CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 7, 2009

TAG DARI HUDA (UMMU NUHA)

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]

  1. Saya anak kepada Mohd Salleh Ali dan Rahimah Yahya, isteri kepada Mohd Khairuddin Rais, kakak kepada Ahmad Muzamil Mohd Salleh dan Mama kepada Raihana Izzati Mohd Khairuddin. I love my family sooooo much!
  2. Sekarang keje dekat satu agensi gomen di Kuala Lumpur sebagai P.E.E (bukan pee tu okey! )
  3. Seorang yang agak berat mulut, sukar meluah perasaan dengan kata2, makin saya marah..makin saya diam, tapi dalam hati ni hanya Tuhan je tau. (Jauhila aku dari penyakit jantung ya Allah) but I’m a good listener.
  4. Suka pada warna..biasanyala pandangan cepat ter’capture’ kaler coklat, purple, biru, dan hitam. Tak suka kaler kuning & pink sebenarnya. Tapi sejak Hana lahir, hari2 taram pakaikan baju kaler2 pink kat dia..sweet pulak nampaknya.
  5. Seorang yang sangat tak cerewet dalam segala hal : Makan, pakai, berkawan, gaya hidup. Tapi ada juga la benda2 yang mmg tak akan dimakan, dipakai kalau jumpa pun (tempoyak, durian, barang kemas, bla..bla.. etc )
  6. Suka pada music yang rancak dan sarat dengan dance element. Saya rasala kalau saya tak mendalami ilmu agama sure saya bercita2 nak jadi penari..huwa huwa huwa. Saya susssaaahhhh sangat nak suka satu2 lagu ballad (slow leleh lentok).
  7. Bercita2 nak jadi surirumah, focus pada family, rumahtangga, buat amal ijtima’ei dan dah ade financial freedom – hahaha..tapi camne yek? Gue nggak suka berbisnis dong!! Makan gajila sampai ke tua.
  8. Nak belanja semua family gi buat umrah dan ziarah dan nak kerjakan haji secepat yg mungkin. Takmo tunggu dah tua2… tapiii..saving..alaaaaahai :D
  9. Habit buruk.. suka buat kerja last minute pastu meligan nak siapkan. Rasa cam adventure pulak. Hahaha…
  10. Sangat suka makan western food especially spaghetti dan something with creamy/white sauce food tapi exclude beef steak dan apa2 makanan berunsurkan daging.
  11. Dulu adalah seorang yang suka membesarkan tidur dari keje lain. Lepas kawen, kurang sikitla tapi lepas Hana lahir, terus tak cukup tidur..huhuhu.
  12. Saya seorang yang tak suka ikut sangat sesuatu protokol, lebih suka ikut logic dan research sendiri. Cth : Kalau ada org bgtau ttg satu2 perkara yang sebegitu caranya/dia rasa betul, tapi saya ada pendapat lain yang saya rasa logic dan ada betulnya juga, saya akan dengar je cakap org tu, tapi saya tetap akan buat cara saya..hehehe…
  13. Suka tgk movie yang saya suka..berulang2 kali. Lama la nak tunggu jemu. Sangat suke swimming. Boleh berendam berejam2 lamanya. Nanti nak bawak Hana gi swimming la.
  14. Habit : Lebih suka shopping barang dapur dari baju2an. Jaaaarang sangat beli baju tapi skali shopping baju2an, bleh cecah sampai RM300-400. Boros ke saya???
  15. Hobby terbaru, mandikan Hana..main dgn Hana, sembang2 dgn Hana… hilang rasa tension tgk mimik muka dia.
  16. Sangat suka buat unplan vacation dgn hubby… rasa cam surprise gile dan seronok betul. Tapi skang sure tak boleh buat camtu dah.. Mama ngan ayah leh jenjalan sehelai sepinggang tapi Hana sure tak boleh…hihihihi..

Who I wanna tag??? Hmm.. let see….
Hmm..rasanya ramai dah buat tag ni.. sesapa baca blog ni dan blum penah buat,sila la buat yek :) but specially tagged are :-
  • Maryam
  • Aziah
  • Che Da
  • Najwa Salwaana
  • Nur Izah

Wednesday, March 4, 2009

HAPPY BIRTHDAY HUBBY DEARIE..



Besday Boy.. :D


Sanah hilwah ya jamil… sanah hilwah ya jamil.. Hari ni ( 4/3/2009 ) genap 29 tahun umur suami kesayangan saya. Huiyoo..dah nak masuk 30-an la, dah tua.. huhu. Jangan mare.. Hmm..tahun ni sambutan besday husband saya paling sederhana sepanjang perkahwinan kami. Dalam keadaan kabut2 menguruskan Hana, dan jugak saya masih dalam pantang, tak dapat saya nak masakkan yang ‘fancy2’ untuk husband saya. Hanya nasik goreng special aje yang menjadi santapan kami. Alhamdulillah.. adik ipar buatkan homemade choc. moist cake untuk hubby. Sekurang2nya ada jugakla adegan potong memotong cake yek? :) Tapiiii..sayangnyaaa… saya hanya mampu memandang aje cake tersebut. Sebab cake tu kaya dengan telur.. takpe2.. seminggu lagi aje nak berpantang. Chaiyok2!!..

Yummy..choc moist cake yg dibuat oleh Nadiah..




Epi besday Sayang..



Sori Abang…tahun ni tak dapat nak beli apa2 present. Tak dapek nak keluar umah..thehe. Apapun.. hadiah doa mengiringimu saban hari walaupun bukan hari besday.. okla tu yek. Didoakan abang dilapangkan rezeki, diberkati umur dan mudah2an dilindungi dan dirahmati Allah sepanjang masa dan dalam setiap pekerjaan. I will always love u.. insyaAllah fiddunya wal akhirah. You’re the best hubby.. best father to our Hana and chosen as ur life partner is the best thing happens in my life.

We'll always love you...

Saturday, February 28, 2009

MY 1 MONTH OLD HANA


"You're my Honeybunch, Sugarplum..

Pumpy-umpy-umpkin,

You're my Sweetie Pie..

You're my Cuppycake, Gumdrop..

Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye...

And I love you so and I want you to know..

That I'll always be right here..

And I love to sing sweet songs to you..

Because you are so dear..."




Hari ni..genap sebulan Hana lahir ke dunia. Tadi pegi check up kat KPMC. Check up jahitan c-sect saya dan Hana pulak jumpa paeds. Alhamdulillah..semuanya ok aje. Jahitan saya semakin pulih dan takde apa2 infection. Gynae kata insyaAllah lagi 2 minggu dah pulih sepenuhnya. So far, saya pun dah tak rasa sakit2 kat bahagian yang kena jahit tu. Cuma tak lupa kene selalu cuci dgn dettol kat kawasan luka tu utk pastikan kawasan luka sentiasa bersih dan bebas dari bakteria. Makan pun.. dah boleh (dibenarkan) makan ayam, goreng2 tapi tak banyakla. Masih berpantang telur dan seafood sebab takut bentan dan gatal2. Takpe..sobarrrr :D





Hana..mase tengah tunggu turn nak jumpa Dr.






Dan untuk Hana pulak, hari ni dia kena routine check up for 1 month old dan paaaaling penting, kena amik injection Hepatitis B 2nd dose. Saya berdebar2 betul nak tunggu part nih sebab risau Hana meraung tak hingat kat bilik doktor tuh. Huhu... takut nanti saya pulak yang tak tahan sebak. Tapi alhamdulillah.. semuanya ok aje. Doktor cakap Hana sihat sangat2. Jantung, paru2, perut..semuanya ok. Berat Hana dah naik jadi 4kg !! Dan Hana menghadapi injection dia dgn baik. Menangis tetap menangisla.. Hana bukan superhuman okey :) Tapi sekejap aje. Pastu dia terkulat2 dan terus diam. Fuuhhh..lega !! Thanks to Dr. Hajah Afifah, pakar kanak2 KPMC.. puas hati sangat dengan service dia. Ni ada bingkisan dari bilik Dr. Afifah..hehehe..












Bila balik rumah, lepas lap2 petang.. Hana mula meragam, bagi susu..pas minum still nangis. Pusing satu rumah dukung dia, still nangis. Buat aksi2 kesukaan dia..pun still nangis. Hubby saya pun call mak dia. Rupa2nya.. mak mentua saya kata, mmg biasa bila lepas kena inject baby meragam terutama waktu malam. Sebab sengal2 inject tu mula terasa.. kebas2 dan perit2 sikit. So, baby jadi tak selesa. Kalau ade jenis yang tak tahan, boleh demam lepas kena inject nih. Macam tu rupanya.. ( betul ke mummy2 senior skalian?? ) Sian Hana.. lepas tuam montot dia dan sapu minyak telon sikit, baru Hana diam.. Sejam lepas tu barula Hana boleh tido.. huuu, sian anak mama nih.. :(



Hmm.. dah sebulan masa berlalu ye? ... Maksudnya, ada sebulan lagi cuti bersalin untuk saya habiskan. Cepatnya masa berjalan. Lepas tu bermula la balik rutin harian bekerja saya. Tak bestnyeww !! .. especially nak berpisah setengah hari dengan Hana :( Kenapa la lambat sangat kerajaan nak putuskan cuti bersalin naik dari 60 hari jadik 90 hari ?? huh !... Takpela.. cari rejeki..



Oklah.. pendek aje. To my beloved Hana, Mama selalu doakan Hana membesar dengan sihat, sempurna dan jadik anak yg solehah. Mama saaaaaaaaaaayang sangat kat Hana. Peliharalah anakku ini ya Allah.. hambaMu yang hina ini memohon padaMu :I

Monday, February 23, 2009

TAG SUKA-SUKI..


I’ve answered some questions regarding my 1st pregnancy..Actually it’s a tag questions. No one tagged me directly but it said it’s for those who already become a mother. And I think it’s quite good for me to remind back those sweet 9 months of carrying Hana in my womb..So, here they are….


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Yup.. we planned to have a baby the earliest after a year.. Then she conceived after 17 months..


2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Actually.. boy’s name never came into our mind since we were expecting a girl. So ..we’re busy choosing girl’s name.


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Happy, grateful and content.


4. HOW OLD WERE YOU?
26


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
I had been dreaming of the same thing for a whole week = +ve result for my HcG urine test. So, the day before my period, I woke up at 4.30 a.m and did the test. And the result was +ve !!


6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Of course my hubby.. at 5 a.m :D


7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Absolutely… Her sex was confirmed by Dr. Jamil @ 7 months of pregnancy after 3D scanned


8. DUE DATE?
18th February 2009.


9.DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yup..and quite major. Admitted to KPMC ward for 2 days & 1 night


10. WHAT DID YOU CRAVE?
Hmm..maybe jeruks la… My mum only let me ‘jamah’ them at 8 months of preggy. Bergenang air mata dpt makan jeruk :D


11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
I really hate the scent of softlan & lifebuoy shower cream… starting from sickness phase till Hana delivered.


12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
It’s a she.


13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Nope..sex doesn’t matter as long as he/she is healthy & cute :)


14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Only 10 kgs..


15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Nope..dont have any idea what baby shower is… hehe


17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
nope.


18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Kajang Plaza Medical Centre ( KPMC )


19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
About 20 mins.. I guess..


20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My Hubby.. it was my weekly check up actually..


21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Medical team.. and my hubby watched behind OR door..hehe


22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Unfortunately.. c-section :(


23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Maybe yes.. I was injected with painkiller at my waist to ease the pain.. but then it made me vomit.. huuuu


24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.85kg.. cute eh?


25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
28th of January 2009.. I was 2 weeks early from my due date.


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Raihana Izzati bt. Mohd Khairuddin.


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Baby Hana is 3 weeks and 5 days old today..


28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Definitely I will… insyaAllah the earliest is after 2 years from now..


29. WHO I WANT TO TAG?
Those who already become a mother.

Sunday, February 15, 2009

LOVE IS IN THE AIR..HANA IS EVERYWHERE

EPISOD : DALAM PANTANG

Huuu… boleh kata mmg bosan betul fasa pantang memantang nih. Tapi saya bukan bosan bab makan. So far (till Hari ke 14 nih) saya masih rase OK dengan menu harian saya. Bahkan saya mmg takde selera nak makan benda2 yang biasa saya makan dulu. Menu harian saya :-

Sarapan : Roti wholemeal 2-3 keping sapu jem + susu Anmum for breastfeeding segelas.


Tengahari : Nasi + ikan (whether sup ikan merah @ ikan parang masak pindang @ ikan tenggiri goreng garing + aneka kunyit dan bawangan @ ikan haruan masak stim) + sayur rebus2 + air suam.

Dinner : Same as breakfast. Malas nak makan nasik.

Hmm..dah lama tak makan buah. Orang tu kata buah ni tak boleh makan, orang ni pulak kata buah ni boleh makan. Haaa…mende ni yang buat saya fed-up dan hangat hati. Kalau refer pada doctor pulak, sume mende boleh makan. Tambahan pulak, luka c-sect saya memerlukan banyak nutrient untuk repair luka2 dalaman dan luaran. Kadang2 cam stress jugak dengan kata2 orang yang banyak khilaf nih. Buat kita rase serba salah aje. ‘Orang2’ ni pulak..bukan org luar, family terdekat jugak..huuu, view negative saya : “Aku yang sakit, biarla aku nak makan ape pun, doctor pun kata boleh makan..takkan la aku nak makan mende yang bukan2..”
View positive saya pulak : “ Takpela..dieorang sume sayang kat aku..”

Takpela..mari menyuburkan segala yang positive ek. Pas bersalin tak baik stress2.. Ada lagi 2-3 minggu nak menghabiskan episode pantang nih.Pasnih..I’m free!!!!...


KENDURI AQEQAH HANA

Alhamdulillah..syukur pada Allah sebab 14/2 lepas, kenduri aqeqah Hana berjaya dilaksanakan. Family terutamanya hubby bertungkus lumus buat preparation. Saya tak dapat nak bantu banyak..sian dieorang. Hanya Allah SWT aje yang dapat membalasnya. Kenduri dimulai dengan berzanji yang di’conduct’ oleh ayah mertua saya dan di ‘assist’ oleh ayah saya. Yang lelain jadi backup voice aje..hahaha :) Lepas tu..Hana dicukurkan. Tak buat pun potong jambul sebab ayah mertua saya kata bidaah. Kemudian disusuli dengan marhaban, doa tahlil seterusnya acara kemuncak..MAKAN KHOMBING :D




Mase kenduri tu, Hana kehilangan rambut lebatnya.Huhu..sedey saya mase tengok rambut2 Hana gugur ke lantai. Tambah sedey tengok Hana meraung sungguh2 mase kene cukur..mungkin tak selesa + lapar. Bagi susu pun still meraung. Last2..siapla Hana jadi budak motak. Paklong saya yang cukurkan kepala Hana. Pas tu..Hana mandi (skali lagi) dan terus tertido. Letih menangis agaknya.


Hana dicukur oleh Paklong




Bagi upah sambil kene cukur...




Sebelum cukur...



Selepas dicukur rambut... motak!!



Seronok jumpa kengkawan lama…seperti biasela, kengkawan yg biase jumpe (Aziah, Hairin) + jarang jumpa : Maryam, Jiah, Wani, Mahfuzah, Ida, Khadijah. Tak ketinggalan, junior + senior saya di KISAS = Najwa Salwana & Ust. Ajwad. Terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis. To Maryam…jasamu dikenang sebab ko dah menyediakan supply lauk aku utk 3 hari…hehe. Lauk ikan bawal masak kunyit + lada hitam ko tu mmg sedap. Mak mertua aku tanya resepi dia. Nanti aku menuntut dgn ko ramuan2 dia yek.





HANA..OH HANAAA..

Hari ni (15/2) Hana dah genap 19 hari. Dia dah mula merubah rutin dia. Malam dah jadi budak baik ( tido aje). Merengek pun mase nak nyusu aje . Sharp every 3 hours dia akan “ekk..eekkk…uwaaaaa” :D Hana meragam mase waktu siang ..dan sebelum tido malam. Bukan meragam ape, asyik nak dikepit aje (dipeluk2). Asal letak dalam baby cot sure dia akan merengek sampai kene hangkat. Kadang2 sampai 5 jam dia tak mau tido..kene gilir2 la. Nasibla acik Nadiah dia rajin melayan kadang2 sampai pukul 1 -2 pagi.

Hana dah tumbuh gigi. Tak tau kenapa boleh awal. Mula mase 3-4 hari Hana lahir ade Nampak mcm tunggul gigi kat gusi dia. Tapi tak percaya la tu tunggul gigi sebab awal sangat. Pastu tunjuk kat doctor. Doktor suspek mende tu ulser mulut dan dibaginya antibiotic. Lama2..mende putih makin jelas dan terzahir akhirnya mende tu adelah gigi. Sian Hana..hari2 gusi dia gatal. Tu antara sebab dia meragam la. Asyik nak mengigit something.



Gigi sulung Hana nan sebatang...


Pastu Hana dah boleh mengiring dan sangat marah kalau kene bedung. Kalau kene bedung, kalau mood dia baik, tahanla dalam 5-10 minit sebelum dia menggeliat2 sampai terbukak bedung dia. Selagi tak buka, selagi tu dia tidur dalam gelisah. Hai..Hana..hana…




ISU SEMASA..


???.. huhu, sepanjang lepas melahirkan Hana, dunia saya hanyala di sekitar baby cot Hana. Saya terpisah dengan cerita2 luar. Tengok tv pun takde selera. Tapi mase isu Perak dan pembubaran kerajaan negeri tu, ter 'capture' juga perhatian saya tapi saya tak ikuti sepenuhnya. Hmm... sedih dengan apa yang berlaku. Marah pun ade juga. Kelakar pun ada..tu la ragam manusia berpolitik. Sangat jauh dengan politik Islam (Tiba2 terbayang wajah lecturer Sains politik Islam saya di UM dulu = Ust Zaidi)..huhu. Malas la nak amik tau. Nanti ade lagi senario baru yang ntah apa2..tengok ajela nanti...

Sunday, February 1, 2009

LET ME INTRODUCE YOU TO MY...



Most beloved darling, adorable and cute little child of ours...



"Assalamu'alaikum sume..Nama saya RAIHANA IZZATI BT. MOHD. KHAIRUDDIN. Mama ngan ayah panggil saya 'Baby Hana'. Saya baru aje lahir ke dunia ni pada 28 Januari 2009, hari Rabu yang lalu. Saya cumelll sangat (ni mama saya yg bagitau). Ok..babai.."





Alhamdulillah..segenap puja dan puji bagi Allah SWT..atas satu lagi anugerah terindah dalam keluarga kami. Kehadiran Baby Hana memang lama kami nantikan. Akhirnya, Hana selamat dilahirkan ke dunia pada 28 Januari lepas melalui pembedahan 'c-sect' pada jam 4.47 petang dengan berat 2.85 kg.




Kenapa 'c-sect'??.. Hmm, ditakdirkan jantung Hana menjadi semakin lemah dalam tempoh kontraksi saya. Jadi doktor decide nak keluarkan Hana secepat yang boleh. Redha ajelah... :I Tapi..lepas tengok Hana lahir...hilang segala rasa sedih saya bila terpaksa menghadapi c-sect tu.. malah rasa bersyukur tak terkata...



Hana, selepas 15 minit dilahirkan...Hai, cair hati tgk muke dia...





RUTIN HARIAN YANG BARU





Hehe..ni yang paling seronok. Hari pertama dan kedua Hana lahir, saya dan hubby masih lagi dalam anjal harian yang biasa. Cuma mungkin saya yang dah mula melalui rutin yang agak lain sikit dari biasa. Memandangkan saya melalui c-sect, makanya malam pertama saya di KPMC agak 'menyakitkan' bila ubat bius beransur hilang, tak boleh makan dan minum membuatkan saya tak keruan dan tak boleh tidur malam. Sepanjang malam berjaga dan sekali sekala melayari internet di henfon hubby (hehe..sempat lagi tu). Malam kedua di KPMC pun susah nak tidur sebab...tak tau kenapa. Mmg tak boleh tidur, mungkin sakit2 di jahitan tu merengat2 dan menganggu kekhusyukan tidur. Kedua-dua malam tersebut, Hana dijaga di nursery KPMC.





Malam ketiga, saya dah pulang ke rumah ibu ayah saya di Kajang. Malam inilah rutin siang malam kami mula berubah. Hana lebih suka menikmati tidur yang best pada waktu siang dan suka dilayan, dibelai dan dimanja pada waktu malam (err..tgh malam ke awal pagi sebenarnye). Huhuhu..maka, kami terpaksa bersengkang mata melayan karenah Hana dan cuba curik2 tidur waktu Hana tidur. Hehe..penat mmg penat tapi seronok sangat. Malam ni (malam ke-5) dijangka Hana akan lebih ber'manja2' memandangkan sepanjang siang tadi..Hana tidur dengan penuh aman tanpa sebarang karenah..hatta nak bagi dia minum susu punyelah susah kejut. Sampai nenda Maryam nour dia yang datang tadi, mengejut dengan penuh keazaman..pun tak berapa berjaya nak kejut Hana..hahaha :D By the way..thanks pd kengkawan yang sudi ziarah Hana dan mamanya tadi : Aziah, Che Da (the takaful woman), Hairin+Muaz (Muaz sudah meng'usyar' Hana, maka..potensi Che Da nak bermenantukan Muaz semakin tipis..kuang3x :D ).. tak ketinggalan, Maryam dan Wani yang datang terlambat sket. Kalo tak,leh wat mini gathering. Oh ye..semalam, Jibah dan husbandnye Hisham pun datang menziarah..waahhhh, Jibah sudah makin kurus (akibat alahan kandungannya)..cayalah Jibah. Hehe..tapi ayah saya kata, Jibah (yang dipanggilnye 'Budak Terengganu' ) yang berisi dulu lebih 'manis' dari sekarang...huhuhu.



KHUSUS UNTUK SUAMI TERSAYANG



Dedikasi khas ini buat suami tercinta. Terima kasih yang tak terhingga sebab menjadi tunjang kekuatan saya dari awal hingga ke hari ini, saat ini. Saya tak dapat nak ceritakan betapa terharunya saya dengan segala apa yang suami saya berikan buat saya sepanjang saya menghadapi pengalaman melahirkan Hana. Kesakitan saya banyak hilang dengan belaian, pengorbanan, dan semangat yang beliau berikan. Katanya.. memang tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tapi saya tau, tak semua suami mampu menghayati erti tanggungjawab dengan sepenuhnya. Bersyukur sangat sebab dikurniakan suami seperti Abang. Di saat pergerakan saya sangat terbatas akibat kesan pembedahan, beliau sangat pantas menjalankan semua tugas rumahtangga, menguruskan Hana, keperluan saya dan ibu ayah saya..sampai sakit2 badan. Dan saya pula tak mampu nak redakan kesakitan beliau. Maafkan Mas.. I love you so much Abang. Thanks for everything…











Monday, January 19, 2009

KEBODOHAN YANG NYATA..


Berita lanjut...
*huh..tak tega saya nak letak gambar panorama dalam surau APIUM tu...loya !!


Melampau...cukup melampau. Saya tak pasti ape perasaan saya tika mula2 membaca artikel ni. pada Jumaat lepas. Tergelak 'blur' - sebab rase macam baca cerita lawak dan tak dapat membayangkan makhluk Allah mana yang dah hilang akal nak buat benda yang sangat2 menghinakan macam tu. Macam tak percaya.. terus call husband utk inform pasal hal ni (maklumla..surau kesayangan saya dulu tuh, tempat study,lepak,tidur,jaga baby, escape meeting..kadang2 escape kelas :D ). Kenapa boleh jadi sampai mcm tu? Takkan semata2 PRK yang akan berlangsung tak lama lagi, manusia2 yang berkempen dah hilang pertimbangan dan meletakkan agama di kaki semata2 kepentingan duniawi dan politik. Kepala saya mula berbahang menahan marah. Huh..sangat tak baik utk perkembangan bayi saya bila marah2 nih :(


Saya..cuba berbaik sangka dengan mangatakan bukan orang muslim yang merancang kerja bodoh sebegini. Tapi bendera PAS dan motif lain - PRK - sedikit sebanyak menghakis rasa baik sangka saya. Tak dapat diterima akal rasanya membayangkan tangan/akal seorang muslim yang merencana hal yang sebegitu...HINA.


4 tahun bermukim di lembah ilmu UM, saya pernah merasai bahang dan badai ketika berlangsungnya musim PRK. Memang hangat. Dan atas sebab itu, saya merasakan, tidak ada non-muslim yang sebegitu bodoh untuk meletakkan khinzir di dalam masjid. Bukan sifat non-muslim UM. Teringat kenangan bilamana rumah sewa kami sering menjadi sasaran insan2 yang tidak diketahui yang kerana menyangka kami aktivis pro-mahasiswa. Paling lucu (dan agak menakutkan) bila rumah sewa kami dilempar dengan beberapa bungkus cili boh, batu bata dan kondom yang telah digunakan pada jam 3 pagi.. :) Pernah juga surau APIUM tu disimbah dengan cat merah (@ cili lagi??) dan diconteng dengan ayat2 yang tak elok.


Hmm..banyak sebenarnya kenangan PRK yang telah saya tinggalkan 3 tahun lalu. Banyak yang dah lupa. Dan kali ni, rasanya serangan PRK yang paling ultimate tahap kemelampauannya yg pernah saya dengar. Bagi saya..hanya orang yang tidak pernah solat, yang tak pernah mengenali nilai solat dan kekuatan solat, dan tidak kenal kekuasaan Allah sehingga mampu mencabar rumahNya sahaja yang mampu mencemari rumah ibadah sebegitu (Ya Allah..ku harapkan ini bukanla kerja seorang muslim - masih berharap).


Dan ini juga, indicator..tahap perpecahan umat islam yang semakin memuncak sehingga ada pihak yang sanggup melemparkan penghinaan sampai mcm tu sekali. Dah tak ade rase sensitiviti pada agama.Dan sekali lagi ..makhluk Allah bernama 'babi' tu yang menjadi mangsa (tak pasal2 kan incek babi??). Hmm...sebenarnya mmg banyak hal yang dilakukan oleh umat Islam sendiri menterjemahkan penghinaan terhadap Islam.Dalam blog, dalam tuturkata, membentak2 dgn hukum Allah..tu lagi teruk. Tapi sebab kali ni melibatkan incek babi - makhluk yang sangat2 sensitip bagi umat Islam, maka kelihatannya terlalu jahat orang yang mengotorkan surau APIUM tu.Tapi..mmg jahat pun.....


Hari ke 21..


Gaza dibedil dan hari ni hospital & pusat perubatan menjadi mangsa. Tak tau mana lagi tempat yang selamat untuk orang awam. Makin hari, makin banyak resolusi diluluskan..tapi sikit pun 'tak luak' buat Israel keparat tu. Dengan bangganya Ehud Olmert bagitau dunia yang Bush tu adalah budak suruhan dia. Huh...sangat berlagak. Geramnyee....geramnyee.... Hancurkanlah sehancur2nya musuh2 Islam tu ya Allah... :(

Bush tak guna...


Minggu ke 36...


Hmm..marila meredakan rasa marah dengan bercerita hal yang menggembirakan pulak. Kini, kandungan saya dah memasuki minggu ke 36. Alhamdulillah..perjalanan baby saya dah sampai ke tahap full-term. Kesihatan saya kekal baik walaupun minggu lepas saya agak terseksa dengan masalah gas dan angin di esofagus. Sangat mengganggu pergerakan saya setiap kali sakitnya menyerang terutama di ofis. Tapi takpe...alhamdulillah, dah makan ubat dan mcm minggu ni dah ok. Mudah2an kesihatan saya kekal di tahap yang baik sehingga melahirkan nanti.Amin...


Yang pastinya, saban hari suami saya tak habis2 pujuk baby supaya keluar cepat.Hehe..dah tak sabar sangatla tu nak tengok permata hati pengarang jantung dia. Mak mertua saya pun dah tak senang duduk lebih2 lagi kalau dapat telefon. "Sape telefon? kak Mas ke??" tanya beliau setiap kali adik ipar saya bercakap dengan seseorang yang bergelar "kakak"..hehehe.. Hai,mama..mama :)


Sepatutnya ahad ni saya akan berkampung di Sepang 5 hari 4 malam kerana kursus anjuran ofis, tapi saya mintak excuse sebab rasanya, fasa2 camnih dah bahaya untuk saya berjauhan dari KPMC (Kajang Plaza Medical Centre).Tapi..ade juga tak bestnya, bila tak berkursus, saya akan sibuk dengan keje2 opis memandangkan boss saya dah amik paternity leave sampai lepas kuncipacai (kong xi fa cai). Tahniahla tuan haji..dah dapat baby baru di usia 46 tahun. Rezeki tu..alhamdulillah. Takpe2...tinggal 2-3 minggu aje lagi nak kije....sabor..sabor...