CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 20, 2010

Posting yang terperam 5 bulan sebagai DRAFT :)

Assalamu'alaikum wrth,

Hahaha.. terasa kekok sendiri bila nak mula berblog kembali. Dah nak 3 bulan blog ni terbiar tanpa sebarang update. Dan pastinya lah menghidupkan (sekali lagi) perasaan meluat dan menyampah di hati sahabat-sahabat yang menyinggah di sini (@Najibah) - eh, ala2 fesbuk pulak yek boleh tag2 :D .. Hmm, sementelah ade kelapangan ni, bolehla coret sedikit sebanyak ape yang terlintas.. Mmg banyak cerita kehidupan dalam masa 2 bulan lebih yang lalu. Cuma kesibukan tugas hakiki dan ditambah dengan taklifan baru dalam persatuan buat saya tak menang tangan. Ok..jom kite remind ape yg saya ingat la yek (Sekarang saya dah ade sindrom 'pelupa' tahap pertengahan) :D


MAC
-->> Besday Hubby yang dicintai..
Ye, tanggal 4 Mac yang lalu, genaplah 30 tahun usia suami kesayangan saya. Masing-masing di ambang kesibukan, tiadalah event menarik yang dirancang utk meraikannya. Hanya doa saya titipkan moga pertambahan usia beliau dilimpahi barokah dan maghfirah. Tak ketinggalan saya doakan suami makin matang mengemudi bahtera rumahtangga dan keluarga yang mana setakat ni sentiasa aman damai dan tenteram. Sebagai tanda ingatan, saya mengirim sejambak bunga ros merah dan 2 teddy bear kecik sebagai kejutan ke pejabatnya. Hehe.. asik2 orang perempuan yang terima bunga.. sekali sekala bagi lelaki bunga pun ok ape :)) Ok abg.. HAPPY belated BIRTHDAY.. hahaha :D







APRIL
-->> Family Day HDC

Pertama kali saya menghadiri Hari Keluarga anjuran department hubby di HDC. Lokasi : Bukit Cerakah, Shah Alam. Dan ini juga Hari Keluarga pertama yang saya hadiri bersama Hana comey. Memandangkan hana dah besar dan senang diurus (dari segi makan shj okay?), so, kami hadir dengan senang hatinya. Agak meriah tapi saya hanya meneman suami berseronok. Saya tetap dengan tugas biasa - mengawal Hana, hehehe. Hana sekarang dah tak takut orang, malah peramah jadinya. Suke menegur orang dengan senyuman gusinya. Then, tiba giliran saya.. hubby plak jage Hana 100% iaitu bila tibe part swimming pool, hehe. Rasanya saya dah revive balik hobi ultimate saya yg dah lama terbenam - Berenang!!.. mula2 sekali dengan Hana. Nampak gayanya Hana turut seiring dengan habit saya nih. 1st time Hana masuk kolam, tiada langsung riak takut. Selamba je main tampar2 air. Kemudian saya bawa ke tpt dalam.. dengan rileksnya die mengayuh2 kaki mcm org dah pandai berenang. Wahh...ini dah bagus :D.. Jam 4 ptg, kami selesai dan pulang ke rumah. Mmg harusla Hana kepenatan dan tidur sepanjang jalan :)








-->> Hana buat pasport


Hehe, atas sebab2 tertentu.. Hana perlu buat pasport. Budak2 pun kene buat pasport sendiri yek? Tak boleh tumpang2 kat pasport mak lagi. Yang menariknya, walaupun ramai betul org di JPN Putrajaya, tapi Hana dapat giliran khas.. Dalam masa 3 jam aje pasprot Hana siap sepenuhnya. Pic pasport Hana comel sangat. Mula2 saya tak dapat bayangkan mcmana nak suruh Hana duduk diam bila diambik gambar. Rupanya senang aje.. Dirikan hana atas bangku, then acah2 sikit belakang abang camera utk attract hana pandang kamera.. dengan cekap dan pantas, cameraman akan snap. So, jadila muka Hana skema + comel. :) InsyaAllah..bila2 dari sekarang, kami sekeluarga berhajat ke Singapura utk menziarah sepupu hubby yang semakin kritikal akibat kanser. Moga Allah melindunginya dan memberikan natijah yang paling baik utk dia.



-->> Hana @ Desa Waterpark


Rentetan dari aksi di Bukit Cerakah, maka saya dan suami berhasrat utk bawa Hana enjoy di Desa Waterpark. Mmg agak lambat saya perkenalkan Hana dengan aktiviti kolam renang nih. Walaupun, kajian kata bayi seawal 6-7 bulan dah boleh diajar berenang tapi saya patuh pada kebimbangan maktok Hana yang risau potensi utk demam dan selsema sekiranya terlalu awal bayi didedah pada kolam renang. Mmg terbukti pertama kali saya bagi Hana mandi kolam plastik yang dibeli di Tesco di porch rumah, esoknya suhu badan Hana agak 'dedar'. Hehehe... Selain tu juga, saya pernah terbaca yang kandungan klorin yang tinggi dalam air kolam renang agak berbahaya utk bayi. Maka.. saya tangguhnya pendedahan kolam pada Hana. Kini, Hana dah setahun 2 bulan.. baru la die kenal erti kolam renang :D alhamdulillah, 2x mandi kolam.. Hana tak demam dah. Ni ade la gambar 2-3 snap. Enjoy!!





-->> Puspanita


Dengan situasi di luar jangkaan, saya ditaklifkan sebagai antara penggerak utama Puspanita peringkat jabatan. Mula2 mmg agak tension memikirkan tugas baru ni memandangkan saya dah lama sangat2 tak terlibat dengan organisasi NGO. Merancang program, ade anak buah yang perlu dibahagi2kan tugas persatuan, mengharap kerjasama AJK dalam segala hal. Mmg betul2 sebiji dengan suasana ketika menjadi mahasiswi dulu. Bezanya, kali ni saya perlu bergerak di kalangan isteri-isteri VIP, datin2 dan wanita2 elit penjawat awam dari agensi lain. Aduii... memang sangat2 lari dengan jiwa saya yang tak suka komunikasi protokol, gap atasan bawahan, mengipas2, memujuk2 dan entertain org lain. Mmg sangat2 tak suka. Saya teringat betapa tak gemarnya saya memegang Lajnah Perhubungan Luar dulu, kene contact2 org sana sini. Mcm tu jugalah perasaan saya ketika mula2 terlibat dengan Puspanita. Kalau dulu, mmg saya memberontak bila dpt tahu saya perlu menghandle Lajnah ni dan dicadangkan masih memegang lajnah tu pasal penggal seterusnya. Kini, saya hadapi dengan baik.. dan semakin tenang dengan suasana baru. Alhamdulillah.. Datin penaung agensi saya seorang yg humble, tak sombong, tak berkira dan tak menyusahkan saya. Beliau seorang yang tak mementingkan gap, sama seperti suami beliau, Dato' Ketua Pengarah saya. Wife2 pengarah yang terlibat sama pun menyenangkan saya. Ramah, lemah lembut dan baik hati. So..saya layan dieorang mcm mak2 saya jugak. Yang agak memeningkan hanya ahli2 yang seramai 200++ orang yang mcm2 ragam. Tak taula kan, buat masa ni.. saya masih belum diganggu dengan anasir politik dalaman Puspanita. Akan dtg? Wallahua'lam... Mudah2an saya bertahan.



-->> My HANA

Ok, update facts pasal my baby :-


1) 28hb ni mencecah setahun 3 bulan

2) Masih belum boleh berjalan. Dah menapak 3-4 tapak sendiri tapi dengan muka panic, gelabah..kemudian terus mengendur kaki utk duduk. hahaha... hana belum konfiden lagi nak jalan.
3) Sekarang dah sangat cerewet pasal makan sejak usianya setahun. Kalau dulu, hana makan bubur hari2 tanpa merungut..dan makan jarang sgt tak habis. Tapi sekarang seleranya sebijik mcm saya : spaghetti susu, roti, macaroni cheese & nasi ayam. Nasi? mintak mahapla bebanyak..tak layan :)

4) Berat hana, kategori slim : 8.2 kg :)

5) Gigi : Masih 2 batang yg seniornye dan minggu lepas dah tumbuh sebatang belah atas (gigi kapak)

6) Perangai : Cepat tangkap dan tiru aksi org sekeliling, iklan tv, kartun, org nyanyi dan org solat. Sangat ramah tapi masih tak suka bila diambil org lain. Tapi tak menangis la.. die paut kuat2 kat leher saya :) Suka memanjat tangga, sofa dan katil (bahaya le cayang oii). Dah boleh sebut perkataan senang2 - ayah,mama,air,mamam,Awwaaa (Allah), apa?,nanak (taknak),tak(mintak)..dan byk lagilaaa.. :D

7) Paling glamer pasal rambut die la. Sebab lebat, lurus dan panjang belum sama, so kelihatan mcm hana pakai helmet hitam, hahaha :D Tapi, saya mmg jeles la ngan rambut die. So cantik... :)



Oklaa..enough :)


Sekian dulu update kali ni,