CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 1, 2010

Aktiviti weekend lepas.


Assalamu'laikum wrth..


Diam tak diam, Ramadhan dah sampai di fasa penghabisan. Sekejap aje ye.. tak puas merasa bi'ah Ramadhan yang mana rata2 akan jadi lebih 'bersopan santun' berbanding bulan2 lain. Paling terasa kat opis sendiri la. Agaknye kurang energy nak bercakap maka suasana lebih tenang dan damai dalam bulan Ramadhan :) Hmm... biasanya kalau kat shopping complex, time2 penghujung ape2 sambutan sekalipun sure ade 'sale' gempak2..50%..70%, kelabu mata tgk kite tgk label sale sana sini kan? :D . Begitu juga dengan bulan Ramadhan. Allah ade sediakan sale paling hebat sepanjang tahun dalam fasa akhir Ramadhan ni. Bulan2 lain komfem takde 'sale' yg camnih. Yang best, sale Allah ni kite tak payah kluar duit sesen pun. Cuma perlu sedikit allocation waktu tidur sahaja.


Hadith Rasulullah SAW :

" carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .

( Hadis riwayat bukhari )


Rasanya sejak sekolah rendah, kite semua maklum betapa agungnya malam yang terlebih baik dari seribu bulan ni. Tersenyum plak bila terkenang cerita-cerita daripada ustaz/ah mase sekolah2 rendah dulu. Ada hamba Allah mintak jadi kaya, jadi cantik, jadi soleh/ah dan semuanya dapat apa yang dipohon pada malam lailatulqadar. Dulu, saya sendiri pernah buat senarai hajat2 yang saya inginkan sekiranya bertemu malam lailatulqadar. Takut terlupa kononnya :D .. Namun pemahaman mengenai malam lailatulqadar itu makin berubah setelah usia makin menginjak TUA :D .. Saya tidak berminat nak kongsikannya di sini, biarlah rahsia antara saya dan Allah sahaja.


Apepun... mcmana rambangnya mata kite dengan sale-sale harga runtuh di Jusco, Tesco, Sogo dan lain-lain, kalau boleh rambang mata jugalah kite dengan sale 100% dari Allah SWT ni. Walaupun malam lailatulqadar bukan menjadi rezeki kita tahun ni..keampunan, rahmat, penyucian hati, merasa dekat dengan Allah juga sebahagian dari sale2 tersebut yang tak kurang hebatnya. Jangan lepaskan peluang ini... :) Tahun depan belum tentu merasa Ramadhan lagi..


--->>Aktiviti Buat "Kuweyhh" - pronounciation Hana :D


Dah lama saya teringin nak buat biskut raya sendiri. Tahun demi tahun... tapi tak kesampaian sebab takde ilmu. Semangat pertama datang lepas kawen. Mak mertua mmg akan buat 2-3 macam biskut raya setiap tahun. Tapi mama saya biasanya akan buat biskut waktu saya di pejabat. 2 tahun sebelum ni saya mengandung, tak larat nak buat biskut. Tahun lepas yang menjadi momentum penguat semangat utk buat biskut raya sendiri tahun ni. Kenapa?... sebab, saya beli biskut raya 5-6 jenis dengan kapasiti 50 biji sebalang.. pun, kuih tu tak habis dan dibuang mcm tu aje. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pembaziran ni iaitu :-


1. Biskut raya beli indah ditengok (design mcm2) .. mmg cantik, tapi rasanya tak memuaskan.
2. Tetamu datang rumah biasanya akan dihidang dengan makanan separa berat @ berat. Jadi biskut raya buat cuit2 aje atau kadangkala tak disentuh langsung.

3. Saya sendiri tak suke makan biskut raya yang fancy2 terlebih.. kaler oren campur hijau la, oat la, nestum la, biru pun ade. Komfem saya tak makan. Saya suke biskut yang simple. So, biskut yang saya beli (kononnye cantik) .. saya sendiri pun tak makan... hahahaha :D



Jadi... tahun ni, sejak awal tahun saya dah plan nak buat sendiri. Tgk2 cuti Nuzul Quran dekat2 dengan Hari Merdeka, so... timing dah cantik la tu. Ade 5 hari, maka saya memilih 4 jenis kuih untuk dibuat dan saya berhajat nak bagi pada mama dan ibu saya sekali. So.. weekend lepas bermula projek biskut saya dengan dibantu oleh bibik and hubby :D


First Day... buat Kuih tart nenas & tart blueberry...
2nd day plak buat biskut mazola & samprit dahlia


3rd day.. buat biskut choc chip.. biskut WAJIB setiap tahun.. Lelaki di atas adela pekerja saya yang suke eksyen jek lebih.. hahaha :p


Siap..4 jenis biskut : 1 jenis ade 3 balang (100 biji each balang) kecuali choc chip ade sampai 5 balang.. hahaha :D



Alhamdulillah, Hari Ahad siap la semua hajat2 saya.. rasa? hahaha.. nak tau datang umah. Tapi jgn la expect lelebih utk 1st timer cam saya... :D.. Papepun, insyaAllah kuih tahun ni habis. Kalau tak habis dimakan tetamu, maka habisla dimakan oleh saya, hubby dan Hana :D. Kalau tak cukup plak.. nasibla kan? :p



-->>Jalan-jalan bawak Hana.


Weekend lepas mmg 'heaven' la buat Hana sebab sepanjang weekend saya berkampung di rumah mama utk projek biskut saya (sebab rumah saya xde oven bessaaarr punyee). Hana pulak seronok sangat la dapat jumpe dan main-main dengan maktok, paktok dan macik2 dia. Mmg tiap2 malam Hana tido awal sebab letih sangat main2 waktu siang. Terpekik, lari sana sini, panjat sana sinih, gelak ketawa..hai, saya tgk pun jadi letih :D


Hari Isnin, biskut yang dah siap nak dihantar ke rumah mak ayah saya di kajang. Kat Kajang mmg nampak Hana bosan yang amat. Hahaha... takde sape nak main mcm kanak2 riang kat Kajang. Atuk Hana pulak takde malamnya sebab kene pegi ke upacara kacau dodol sempena Raya + Merdeka anjuran PKNS Bangi. Maka saya dan hubby pun decide nak bawak Hana ke Kompleks PNKS Bangi tgk atuk Hana kacau dodol.


Ayah saya yang pakai baju kuning tu.. si baju merah, adik saya jadik cheerleader sahaja :D



Akibat bahang api masak dodol tu, hana dah merengas2.. maka saya bawak pulak Hana ke McD kat sebelah tapak masak dodol tu. Dalam McD tu ade mini playground dengan beberapa orang budak2 yang riang ria bermain. Saya cube lepaskan Hana kat situ dan nak tengok Hana main camne. Hahaha... mmg seperti yang dijangka. Hana ni jarang sangat mingle dengan budak2 kat playground. Mmg kawasan rumah saya takde playground. Hana mcm tak tau nak main camne dengan budak2 aktif keliling dia. Mcm mati kutu :D.. Last2 hubby yang bawak Hana main slide pendek kat situ. Tu pun takut2 aje.. lepas tu bile turn Hana, sure jadik trafik jem sket dalam slide tu sebab Hana terhegeh2 nak turun dari slide :D.. Budak2 lain yang ade antaranya muda dari Hana pun dah melompat2 turun dari slide. Haiii... anak mama nih mmg sopan. Takpela... harap sopan sampai ke besor yek cayang :D.. Saya pun risau tgk Hana sebab takut die kene tolak ape semua. Selama ni main ngan 'budak2' dewasa.. so, sume pandai control nak melasak dengan Hana. Takpe... nanti besar sket mama lepas betul2 main kat playground :p


Pic atas kiri dan kanan : Hana kene consult dengan ayah die camne nak main.. :D
Pic bawah kiri : Orang main slide mula dari atas.. si Hana ni nak mula dari bawah lak :p
Pic bawah kanan : Kesesakan lalulintas dalam slide sebab tunggu cik Hana kluar slide :D


Papepun.. seronok weekend lepas. Alhamdulillah 'ala kulli haal :)


Okla... next story, next entry yek.. Skang tak betah citer byk2 sangat... :p