CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 16, 2008

Anugerah Illahi

GATH LAGI...


Hampir 2 minggu dah pun berlalu sejak peristiwa 'gath' di walimah sahabat2. Minggu lepas pula disusuli dengan 'mini-gath' bersama sahabat yang sekian lama tak berjumpe (rasanye sejak lepas graduation - Siti Amrina Bokhari.) Alhamdulillah..seperti biase, Aziah pasti menjadi organizer majlis yang sangat cemerlang. Dia la pengarah program + AJK persiapan tempat + AJK makanan + AJK Jemputan dan merangkap Bendahari Kehormat, hehe.... :D Mana-mana majikan yang terbaca entry ni, jgn malu2 contact saya untuk dapatkan khidmat beliau..hahaha :D Tak dapat nak saya abadikan bingkisan2 untuk majlis tersebut memandangkan saya tak berapa rajin untuk mengambil gambar tika itu. Rakan yang biase menjadi mangsa 'bluetooth' gambar -Che Da pun tak dapat hadir. Hanya diambil gambar sahaja :) Mungkin nanti Jibah akan upload..bolehla tinjau2 blog beliau.. ;)




MOGA DIRIMU SIHAT SELALU...


pregnancy

Saya tujukan khas buat anugerah Allah yang kini hadir dan sudi mendiami kantung rahim saya :) Syukur Alhamdulillah....Kehadiranmu lama dinanti. Semoga kamu selamat dan berkembang sihat di situ hingga ke waktu yang ditetapkan. Semoga kamu lahir sebagai anak yang soleh/solehah dan menjadi permata hati kami. Kala ini, rasa tawakkal dan pengharapan saya padaNya begitu tinggi dan semuanya jatuh ke atas anak ini. Tak lupa juga pada kesihatan dan kesabaran saya serta suami. Mudah2an Allah pelihara dan permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amin ya Rabb... sahabat2 skalian, doakan kami ye.



Rasanya..kali ini, perancangan saya untuk outstesen kembali tertangguh memandangkan saya dinasihatkan pak Dokter untuk banyakkan rehat terutama di trimester pertama kandungan. Sepatutnya kini saya berada di Sabah kerana Sukan Dwi Tahunan. Alhamdulillah...saya tak perlu buang masa di sana selama seminggu dan meninggalkan cik abang tersayang keseorangan di rumah...heheh ;)




MINYAK OH MINYAK!..


Saya kira masing-masing sudah puas beremosi, melepas geram, marah...dan tak kurang jugak memaki ( terkenang cerita emak ketika beliau di dalam komuter - ade forum tanpa permit percuma!). Mulanya saya turut 'mendidih' dengan cerita minyak ini...tetapi kemudian kembali tenang. Maklumlah..ibu2 mengandung kene kawal emosi..hehe :D Memang sudah dijangka... sekali lagi cubaan memperbodohkan rakyat Malaysia berulang. Entahla..sampai bila agaknya ye? Subsidi yang tak realistik terutama untuk rakyat luar bandar. Mekanisme yang tak kukuh. Fakta yang diputarbelit. Potongan gaji menteri? Hahaha...ini yang paling lucu! Potongan gaji yang berapa sen sangat di mata mereka tu..nak dijadikan kaedah agung penyelamat situasi. Sudahla kuntummm...... :D Apepun..walaupun harga minyak dah naik, saya masih lagi memboikot Komuter! ;) Tak perlu saya ulas panjang. Rasanya masing2 lagi arif dan ade provokasi tersendiri..kan?kan?



Apalah yang mereka dapat ye? kenderaan takde..tiadalah subsidi buat mereka.Tapi harga barangan makin membebankan mereka..




Sedikit petikan daripada Kosmo! Online...

KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan. Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.
"Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. -
AFP




Buat Duit Main Myspace

0 comments: