CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 16, 2008

Anugerah Illahi

GATH LAGI...


Hampir 2 minggu dah pun berlalu sejak peristiwa 'gath' di walimah sahabat2. Minggu lepas pula disusuli dengan 'mini-gath' bersama sahabat yang sekian lama tak berjumpe (rasanye sejak lepas graduation - Siti Amrina Bokhari.) Alhamdulillah..seperti biase, Aziah pasti menjadi organizer majlis yang sangat cemerlang. Dia la pengarah program + AJK persiapan tempat + AJK makanan + AJK Jemputan dan merangkap Bendahari Kehormat, hehe.... :D Mana-mana majikan yang terbaca entry ni, jgn malu2 contact saya untuk dapatkan khidmat beliau..hahaha :D Tak dapat nak saya abadikan bingkisan2 untuk majlis tersebut memandangkan saya tak berapa rajin untuk mengambil gambar tika itu. Rakan yang biase menjadi mangsa 'bluetooth' gambar -Che Da pun tak dapat hadir. Hanya diambil gambar sahaja :) Mungkin nanti Jibah akan upload..bolehla tinjau2 blog beliau.. ;)




MOGA DIRIMU SIHAT SELALU...


pregnancy

Saya tujukan khas buat anugerah Allah yang kini hadir dan sudi mendiami kantung rahim saya :) Syukur Alhamdulillah....Kehadiranmu lama dinanti. Semoga kamu selamat dan berkembang sihat di situ hingga ke waktu yang ditetapkan. Semoga kamu lahir sebagai anak yang soleh/solehah dan menjadi permata hati kami. Kala ini, rasa tawakkal dan pengharapan saya padaNya begitu tinggi dan semuanya jatuh ke atas anak ini. Tak lupa juga pada kesihatan dan kesabaran saya serta suami. Mudah2an Allah pelihara dan permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amin ya Rabb... sahabat2 skalian, doakan kami ye.



Rasanya..kali ini, perancangan saya untuk outstesen kembali tertangguh memandangkan saya dinasihatkan pak Dokter untuk banyakkan rehat terutama di trimester pertama kandungan. Sepatutnya kini saya berada di Sabah kerana Sukan Dwi Tahunan. Alhamdulillah...saya tak perlu buang masa di sana selama seminggu dan meninggalkan cik abang tersayang keseorangan di rumah...heheh ;)




MINYAK OH MINYAK!..


Saya kira masing-masing sudah puas beremosi, melepas geram, marah...dan tak kurang jugak memaki ( terkenang cerita emak ketika beliau di dalam komuter - ade forum tanpa permit percuma!). Mulanya saya turut 'mendidih' dengan cerita minyak ini...tetapi kemudian kembali tenang. Maklumlah..ibu2 mengandung kene kawal emosi..hehe :D Memang sudah dijangka... sekali lagi cubaan memperbodohkan rakyat Malaysia berulang. Entahla..sampai bila agaknya ye? Subsidi yang tak realistik terutama untuk rakyat luar bandar. Mekanisme yang tak kukuh. Fakta yang diputarbelit. Potongan gaji menteri? Hahaha...ini yang paling lucu! Potongan gaji yang berapa sen sangat di mata mereka tu..nak dijadikan kaedah agung penyelamat situasi. Sudahla kuntummm...... :D Apepun..walaupun harga minyak dah naik, saya masih lagi memboikot Komuter! ;) Tak perlu saya ulas panjang. Rasanya masing2 lagi arif dan ade provokasi tersendiri..kan?kan?



Apalah yang mereka dapat ye? kenderaan takde..tiadalah subsidi buat mereka.Tapi harga barangan makin membebankan mereka..




Sedikit petikan daripada Kosmo! Online...

KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan. Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.
"Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. -
AFP




Buat Duit Main Myspace

Wednesday, June 4, 2008

Absence Makes The Heart Grow Fonder!


Sayu...rindu...suka...dan ceria hati ini membenarkan kenyataan tersebut : 'Absence Makes The Heart Grow Fonder' . Hujung minggu lepas sekali lagi hati saya diizinkan untuk melepaskan rindu kepada sahabat2 yang paling saya sayangi yang pernah hadir dalam umur saya. Sayangnya tak semua ada..tapi saya bersyukur dengan saat dan sesiapa yang ada :) Walimah Nazihah menjadi wadah pra-pertemuan semula sahabat2 yang lama terpisah. Masing2 disibukkan dengan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Hari2 yang dulu selalu terisi dengan gelagat ceria, menghiburkan dan kadang2 'pelik' sudah lama tertinggal jauh di pulau memori. Namun di Walimah Tipah, segalanya seakan di'hidup'kan kembali (Senyum seketika..). Entry kali ni..rasanya saya tak perlu banyak bicara. Biarlah bingkisan2 yang ada menceritakan segala kemanisan itu.

selepas baru bergelar 'Puan Latiffah Man...'

Lakonan yang tak berapa menjadi..konon2 nak amik aura pengantinla tuh...hehehe :D Sudah2la kuntummm... Tipahla satu2nya pengantin yang berjaya di kongker oleh kawan2nye ketika hari pernikahannye..



Hampir setiap malam bersengkang mata untuk menyiapkan mende2 ni..secara berjemo'oh :)


....yang mana akhirnya menjadi seperti ini (belah pepel)....comeinyeeeeee :p


Puan Latiffah...saat disolek sblm mengisi perut dengan jayanya..ade mcm muke2 orang lapo tak??



Selamat Pengantin Baru Latiffah & Suhaimi...sahabat sepermukiman di UM yang tak pernah ku dengar suaranye. Mase akad barula dengar suara encik sorang nih...hehe.



Tengokla kengkawan saya....espesyeli yang berdua baju merah mengapit kiri kanan tuh...aduhai mak yong2 yang ku rindui :D


Sangat real lakonan ini....cemerlang sungguh teraju utamanya (err..yang berbaju pepel di hadapan skali tu le..hahahahah :D )




Tak dilupai...Selamat Pengantin Baru juga diucapkan kepada adik Siti Sarah Nor Meah dan pasangannya Radzi (tak ingat nama penuh). Meriah betul upacaranya di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak. Sempat berjumpa sekejap sebab tempat protokol..tak boleh huha2 cam kat rumah tipah. Barokallahu lakum wa jama'a bainakum fil khairi wal 'afiah



Tidak dilupakan dedikasi khusus untuk suami tersayang...Terima kasih kerana memahami persahabatan kami. Terima kasih kerana mengizinkan diri ini menginfaq tenaga + material pada persiapan kawin Tipah saban malam sehingga larut malam. Terima kasih kerana sudi membantu kerja-kerja rumah..hehe... I love you so much!






Buat Duit Main Myspace