitorang, staff2 gomen ni..camtu jugakla..takde yg jadik ninja, cuma mengharap dapat join fasa kuarantin (duk umah saje2)aje..hahaha :D
Tapi perkembangan H1N1 ni mmg membimbangkan saya. Hari2 makin bertambah kes2 baru dan mencecah 500++ orang dah. Veeeery fast! Saya tak lagi bawak Hana jalan2 sembarangan. Setakat ni Hana baru sampai Jusco Cheras Selatan tu 2 kali. Lepas tu saya sendiri 'jeran' nak bawak Hana jalan2 ke pusat beli belah. Dengan udara yang bermasalah, asap kereta,rokok, orang bersin batuk etc.. Hana mmg takde masalah, diam aje. Tengok sana sini, sengih2.. kalau mengantuk.. dia tidur dalam stroller. Memang tak susah bawa Hana jalan2 tapi saya yang dah tak nak bawak. Menyesal tak sudah saya nanti kalau Hana affected walaupun hanya selsema batuk biasa. Kalau ikut plan 2 bulan lepas, 24/7 ni sepatutnya kami sekeluarga akan ke Singapura kerana kenduri kawen sepupu hubby, tetapi terpaksa dibatalkan. Tak beranila nak ke luar malaysia.
Kerja2 'pending'
Saaaangat banyak. Hari2 ade je keje yang di topup ke batu jemala saya. Setup meeting, pantau bajet, apply bajet, siling bilik mesyuarat dept bocor sebab air kumbahan (yucksss..), urusetia kursus, SOP department...bla bla bla.. dan tak lupe EXAM LAGIKKK!!... 15/7 ni. Kali ni exam dalaman. Syarat sah jawatan jugak nih. Buku2 pun saya belum carik lagi. Ayarkk! Bila diingat jadi serabut pulak..huuuuu.. takpe2, sempat pulun 3 hari (exclude sabtu ahad for sure). Hehehe... :)
Sepatutnya saya diarah ke kelantan 21-25/7 ni untuk urusetia discussion dept. (Huh! dieorang ni..nak diskas pun duk ujung malaysia), tapi saya minta excuse dari bos baik ati sebab Hana. Saya tak sampai hati nak tinggalkan Hana dengan mentua saya 24jam. Penat nanti dieorang. Dulu ade adik ipar yang 'honeymoon' months lepas habis SPM. Sekarang dia dah selamat masuk UNITEN. Lagipun discussion tu lebih kepada hal2 IT yang bukan berkaitan dengan saya. Kalau pegi pun bos mintak tlg jadi pencatit dan penyusun manual IT. Takpela..mintak anak buah le yang buat keje tu. Huhu...
Kelahiran Lagi...
Tahniah buat sahabat2 baik saya yang dah masuk kumpulan 'ibubapa' :)
1. Khadijah Ismail + Muhd. Ramadhan Fitri Ellias = Nur Fatimah
2. Nur Naimah md Zain + Mohd. Rahmat Abdullah = Baby Boy..
Cepatla Jibah.... Hana nak tgk 'Aqilah nihhh :))