CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 29, 2009

MY 6 MONTHS OLD SWEETHEART


Salam for all..






First and foremost, thanks to Allah for everything.. for His neverending bless, rizq, happiness, tests of life..i mean every single thing, which indicates His attention and love to us, to me and my family. Our colorful life is one of a sign of His greatness and undefeatable power.. definitely throw our mind into a deeply thinking of what we're supposed to be, to fulfill our obligation, to accomplish according to what He wants.. choose the right path and return peacefully to Him at the end of our lives. Have we ever think about it really in-depth? Is the outcome matched? Hrmmm...........




HAPPY 6 MONTHS OLD HANA..






She's been cheering my life a lot along this 6 months. She's growing up each day and last 28th June is her 6 months'. I haven't bring her to see paeds for her 6 months' jab. Maybe next week insyaAllah. And i have a lot of question to ask the paeds regarding hana's new behaviour - refuse to drink milk ! Why hana?? And i believe she's having weight loss due to this problem. Her cheeks are not so fluffy as ever :( It's like a mini-battle between hana and me (or maktok) when i tried to feed her. Both end up with exhaustion. She will fall asleep and i will stare at her with unsatisfy feeling + worries + sad... She only drinks in sleep or after a long 7-8 hours. Pls stop doing that dear..u might get dehydrated :(





Alhamdulillah, her milestones is still on the right track. She's very active..bouncing on her feet, rolling all over when lies on her chest. Babbling and yelling and the latest.. we bought her a walker..hehehe, yesss... she's starting to sit with support. We also started to use car seat for her. Now.. me and my hubby can go to work separately and no longer needs to hold hana when sending her to maktok. And she seems 'ok' with the car seat and walker. I hope she'll never get bored after 2-3 weeks time and cry again to be lifted..huuuu..






And.. to my sweet, beautiful and irresistable daughter.. mama wish u a very happy birthday. Ya Allah..please return my daughter's appetite, always put her in Your protection.. make her healthier from time to time.. and guide me and my hubby to be at our best as her parent. Sparkle our family with Your love and blessing ya Allah... ameen.




She didn't stop drooling since 2 months old... hrmm... did I missed any of my pregnancy crave?





They said she resembles me in this pic..





Ni keje ayah ngan auntie2 dia..

Hana in her walker...




Hana in sleepy eye mode.. with Paktok


MY NEW AGGRESSIVE ROUTINE..




Hahahaha.. is to check up my virtual farm! Seriously, I got addicted to this facebook's game. I even did it at 3 - 4 am (after feeding hana) with my garfield eyes... to make sure none of my crops are wasted. I've got to harvest my crops within time of else..my (virtual) coins will go in vein. Hahaha... Thinking back, this 'culprit' game took some portion of my sleeping time but on the other hands.. this habit indirectly make me spend erm.. not so much time to perform something else.. :) Hahaha... good medium to help me in this upcoming Ramadhan (hopefully).





YESTERDAY .. AT THE WELD




There was a MPH Bookstore sale at the ground floor.. I was on my way to Delifrance for lunch (hehe.. aziah knew my obsession towards Delifrance). From above..on the escalator, my eyes captured at a familiar novel's cover.. It's NEW MOON by Stephenie Meyer!!.. Goshh.. I've been looking for this novel since I read the synopsis at the Wikipedia. New Moon is a sequel from one of my favourite film - TWILIGHT. I rushed and grabbed it.. then I saw ECLIPSE.. another sequel after New Moon. Grabbed it too.. thehe.. I searched for the last sequel - BREAKING DAWN but unfortunately they said out of stock. Totally sold out yesterday. D**n!! . I felt in love with Twilight and I can't wait to watch New Moon which is been scheduled for release on this November. Hehe.. to anyone who watched Twilight before.. u'll know what I meant ( Edward Cullen melt my heart ;p ). Those 2 novels cost me about RM66 with 553 pages each. Hopefully manage to finish 'em all :)


Thick eh??



The Film



Thursday, July 23, 2009

One Good Day In July


Salam hari khamis yg mulia. Pagi2 ni diserikan dengan cuaca yang indah. Walaupun hiway ke ofis sentiasa jem memanjang, tapi mood saya pagi ni agak baik dan dapat hadapi jem tersebut dgn tenang (biase hari2 pun tenang maa..).


Gerhana Matahari paling lama ..



Berlaku pagi smalam (waktu malaysia). Sayangnya kat KL tak dapat nak lihat sama salah satu kekuasaan Allah tersebut.Cuaca pagi smalam pun redup, mendung dan berjerebu.. Sayangnya juga waktu tersebut saya masih di dalam kereta. Kalau tak..boleh solat sunat gerhana matahari (kusuf). Perihal gerhana matahari dan bulan ada dinyatakan dalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mana mafhumnya :-


"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah, tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu."

Fenomena gerhana matahari ni mmg sangat jarang berlaku. Tapi bila ia berlaku..adalah baiknya kita raikan dengan cara sebaik2 kesyukuran dan puji2an di atas kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingnya.

Sya'ban telah tiba..

Hari ni usia kita dah pun menginjak pada 1 Sya'ban 1430H.. sebulan lagi untuk menjengah ke Ramadhan yang dinanti. Agak ralat dan kecewa sebab terlupa dengan kehadiran hari ni lalu saya pun tak berpuasa :( Sayangnyaaa..




Sebaik-baiknya persediaan ruhiyyah bagi menghadapi madrasah tarbiyyah Ramadhan sama-sama kita tingkatkan.. mudah2an ia menjadi medium yang terbaik bagi membersihkan diri dari dosa-dosa sepanjang tahun yang kita lakukan. Tiada siapa pun dapat menafikan keistimewaan Ramadhan dan harapnya.. kita tidak terlepas dari mendapat privilege yang Allah sediakan dalam 'pakej' bulan Ramadhan nanti.. InsyaAllah...

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh an-Nasa'ei :-



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.



Dalam bulan Sya'ban juga ada satu malam yang istimewa..iaitu Malam Nisf Sya'ban...



"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)"


(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).


Jom..jom..jom..jom2x.. jom rebut..rebut.. Jom Rebut Keampunan! :)




Mabruk ya Ummi Najibah!



Seorang lagi sahabat baik saya dah dapat 'kad ibu' semalam. Baby 'Aqilah (kekal ke nama tu? :) ) selamat dilahirkan semalam pada 4.05 petang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan... alhamdulillah. Masih lagi belum dapat pic 'Aqilah.. update ibunye pun belum dapat lagi. Mudah2an cepat recoverla ye Jibah.. sian, dengarnya banyak hilang darah ye.. takpe, pengorbanan tu tak terasa nanti bila tgk wajah 'Aqilah :) Hurrmm... nak tunggu 'Aqilah lahir macam nak tunggu anak bulan raya timbul... saspen aje, tepat2 overdue seminggu baru 'Aqilah nak jumpe ibu ayah dia secara 'live'..hehehe... Semoga menjadi anak yang solehah ye... nanti boleh geng dengan Hana... :)





And the result is.....



Pass!! Alhamdulillah..million thanks to Allah. I managed to pass my JPA exam which is merely tough. Seriously i've been thinking of reseating it on this September because those 2 papers were unfinishly answered. Only 8/10 of each paper.. Took more than 5 mins to keep the courage together and click for the result on JPA's website.. and here it is ...






Alhamdulillah... lepas dah satu syarat... :)



And i'm waiting for one more good news today.. hopefully it WILL BE GOOD!





Thursday, July 16, 2009

EXAM LAGI..





Alhamdulillah, selesai satu lagi syarat pengesahan jawatan saya sebagai pegawai gomen = PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN PROFESSIONAL & KUMP. SOKONGAN 1 TAHUN 2009. Exam kali ni dibuat di Chow Kit.. to be spesific : Hotel City Villa, KL. So far, alhamdulillah.. exam kali ni tak sekalut exam JPA hari tu walaupun saya hanya mula cari nota rujukan dan buat compilation sehari sebelum exam. Ngeee.... Takde bantuan soalan 'spot' (tak macam exam induksi hari tu). Majoriti sahabat2 yang sekali exam kali cari nota last minute jugak. Maklumla.. org2 lama disuruh exam. Keje punyela menimbun, lagi nak suruh amik exam. Minta maafla jawabnye. Exam kali ni pun open book. Dan skopnya agak kecik.. dan yang paling membantu, tempoh menjawabnya agak panjang = 2 jam 30 mins untuk 5 soalan esei. Beza dengan exam JPA dulu = 3 jam untuk 10 soalan esei. 'Cramp' otot jemari dibuatnya. Hmm.. ntah apela result exam JPA tu ye. Saya duk standby utk re-seat balik exam tu bulan 9 nanti (mudah2an takla..ya Allah, malasnye..)



Ni la nota rujukan saya mase exam... akta laaaaggiiii..huh!





Mudah-mudahan semuanya ok ajela ye.. Tinggal satu syarat aje lagi belum selesai = BTN !! Bila dieorang nak panggil ni ye? Bulan 8 macam2 keje nih..nak puasa pulak tu.. aduuuiiiii :(





HANA TUMBUH GIGI??



Sejak awal minggu ni, satu ruang gusi Hana, bebetul sebelah gigi comeinye.. jadi kebiru2an. Tak pasti pula ape masalahnya. Hana tak kelihatan tak selesa dengan masalah gusi tu.. happy memanjang aje cik kak tu. Tapi saya, hubby, maktok dan makcik2 dia yang risau. Nak kate gigi nak tumbuh, nape warna biru ye? Bila saya rase2 gusi tu.. takde pulak rasa ade keras (tunggul gigi). Hmm.. nape ye Hana? Saya bawak Hana pegi jumpe MO kat KPMC (biasela... Dr. Tengku Wook lagi la).. beliau pun tak pasti dan suggest jumpe Dentist. Hana pun satu, masa dokter nak bukak mulut dia, dia pegi nyonyot jari dokter tu sungguh2 sampai dokter tak dapat nak tgk sangat. Haii.. hana..hana :) Kemudian, bawakla pulak Hana ke dentist KPMC di floor 1. Hmm.. dentist selak2 gusi Hana.. dia pun tatau ape benda tu. Katenye "wait and see", lagi 2 minggu if hilang, ok la.. if ade gigi yang keluar pun okla. Huu... harap2nya takde benda yang bukan2 la yek.




Ayah Hana pulak ade macam bonggol kecik di tangan dia. Dr. Tengku pun suruh refer kat pakar ortho (Dr. Raouf) sama ade perlu bedah buang atau tak. Hehe.. Ayah Hana punye saspen, takut nak kene bedah...hahaha, last2 dokter kate tak boleh bedah lagi sebab bonggol masih kecik. Kene tunggu besar (atau hilang dgn sendiri). Hilang harapan nak MC 2 minggu... wakakaka :D Takpela... ade hikmahnye tu. Dapat tolong saya main2 ngan Hana kalau saya dah tak larat nak dukung dia..kes kes kes :D



Utk 2 orang kesayangan saya : Syafakumullah ! :)



Friday, July 10, 2009

Apdet Julai :)


Salam jumaat yang mulia. Pagi yang sangat sejuk. Ade lagi 7 jam nak mengharung sejuk yang menggila nih. Hmm, setengah tahun 2009 dah berlalu, separuh Rejab juga dah meninggalkan kita. Pejam celik, cepat mase berlalu. Hehe..kalau dulu saya tak sabar menghitung umur Hana dari hari ke hari. Sekarang dah immune.. perasan tak perasan buah hati sorang tu dah menginjak dari bulan ke bulan. Hmm.. kita mulakan cerita dengan kisah Hana yang dah pun selamat kene cucuk dos2nya (tak ingat ape) hari Jumaat lepas. Kali ni saya tak gi jumpe paeds pun. Bawak jumpa outpatient MO aje. Tapi hanya MO yang sorang ni aje yang saya 'percaya' untuk diskas dan inject Hana. She is Dr. Tengku Wook Zauwiyah (wife Dr.Jamil - tukang belah perut saya) from KPMC. First time jumpe dia mase inject Hana 3 bulan.. Beliau dah lama dalam bidang medic nih dan sangat2 berpengalaman. Dan paling saya suke bila dia inject Hana.. Hana tak nangis pun. Hana sekadar kerut muke pastu 'eeekkk" sikit, lepas tu dah terus main2 macam biase. So, mase inject 5 bulan tu pun, perkara yang sama berlaku.. Hana "eekkk" sikit lepas tu terus sengih2 balik. So far, perkembangan Hana :-


- Berat kurang dari sepatutnya, 5.9 kg (sepatutnya 6.3kg)
- Ukur lilit kepala, 39cm (pun kurang jugak besarnya - bagusla Hana tak 'besar kepala')
- Panjang 63cm - haa, ni je yg ok atas graf


Dokter sarankan Hana start makan seriously, backup perangainye yang susah nak minum susu. Hehe.. nak minum susu pun susah, apetah lagi makan. So, saya dah belikan Hana Nestum beras merah. Hmm, Hana makanla tapi tak banyak. Dan kelihatannya Hana cam kurang skill nak mengunyah lagi sebab bile masukkan Nestum dalam mulut dia..dia kunyah dengan cara mengeluarkan lidah (mcm stail bila dia isap tangan dia/saya..hahaha). Gayanya mcm tak suke makan ek? Tapi dia nganga setiap kali saya suakan sudu ke mulut dia.. Takpe, practice make perfect ye cayang... :) Saya jugak diskas dgn dokter pasal suntikan pneumococcal/meningitis yang kelihatannya diperlukan Hana bagi menghadapi hari2 yang dipenuhi udara tak sihat nih...diskas punye diskas, kiteorang decide utk start amik suntikan tu lepas Hana setahun dengan 2 dos. Tapi, tgkla mcmana...if necessary, maybe sooner. Puas hatila dengan penerangan Dr.Tengku Wook Zauwiyah ni.. biasela, gaya org lama..hehe
Tgkla budak ni makan..susahnyeeee...



H1N1 di Menara Olympia..



Ade sorang staff di Menara Olympia dah tahan wad sebab H1N1.. maka agak kecoh sekejap ofis saya minggu lepas. Ada yang nak cuti lama, ade yang nak balek rumah dan dan tu jugak.. hahaha :) Maintainance Olympia pun amik tindakan pantas mengarahkan floor 16 (ofis pesakit tu) dikosongkan.. Napela tak arahkan kosong satu bangunan terus ye? Hmmphh... Kemudian semua lif2 dibersihkan dengan air antibakteria, handle2 tangga dan kantin pulak lengang. Orang takut nak mingle dalam crowded area. Dan ramai jugakla 'ninja2' minggu lepas. Saya tak pasti ofis ape kat floor 16 tu.. admin ofis AEON bank rasanya. Kitorang, staff2 gomen ni..camtu jugakla..takde yg jadik ninja, cuma mengharap dapat join fasa kuarantin (duk umah saje2)aje..hahaha :D


Tapi perkembangan H1N1 ni mmg membimbangkan saya. Hari2 makin bertambah kes2 baru dan mencecah 500++ orang dah. Veeeery fast! Saya tak lagi bawak Hana jalan2 sembarangan. Setakat ni Hana baru sampai Jusco Cheras Selatan tu 2 kali. Lepas tu saya sendiri 'jeran' nak bawak Hana jalan2 ke pusat beli belah. Dengan udara yang bermasalah, asap kereta,rokok, orang bersin batuk etc.. Hana mmg takde masalah, diam aje. Tengok sana sini, sengih2.. kalau mengantuk.. dia tidur dalam stroller. Memang tak susah bawa Hana jalan2 tapi saya yang dah tak nak bawak. Menyesal tak sudah saya nanti kalau Hana affected walaupun hanya selsema batuk biasa. Kalau ikut plan 2 bulan lepas, 24/7 ni sepatutnya kami sekeluarga akan ke Singapura kerana kenduri kawen sepupu hubby, tetapi terpaksa dibatalkan. Tak beranila nak ke luar malaysia.


Kerja2 'pending'



Saaaangat banyak. Hari2 ade je keje yang di topup ke batu jemala saya. Setup meeting, pantau bajet, apply bajet, siling bilik mesyuarat dept bocor sebab air kumbahan (yucksss..), urusetia kursus, SOP department...bla bla bla.. dan tak lupe EXAM LAGIKKK!!... 15/7 ni. Kali ni exam dalaman. Syarat sah jawatan jugak nih. Buku2 pun saya belum carik lagi. Ayarkk! Bila diingat jadi serabut pulak..huuuuu.. takpe2, sempat pulun 3 hari (exclude sabtu ahad for sure). Hehehe... :)
Sepatutnya saya diarah ke kelantan 21-25/7 ni untuk urusetia discussion dept. (Huh! dieorang ni..nak diskas pun duk ujung malaysia), tapi saya minta excuse dari bos baik ati sebab Hana. Saya tak sampai hati nak tinggalkan Hana dengan mentua saya 24jam. Penat nanti dieorang. Dulu ade adik ipar yang 'honeymoon' months lepas habis SPM. Sekarang dia dah selamat masuk UNITEN. Lagipun discussion tu lebih kepada hal2 IT yang bukan berkaitan dengan saya. Kalau pegi pun bos mintak tlg jadi pencatit dan penyusun manual IT. Takpela..mintak anak buah le yang buat keje tu. Huhu...




Kelahiran Lagi...



Tahniah buat sahabat2 baik saya yang dah masuk kumpulan 'ibubapa' :)
1. Khadijah Ismail + Muhd. Ramadhan Fitri Ellias = Nur Fatimah
2. Nur Naimah md Zain + Mohd. Rahmat Abdullah = Baby Boy..


Cepatla Jibah.... Hana nak tgk 'Aqilah nihhh :))

Saturday, June 20, 2009

June Wrap Up???

Ahahaha... macam tak bagus aje aktiviti mengapdet blog sekarang nih. Sebulan sekali..hehe, memang tak layak nak jadi penulis blog tegar nih :) Hari tu dah kene sound gaya hikmah ngan mak yong Najibah..siap cakap nak cekik je sesape yang tak update blog nih. 'Sesape' mase tu takde orang lain le tu...'AKU' :D Tipah ngan Izah yang duk berpantang tu pun leh update blog. Si Tipah siap buat graphic design lagi..hahaha. Tadi pulak kene dengan Kak Zaimah... kak zaim kate geram aje bila bukak2 blog nih tapi takde update..Hahaha, jgn mare... Secara seriusnya, tak rajin nak curik masa menulis la. Tambahan, siang2 agak kelam kabut dengan kerja2 ofis dan malam pulak join hana tido awal. Ni..alhamdulillah le.. dah ngantuk sebenarnya. Cik abe ngan hana dah lawan berdengkur tapi kite plak nak tunggu machine basuh baju siap..huhu.. huwargghhh... :O Oklah..mari mengabadikan beberapa cerita dalam bulan nih :)



Another newborn...


Tahniah pada kengkawan yang join KMM (kelab Mata Merah - tak cukup ti
do) :-

1. Latiffah & Suami = Baby Harith Fahmi
2. Nurul Izah & Suami = Baby Abdul Bari

3. Kak Ndak Nitrah & Suami = Baby Abdul Baqi
4. Azizi & Isteri = Baby boy (tak tau nama)

5. Kak Long Zaimah & family = Baby girl (aiseh..lupe la tanye nama ba
by akak) :p
6. Tengku Azlan & wife = Baby Tengku Muhammad Ummair


Semoga menjadi ibu bapa yang terbaik dalam membentuk permata hati menjadi anak2 yg soleh & solehah insyaAllah...

Dan yang duk tunggu 'q' sambil study nak rak utk 'exam' bersalin nanti..Jibah dan Dijah..(hahahaha...seriously funny :D )..Selamat study. Haii.. nak bersalin pun k
ene study yek? Dasar orang2 line akademik...gitulaaa :D Tgk nanti dieorang dapat ingat 'silibus' tak bila dalam 'dewan' Labour Room nanti..hahaha :D

Eh,buat juniorku..Zurina Ahmad Phuat..selamat pengantin baru yek. Maaf..tak dapat penuhi undangan yang nun jauh di sana...


Gath Aqrab...

Alhamdulillah..tadi diberi kesempatan temankan husband ke gath batc
h dia kat UM dulu. Lokasi...presint 9, Putrajaya. Gath yang simple tapi bermakna buat ahli2 batch tu le. Saya dapat jumpa kawan yang tgh mak yong jugak..Ida Nerana. Hehe..Ida tak berubah..cam tu jugak, ceria..tersenyum dan badan tak naik. Best..ade geng bersembang :) Tak lupe..dapat juga jumpe Kak Zaimah yang tengah dalam pantang dan makan ayam goreng. Waahh...ibu senior memang berani..tabik spring le.. hehehe :D Jumpe Kak Zaim laaast skali mase kat UM.. 4-5 tahun dulu. Kak Zaim tak berubah.. masih manis cam dulu. Anak dah 3 tapi rupe masih macam mase di UM. Kene menuntut rahsia nih. Dulu..mase tgh belajar, kak zaim terkenal di kalangan kitorang sebagai siswi yang bawak motor dengan cara yang paling sopan. Sebab motor kapcai ala2 EX5 dia takde bakul jadi kaki dia selalu terkepit bila bawa motor macam naik skuter. Kebanyakan budak2 lain..motor dieorang ade bakul jadi bila ride motor..kaki kene la mencapah sikit. Tu yang nampak ala2 minah rempit tu.. hehehe :) Saya pernah bonceng motor skali dua dgn kak Zaimah. Setiap kali lalu bonggol sure beliau akan tepuk lutut saya mintak maaf...hahaha, padehal bukan laju pun dia bawak :) Haa... dan Kak Zaim ni naqibah usrah saya mase di Nilampuri dulu...huuu, guane leh lupe bab ni yek :D Harap2 dapat jumpe akak lagi di lain waktu..insyaAllah.. dah husband kite berdua se batch ye..ade waktu lain insyaAllah :)

Hana pulak baik je mase gath tadi...tgk orang, main sendiri, sengih sendiri..last2 nak tido..rengek2 kejap then tido. Caayang ye... Hmm, tadi Hana dapat ramai kawan, salah sorangnye Baby Zahrah.. anak Ust. Azral & Aziana. Zahrah tua sebulan je dari Hana...tapi bak kate Ida.. tetap lain2 tahun sekolah nanti. Zahrah lahir bulan 12/2008 dan Hana bulan 1/2009.. Nanti kene panggil 'kakak' jugakla ni.. Ni ade sikit bingkisan gath...


"Hai awak... cantik reben kat pale, mane awak beli? Kite nak jugaklaa..." kate Hana pade Zahrah



"Mama...Hana tak kaco Zahrah laa.. dia nak nangis sendiri.. Hana tak salah Mama...huuu"


"Okayla..kite geng yek? Seiring dan sejalan..seindah bunga di tamaaaannnn.."

Tak sempat nak bergambar ngan Kak Zaim.. dah balik dulu, Hana dan Zahrah plak dah tido kat tingkat atas..



Keretaku ditabrak!

Huh..citer bengang. Jumaat lepas.. mengharung jalan jem yang luar biasa. 2 jam di atas jalan raya. Kaki jadik lenguh sebab asik main 'clutch' (keta manual). Sampai di penghabisan terowong SMART, nak bayar tol di lane Touch n Go... tibe2 dikejutkan dengan dentuman yang tak berapa kuat (rasanyela) dari arah depan. Haduuii.. ape kene van nih? tak tengok belakang ke main 'cium' bumper keta orang. Nak rase panik pun malas sebab penat sangat. Hari pulak hujan..dan pukul 7 malam. Seorang indian guy turun..tgk2 lebey kurang pastu geleng2 kepala.. "Tada papa cik...sumua ok jugak" .. Saya curious, biar betik.. dan saya turun keta. Haah..mmg (kelihatannya) takde pape.. Tapi saya tetap amik no.plat van dia dan website hotel kat van dia..hehe. Bila sampai rumah, husband tgk .." Wah..ni bukan takde pape nih, ni bumper dah jatuh sikit, logo proton dah termasuk ke dalam sikit, ni .....(saya tak ingat mende mane) dah pecah. Kah kah kah... pada pandangan mata perempuan saya ni, memang tak nampak ape yang slek. Mak mertua saya pun tak dapat detect mane kemiknya. Tapi husband saya sekali imbas aje dah nampak..keh keh keh.. Maka dengan bengkeknya husband call sana sini utk trace sapekah gerangan driver tu. Mmg silap saya tak amik lelebih sikit particular driver tu..sebab rase cam takde prob. Alhamdulillah dapat trace dan indian g
uy tu mengaku dia bersalah dan nak bayar ganti rugi... nasibla dia sudi menjujurkan diri. Kalau tak...free2 Ka Chinggg!!!! :p Korang leh detect prob pade bumper keta nih??? Saya 'fail' nak detect mase tu (7 malam) :p




Isu penjawat awam berchatting..


Hehe...kelakar bila isu ni agak hangat kejap minggu lepas. PM highlight balik Dasar Keselamatan ICT penjawat awam. Hal ni mmg dah lama termaktub dalam Dasar Keselamatan ICT yang dibuat oleh MAMPU.. tak boleh chat, tak leh guna broadband sendiri, nak download @ upload kene dapat izin dulu etc... Tapi Teresa Kok baru nak tanya minggu lepas, huhu.. Isu terlalu banyak sekatan ICT ni mmg suatu perkara yang dijadikan modal oleh majoriti staff di ofis saya untuk menyumpah seranah department saya (Bhgn ICT) dah lama dah. Dulu..sblm saya join dept ni..saya pun antara golongan 'penyumpah'2 itula..hehehe (kids..dont try this at home). "Apela management ngan IT nih..suruh org buat paperwork fakta gempak2..tapi nak masuk website tu tableh, ini tableh..$#^&^*(&*% betul!!!.." huhu.. Tapi bila dah masuk dept. ICT baru faham.. Yelah, user kat hopis ni ade macam2 jenis. Ada yang pandai bahagi mase dan ada jugak yang tak pandai dan tak reti nak agak2. Chatting smpai keje terabai, streaming lagu..videoklip, download mende bukan2. Ofis ni pulak network backbone dan bandwith nye kecik. Yang pakainya satu Malaysia..mane la tak congested. Lepas tu pulak share server dengan e-services yang ada. Lagila berat. So, ade kebaikannyela sekatan2 nih..tapi network guard ni pun agak2la.. jangan sampai website agensi gomen lain pun kena St. Bernard jugak (st. Bernard - web filter software). Yang bawak broadband tu...pandai2la guna :D

Okla sume..blog dah apdet, jgn marah2 lagi aaa... 'bibik' mesin pun dah habis membasuh, mata pun dah mengantuk.. minta diri dulu, jumpe lagi dalam edisi JULY wrap-up... hahaha :D takdela... akan ku cuba tak buat macam tu :p




Friday, May 29, 2009

MAY WRAP-UP

Assalamu'alaikum wrth...

Kursus Induksi...


Alhamdulillah..saya dah selamat menghabiskan kursus induksi khusus dan umum. 2 minggu jadi 'student' memang meletihkan. Setiap hari dengar kuliah 15 hari direct. 'Processor' otak saya macam nak corrupted dah.Tepu!!! Apa nak buat.. tu syarat wajib pengesahan nak jadi pegawai gomen tetap. Ikut ajelah.. 2 benda lagi je yang saya belum penuhi. Ambik exam jabatan dan hadiri BTN. Perghh..BTN, kene berjauhan dengan Hana lagi la jawabnya. Hmm.. ada sedikit bingkisan dari kursus di Sepang.

Hmm..ni modul + game di waktu petang..kene isi air dalam baldi. Teamwork spirit!!


Saya dan kawan baik : Darleena. Baik budak ni..abis sume notes share ngan saya.


Haaa...ni la bos saya yang baik ati tu..Tgh brief pasal Bahagian Teknologi Maklumat pada peserta


Erkk... ni saya kene ajor team saya menari poco-poco untuk pertandingan poco-poco antara team...



Ni pulak time erobik. Best giler..rugi maryam takde... Tapi erobik dia mmg extreme... :D



ermm..urusetia takde keje amik gambar dari view atas....


Erobik lagi...lawak tgk guys buat erobik...cam2 rupa ade..


Waktu kuliah....pagi, tghari dan malam..di sini tempat ku sepanjang waktu...letih!!!


Hmm.. gambar kursus kat KL xde sebab malas nak bergambar, yg kat sepang ni pun ambik dari urusetia.Ops...ade satu pic dari KL..snap dari ori pic je.Malas nak scan..hehe :)

Welcome Sumayyah Syahidah...


Di kesempatan ni, saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat saya, Nazihah atas kelahiran puterinya iaitu Sumayyah Syahidah bt. Saaban. Cantik nama baby nye. InsyaAllah ade kesempatan saya nak bawak Hana gi jumpe Sumayyah (kawan baru). Tunggu Sumayyah balik dari PPUM. Sian..kene jaundice. Hana doakan Sumayyah cepat sembuh yek..amin :)

Erm...tak lupe jugak, saya dapat khabar yang junior saya, Izah pun dah selamat melahirkan permata hatinya. Mabruk 'alaikuma ! Selamat melangkah ke alam ibu..alam yang penuh dengan keindahan dan keceriaan :)


Waiting list...


Dan tak ketinggalan pada sahabat2 saya yang sedang menunggu hari : Tipah, Najibah, Khadijah. Mudah2an urusan kalian dipermudahkan Allah. Pah...sabar yek dengan dugaan. Sadis baca blog ko :( Maryam... 'cucu' ko makin bertambah. Ko bile lagi nak carik 'atuk' untuk depa2 nih..hahaha :D


Besday in May...


To my little brother : Ahmad Muzamil bin Mohd Salleh. Along doakan amel jadi anak yang soleh dan cemerlang insyaAllah. UPSR ni buat le bebaik, sian kat ayah tu ha..hishh..budak ni tau..

To my mum in law : Semoga Allah berkati umur mama. Terima kasih atas segalanya, terutama jaga Hana sebaik2nya mase Mas keje dan berkursus. Nasihat dan tunjuk ajar mama sangat2 Mas hargai :)


Good news in May..


Ni pulak khusus untuk hubby tercinta. Congrats atas pertukaran dept. dan upgrade post. Huhu..akhirnya Allah bagi keizinan untuk abg dapat ape yang abg nak. Moga pas ni keje dengan lebih baik dan tenang. Lepas ni jgn sedih2 lagi yek... Yang bestnye, lepas ni hujung2 minggu abg tak keje lagi. Ade je kat rumah..hiii bestnyeee :D Hana dan mama tak sunyi lagi....


And lastly.. happy 4 months old sweet Hana !


Mana boleh mama lupe kat anak mama sorang nih. Hmm..dah besar Hana. Makin lincah dan cerdik. Dan kelihatannya banyak absorb raut muka ayah dan sesikit perangai ayah. Amboii...jgn nakal macam ayah mase kecik2 udahla yek sayang :) Hana anak mama yang baik...suke senyum dan ketawa. Dan kalau merajuk boleh tahan juge..Hihhiii.. Mama doakan Hana sihat selalu yek. Saaaaaayyyyyang Hana...



Haii... anak sapa la tgk tv sampai org panggil2 tak pandang neh?? geraaammmmm... :D

Sunday, May 10, 2009

TAG DARI WAWA

1 – You have to printscreen the wallpaper you are using now..no cheating

2 – Tell why you love having it as your wallpaper?
Bila rindu Hana..wallpaper ni la pengubat rindu.. :)

3- Tag 10 people..
Emm..malas la..mostly dah buat kut