CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 2, 2009

ANOTHER YEAR..ANOTHER CHAPTER..

Tahun 2008 (M) dan 1429(H) dah pun melabuhkan tirainya. Maka Tahun 2009 dan 1430 pula mengambil alih ruang kalendar kehidupan semua insan. So, macamana konklusi chapter 2008/1429 anda? memuaskan hati? azam yang dirangka masa awal2 tahun dulu tercapai? Hehe..saya pun tak terlepas daripada dialog 'cliche' akhir dan awal tahun..yela, orang slalu bercakap pasal azam dan pencapaian bila akhir dan awal tahun kan?. Bosan jugak sebenarnya.. tapi benda tu mmg perlu. Hidup yang organize perlu ade perancangan, perlu ade pelaksanaan dan perlu ade penilaian. Dan yang pastinya..result akhir akan tiba pada hari yg dijanjikan. Saya pulak?.. hehe, sejujurnya..saya bukanlah orang yang ada perancangan hidup yang kompleks yang dirancang pada awal tahun. Saya juga takde cita2 yang tinggi melangit sebagai acuan pembangunan kehidupan saya. Saya lebih selesa dgn acuan yg basic. Sekiranya ade peluang untuk melakukan sesuatu yang 'besar' dalam ruang2 kehidupan saya yang 'macam tu' aje..maka saya akan lakukan. Tapi saya tidak merancang ke arahnya. Ya...saya mmg bukan insan yang berjiwa besar. Jiwa saya redup. Passion saya untuk jadi seorang perfectionist dalam kehidupan adalah sangat rendah. Kalau org lain berlumba2 nak sambung MA..tapi saya pulak. Nanti2la...hehehe :) Kalau orang lain bercita2 nak naik pangkat, bagi saya pulak..cukupla duduk di position yang ade skarang sampai pencen pun takpe...Hahaha..terukkan? Teruk ke? Tetapi tidaklah bermakna hidup saya sangat statik. Bagi saya, setiap tahun fasa kehidupan saya perlu meningkat, seiring dengan pengalaman yg dikutip saban hari. Pembangunan kematangan dari segi pemikiran, tingkah laku dan tanggungjawab harus sentiasa berjalan dan hidup dalam diri saya. Dari zaman belajar..beralih ke alam bekerja..kemudian mendirikan rumahtangga..dan bakal mempunyai amanah yang perlu dididik, semuanya ada transisi yang tersendiri. Tak mampu saya nak describe dalam blog yang terhad ni. Tapi semuanya ada dalam koleksi memori dan 'behaviour' semulajadi kemanusiaan saya (common sense)..dan perancangan yang mmg betul2 dirancang. Ape yg pasti..Jannah tu tetap menjadi dambaan... Mudah2an roda hidup saya berputar menuju ke arahnya.

CERITA SAYA DI AKHIR TAHUN 2008

Hujung tahun biasanya adalah masa yang agak sibuk bagi mana2 agensi & jabatan kerajaan. Swasta pun sama la kut. Mcm saya kata tadi, akhir tahun adalah mase penilaian bagi segala benda. Saya jugak turut terkesan dgn aktiviti sibuk dan menyibuk ni. Hehe... :) Saya dihambat dengan belasan laporan penilaian dari semua bahagian operasi. Baik bhgn perancang korporat yang nak tau pencapaian SKT bahagian, bhgn HR yg nak tau laporan aktiviti bahagian sepanjang tahun, bahagian admin yang nak tau laporan verifikasi aset, bahagian kewangan yang nak tau laporan perbelanjaan bajet dan juga borang penilaian prestasi individu yg perlu saya siapkan segera. Tak ketinggalan juga beberapa mesyuarat yang perlu saya hadiri (biasanya sebab ganti bos yang bercuti ujung tahunla)..pun ada perkara2 dan maklumbalas yang perlu saya prepare dan laporkan. Huh..dalam kesibukan tu, saya pun nak bercuti jugak..hehehe :) Mana boleh kan? orang lain cuti sampai sminggu lebih, saya plak terhegeh2 duduk kat ofis dgn 2-3 orang bujang yang malas bercuti. Ngeh ngeh ngeh.... (gelak tumbuh tanduk) Tapi sebagai insan yang menjaga admin bahagian, dah mmg kerja saya buat sume2 tu. Takkan nak suruh org yg jaga server, sistem buat pulak. Sian depa...( baik pulak yek).

Hari ni, saya cuti lagi..hehe, alang2 gap sehari ke hari sabtu. Baikla sambung terus dapat 4 hari cuti kan? Kebetulan hubby saya pun cuti dan ade appoinment dgn gynae saya ptg tadi. Maka tepatlah keputusan saya mengambil cuti hari ni. Hari Isnin depan..saya akan bersilat semula dengan kerja2 yang menanti. Yang pasti..minggu depan, saya WAJIB submit borang prestasi saya, siapkan beberapa memo, diskas ngan pengarah ttg SKT 2009 yang perlu diedit di sana sini, ape lagi..? ooo..ye, siapkan beberapa maklumat tambahan pasal re-org agensi. Hmm..tu yg ade dalam pikiran. Belum campur kerja2 yang akan muncul 'tiba2'...biasela, bos kan suka bagi urgent task ikut suka dia aje.Huhu..jgn mare bos. :) Papepun..bos saya baik orangnya. Takpe2..sebulan aje lagi nak sibuk2, pastu dapat cuti 2 bulan..yieehaaa!!

CERITA SEMASA DI AKHIR TAHUN 2008.

Hmm.. tak banyak cerita yang gembira mengiringi pemergian thn 2008 ni..ye tak? Selain cerita kawin Mawi dan Ekin yang takde langsung impaknya pada diri saya, kebanyakan cerita air mata dan kesedihan terpapar di media malaysia dan dunia. Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada pertengahan Disember lalu, cukup menjentik emosi dan kesedaran. Alam semulajadi memberi isyarat yang tersurat dan tersirat. Yang tersurat, ia tidak mampu lagi menampung pembangunan yang keterlaluan dan yg tersirat, hmm...banyak benda perlu dinilai semula. Saya rase anda boleh generate sendiri ape yang tersirat tu.Mungkin kali ni Bukit Antarabangsa menjadi 'sample' peringatan dariNya. Lepas2 ni..tempat2 lain perlu berjaga2.



Kemudian, akhir Disember menyak
sikan sekali lagi Israel laknatuLlah meneruskan agenda 'mencari pasal' dgn umat Islam. Jiwa saya rasa tercucuk dan terhiris membaca cerita2 dari akhbar tentang alasan2 bodoh Israel menghujani bumi Gaza dgn bom2 yang meragut nyawa manusia sesuka hati. Lebih sedih melihat paparan dan rintihan kanak2 Palestine. "Kami ketakutan...kami boleh mati bila2 masa" : Petikan KOSMO Online. Jika pada 1 Januari 2009 kanak2 di Malaysia tersenyum ceria menikmati kecantikan bunga api pada jam 12 malam di dada langit, tetapi kanak2 di Palestine memandang ke langit dalam ketakutan sambil menghitung detik hayat..masih mampukah aku bernafas seminit dua lagi ataupun jasad kecil ini berkecai dgn bedilan bom si kuffar itu? :( Itulah beza dua dunia yang tak jauh mana. Saya...terlalu sesal dgn diri sendiri. Sebab dah lama saya terlupa pada saudara2 seislam saya di sana sini. Doa2 saya...banyak utk diri sendiri, keluarga dan org2 yg di hadapan mata saya. Namun..saya betul2 terlupa utk emphasize permohonan kesejahteraan saya untuk umat2 Islam yang berjuang bermati2an utk meneruskan kehidupan dalam lingkaran kezaliman kuffar. Ya Allah...saudara jenis ape saya ni :'( Sedihnya saya...berkaratnya jiwa saya,nak tunggu saudara sendiri dibedil baru nak teringat..Ampunkanlah hambaMu ini ya Allah...


Kemudian, berita2 sumbang sambutan awal tahun tambah menyakitkan hati. Pastinya tak terkesan dgn cerita pertumpahan darah di Palestine. Operasi penangkapan dari pesta2 seks, dadah dan khalwat menyaksikan umat2 Islam di Malaysia tandus jiwa dan Iman sehingga mengambil jalan yg sebegitu hina untuk meraikan sesuatu. Sangat jauh dari rasa kesyukuran atas nikmat dan rasa takut menghadapi kiamat yang makin menghampiri.Entahlah..mungkin itu natijahnya bila acuan pemikiran dibentuk dari filem2 barat yang merosakkan.

Kawan2..sama2lah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia dan serata dunia.. :'(




1 comments:

AzlanSajirah said...

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru..