CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 2, 2009

ANOTHER YEAR..ANOTHER CHAPTER..

Tahun 2008 (M) dan 1429(H) dah pun melabuhkan tirainya. Maka Tahun 2009 dan 1430 pula mengambil alih ruang kalendar kehidupan semua insan. So, macamana konklusi chapter 2008/1429 anda? memuaskan hati? azam yang dirangka masa awal2 tahun dulu tercapai? Hehe..saya pun tak terlepas daripada dialog 'cliche' akhir dan awal tahun..yela, orang slalu bercakap pasal azam dan pencapaian bila akhir dan awal tahun kan?. Bosan jugak sebenarnya.. tapi benda tu mmg perlu. Hidup yang organize perlu ade perancangan, perlu ade pelaksanaan dan perlu ade penilaian. Dan yang pastinya..result akhir akan tiba pada hari yg dijanjikan. Saya pulak?.. hehe, sejujurnya..saya bukanlah orang yang ada perancangan hidup yang kompleks yang dirancang pada awal tahun. Saya juga takde cita2 yang tinggi melangit sebagai acuan pembangunan kehidupan saya. Saya lebih selesa dgn acuan yg basic. Sekiranya ade peluang untuk melakukan sesuatu yang 'besar' dalam ruang2 kehidupan saya yang 'macam tu' aje..maka saya akan lakukan. Tapi saya tidak merancang ke arahnya. Ya...saya mmg bukan insan yang berjiwa besar. Jiwa saya redup. Passion saya untuk jadi seorang perfectionist dalam kehidupan adalah sangat rendah. Kalau org lain berlumba2 nak sambung MA..tapi saya pulak. Nanti2la...hehehe :) Kalau orang lain bercita2 nak naik pangkat, bagi saya pulak..cukupla duduk di position yang ade skarang sampai pencen pun takpe...Hahaha..terukkan? Teruk ke? Tetapi tidaklah bermakna hidup saya sangat statik. Bagi saya, setiap tahun fasa kehidupan saya perlu meningkat, seiring dengan pengalaman yg dikutip saban hari. Pembangunan kematangan dari segi pemikiran, tingkah laku dan tanggungjawab harus sentiasa berjalan dan hidup dalam diri saya. Dari zaman belajar..beralih ke alam bekerja..kemudian mendirikan rumahtangga..dan bakal mempunyai amanah yang perlu dididik, semuanya ada transisi yang tersendiri. Tak mampu saya nak describe dalam blog yang terhad ni. Tapi semuanya ada dalam koleksi memori dan 'behaviour' semulajadi kemanusiaan saya (common sense)..dan perancangan yang mmg betul2 dirancang. Ape yg pasti..Jannah tu tetap menjadi dambaan... Mudah2an roda hidup saya berputar menuju ke arahnya.

CERITA SAYA DI AKHIR TAHUN 2008

Hujung tahun biasanya adalah masa yang agak sibuk bagi mana2 agensi & jabatan kerajaan. Swasta pun sama la kut. Mcm saya kata tadi, akhir tahun adalah mase penilaian bagi segala benda. Saya jugak turut terkesan dgn aktiviti sibuk dan menyibuk ni. Hehe... :) Saya dihambat dengan belasan laporan penilaian dari semua bahagian operasi. Baik bhgn perancang korporat yang nak tau pencapaian SKT bahagian, bhgn HR yg nak tau laporan aktiviti bahagian sepanjang tahun, bahagian admin yang nak tau laporan verifikasi aset, bahagian kewangan yang nak tau laporan perbelanjaan bajet dan juga borang penilaian prestasi individu yg perlu saya siapkan segera. Tak ketinggalan juga beberapa mesyuarat yang perlu saya hadiri (biasanya sebab ganti bos yang bercuti ujung tahunla)..pun ada perkara2 dan maklumbalas yang perlu saya prepare dan laporkan. Huh..dalam kesibukan tu, saya pun nak bercuti jugak..hehehe :) Mana boleh kan? orang lain cuti sampai sminggu lebih, saya plak terhegeh2 duduk kat ofis dgn 2-3 orang bujang yang malas bercuti. Ngeh ngeh ngeh.... (gelak tumbuh tanduk) Tapi sebagai insan yang menjaga admin bahagian, dah mmg kerja saya buat sume2 tu. Takkan nak suruh org yg jaga server, sistem buat pulak. Sian depa...( baik pulak yek).

Hari ni, saya cuti lagi..hehe, alang2 gap sehari ke hari sabtu. Baikla sambung terus dapat 4 hari cuti kan? Kebetulan hubby saya pun cuti dan ade appoinment dgn gynae saya ptg tadi. Maka tepatlah keputusan saya mengambil cuti hari ni. Hari Isnin depan..saya akan bersilat semula dengan kerja2 yang menanti. Yang pasti..minggu depan, saya WAJIB submit borang prestasi saya, siapkan beberapa memo, diskas ngan pengarah ttg SKT 2009 yang perlu diedit di sana sini, ape lagi..? ooo..ye, siapkan beberapa maklumat tambahan pasal re-org agensi. Hmm..tu yg ade dalam pikiran. Belum campur kerja2 yang akan muncul 'tiba2'...biasela, bos kan suka bagi urgent task ikut suka dia aje.Huhu..jgn mare bos. :) Papepun..bos saya baik orangnya. Takpe2..sebulan aje lagi nak sibuk2, pastu dapat cuti 2 bulan..yieehaaa!!

CERITA SEMASA DI AKHIR TAHUN 2008.

Hmm.. tak banyak cerita yang gembira mengiringi pemergian thn 2008 ni..ye tak? Selain cerita kawin Mawi dan Ekin yang takde langsung impaknya pada diri saya, kebanyakan cerita air mata dan kesedihan terpapar di media malaysia dan dunia. Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada pertengahan Disember lalu, cukup menjentik emosi dan kesedaran. Alam semulajadi memberi isyarat yang tersurat dan tersirat. Yang tersurat, ia tidak mampu lagi menampung pembangunan yang keterlaluan dan yg tersirat, hmm...banyak benda perlu dinilai semula. Saya rase anda boleh generate sendiri ape yang tersirat tu.Mungkin kali ni Bukit Antarabangsa menjadi 'sample' peringatan dariNya. Lepas2 ni..tempat2 lain perlu berjaga2.



Kemudian, akhir Disember menyak
sikan sekali lagi Israel laknatuLlah meneruskan agenda 'mencari pasal' dgn umat Islam. Jiwa saya rasa tercucuk dan terhiris membaca cerita2 dari akhbar tentang alasan2 bodoh Israel menghujani bumi Gaza dgn bom2 yang meragut nyawa manusia sesuka hati. Lebih sedih melihat paparan dan rintihan kanak2 Palestine. "Kami ketakutan...kami boleh mati bila2 masa" : Petikan KOSMO Online. Jika pada 1 Januari 2009 kanak2 di Malaysia tersenyum ceria menikmati kecantikan bunga api pada jam 12 malam di dada langit, tetapi kanak2 di Palestine memandang ke langit dalam ketakutan sambil menghitung detik hayat..masih mampukah aku bernafas seminit dua lagi ataupun jasad kecil ini berkecai dgn bedilan bom si kuffar itu? :( Itulah beza dua dunia yang tak jauh mana. Saya...terlalu sesal dgn diri sendiri. Sebab dah lama saya terlupa pada saudara2 seislam saya di sana sini. Doa2 saya...banyak utk diri sendiri, keluarga dan org2 yg di hadapan mata saya. Namun..saya betul2 terlupa utk emphasize permohonan kesejahteraan saya untuk umat2 Islam yang berjuang bermati2an utk meneruskan kehidupan dalam lingkaran kezaliman kuffar. Ya Allah...saudara jenis ape saya ni :'( Sedihnya saya...berkaratnya jiwa saya,nak tunggu saudara sendiri dibedil baru nak teringat..Ampunkanlah hambaMu ini ya Allah...


Kemudian, berita2 sumbang sambutan awal tahun tambah menyakitkan hati. Pastinya tak terkesan dgn cerita pertumpahan darah di Palestine. Operasi penangkapan dari pesta2 seks, dadah dan khalwat menyaksikan umat2 Islam di Malaysia tandus jiwa dan Iman sehingga mengambil jalan yg sebegitu hina untuk meraikan sesuatu. Sangat jauh dari rasa kesyukuran atas nikmat dan rasa takut menghadapi kiamat yang makin menghampiri.Entahlah..mungkin itu natijahnya bila acuan pemikiran dibentuk dari filem2 barat yang merosakkan.

Kawan2..sama2lah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia dan serata dunia.. :'(




Monday, December 15, 2008

CUTI-CUTI DI HARI ISNIN :)

Hari cuti yang menyenangkan..hehe, cuti di hari Isnin?? Jangan marahhh.... Saje je menghabiskan cuti yang berbaki 6-7 hari lagi. Saya tak bercadang nak carry forward setakat ni. Tapi tgklah, mana tahu tiba2 terasa malas nak cuti di hujung tahun. Takde plan nak ke mana2 setakat ni. Hubby pun dijangka kerja lepas2 cuti krismas nanti. Kalau berbaki..bolehlah carry forward.


Mulai tahun depan, lantikan 'gomen' baru hanya dapat cuti tahunan 25 hari sahaja. Hmm..tak seronoknya cuti dikurangkan. Alasannya untuk meningkatkan produktiviti kerja. Saya tak termasuk dengan dgn skim cuti JPA yang terbaru nih. Maka kekallah cuti tahunan saya berjumlah 30 hari setahun. :) Wuihh..beza 5 hari je pun bawa impak juga tau.. Hehe, nak tergelak pun ye jugak dengan pekeliling baru ni. Bukan nak merendah2kan kerja kerajaan. Tapi terma 'PRODUKTIVITI' dengan 'SEKTOR KERAJAAN' ni takde kene mengena dengan banyak atau sikit cuti yang ada. Tapi lebih kepada PERUBAHAN MINDA penjawat awam sendiri. Kalau sedikit cuti yang diberi, tapi masih malas nak bekerja mengikut standard yang betul..maka 'output' sistem penyampaian kerajaan masih di takuk lama. Kalau banyak cuti yg ada tapi semua kerja berjalan dgn lancar dan impak pada golongan sasaran tercapai, itulah produktiviti sebenar yang nak dicari. Tapi..tak apelah, salah satu usaha kerajaan...cubela..cubela :D



MENU HARI INI..

Hehe..bila bercuti, saya pun buat aktiviti kegemaran saya : Memasak :) Dah lama tak memasak lauk pauk. Jika bekerja mmg saya tak berkesempatan (dan tak berdaya) nak masak beriya2. Sampai di rumah dari ofis aje dah pukul 6.30 ptg (kalau tak tersangkut dalam jem). Khamis lepas (cuti besday sultan selangor) saya hanya sampai di rumah pada jam 9.15 malam. Bertolak dari ofis di Jalan Raja Chulan pada jam 8.00 malam. Tak sanggup nak mengharung jem jika balik pada jam 5.30 petang :(


Ok..berbalik pada menu air tangan saya untuk cik abe :-

* Dari Atas kiri : Daging masak blackpepper + kentang, Scramble sambal telur, Sayur taugeh + tauhu.

Hehe...cik abe saya makan sampai 'kebotong' (bahasa org jawa). Saya pun seronok tgk dia makan. Maklumlah cik abg saya tu kalau lauk2 beli dia susah sikit nak makan. Macam mau tak mau aje :) Kebetulah daging korban minggu lepas masih belum diprojekkan..maka dah selamatlah jadi hidangan kami sekeluarga tadi :)


KUCING BERSALIN..

Haha...kucing bersalin pun nak citer ek? Takpelah... kucing ni agak special sebab berjaya melembutkan hati ayah saya yang bencikan kucing. Kisah silam yang 'perit' bersama kucing membuatkan ayah saya akan melemparkan selipar, menyebat dgn penyapu dan menghalau mana2 kucing yang menjejakkan kaki ke rumahnya (di Kajang). Tapi kucing yang sekor ni...tak pulak dihalaunya. Malah dicarikan kotak, dan dibiarkan keluar masuk di dalam rumah.

Kisahnya, kucing ni bersalin di bawah katil ibu ayah saya. Dan melahirkan 6 ekor anak yang saaaaaangat cumel !! Ayah men'transfer' kucing ke dalam kotak dan meletakkan di luar rumah. Sejak hari tu, kucing tersebut diberi makan minum secukupnya. Oleh kerana malas nak menggaul nasi dan ikan bilis, maka saya belikan whiskas. Senang utk adik saya sebab dia mmg tak pandai gaul nasi etc... Bagi makanan segera aje. Hehehe... Ni gegambarnya yang diambil oleh cik abg saya :-


Hehe...comel sangat kan?? Tak tau sampai bila boleh bertahan. Rasanya bila anak2 kucing tu dah besar dan pandai 'poop' sendiri...mesti ayah saya dah tak tahan kembali. Hmm..nasible kucing oiii.. :)


Countdown saya pulak yg bersalin???


pregnancy

Doakan saya ye!!!! Tolonglah doakan...

Wednesday, December 10, 2008

SALAM 'IDUL ADHA...

..buat semua sahabat2 dan pembaca blog ni. Mudah2an yang baik2 sahaja bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah korban seikhlasnya tahun ni dan mengimarahkan Hari Raya Korban dengan puji2an setingginya kepada Allah SWT. Labbaikallahumma labbaik....





Bagi saya..Hari Raya IdulAdha tahun ni seperti biasa di tahun2 lepas. Tak berapa meriah dengan perkumpulan keluarga. Hanya beberapa family sahaja yang pulang meneman nenek dan atuk saya di Kg. Alor Gajah, Melaka. Maklumlah, cuti sehari aje. Bagus juga..tak perlulah saya berebut dalam semua hal terutama nak masuk tandas..hihihi :) Sayu melihat keadaan nenek yang makin hari dimamah usia dan dihambat dengan keuzuran. Mase saya kecik2 (hinggalah 2 tahun sebelum ni).. nenek sayalah ’hardcore’ dalam upacara masak memasak hidangan raya. Ke hulu ke hilir beliau bergerak dan masih gagah membersihkan laman rumah yang sangatlah luas tu. Maklumlah..rumah kampung memang besar ’compound’nya. Sekarang..nenek saya tidak dapat lagi aktif kerana pelbagai penyakit. Kencing manis,darah tinggi, gula dalam darah yang tinggi rendah tidak menentu dan banyak lagi. Beliau kini perlu banyak (dipaksa) berehat. Tapi masih lagi menjadi penasihat utama dalam bab masak memasak oleh ibu dan macik2 saya. Atuk saya masih kuat..aktif ..dan happening slalu, hehe.. Cerita pasal atuk dan nenek la pulak. Hmm...transformasi hidup mereka kini buat saya banyak berfikir..sebab mereka memang rapat dengan saya. Dan satu lagi.. saya bakal melahirkan generasi baru dalam family, saya akan naik satu ’step’ iaitu sebagai IBU... maka kini saya mmg banyak berfikir acuan yang bagaimana yang terbaik untuk membesarkan anak(anak2) saya supaya saya dapat melalui hari tua yang bahagia, aman dan diberkati bersama insan2 tersayang sebagaimana nenek dan atuk saya. Nenek dan atuk saya punya 10 anak dan kesemua anak dan menantu mereka takde yang bermasalah. Semuanya meraikan nenek dan atuk sebaik2nya. Bestkan??.. Mudah2an saya dan suami dapat mengecapi hari2 yang sebegitu kelak...Amin Ya Rabb...

VACATION TO BAYU RESORT, PD..






Port Dickson... dulu, mase kecik2.. PD ni mmg rase macam tempat yang best sangat2lah. Mmg gempak sampai tak boleh tidur malam kalau dapat tau ayah dan ibu nak bawa saya bercuti di PD. Macam masuk ke satu alam yang indah kalau jumpe laut PD nih.Hihi.. dari dulu mmg saya ’hantu air’. Berenang adalah aktiviti kesukaan saya yg paling ultimate sampailah kini. Alhamdulillah..5 Dis lepas, Allah izinkan saya bercuti ke PD lagi bersama ibu ayah saya dan family pakcik saya. Kali ni tidaklah saya excited mcm dulu2 sebab dah besor :) Cuma rasa seronok sebab dapat spend quality time dgn aktiviti santai bersama ibu ayah saya. Slalunya hanya lepak2 di rumah Kajang sahaja .

Di PD, saya berenang sepuas2nya..baik di laut mahupun di kolam renang. Melepaskan gian yang dah lama terpendam sejak 7 bulan setengah yang lalu. Hehe...kelakar jugak rasanya berenang dalam keadaan perut yang besar ni. Mcm ada pelampung khas pulak. Dan saya pastinya terpaksalah menjadi sangat ’supan’ di dalam air..langkah berjaga2, over sangat pun tak elok jugak kan?? Cukuplah sejam sahaja berenang..berbeza dgn dulu yang mana saya boleh berenang sehingga 3-4 jam sampai kecut2 jemari. Hai...rindu2 :)

SELAMAT TINGGAL DANA..WELCOME I.T !!

Sekali lagi kesyukuran kepada Allah swt yang tak pernah putus2 dengan rezeki yang melimpah ruah. Saya kini tak perlu lagi resah memikirkan kemungkinan utk diinterview setiap tahun utk jawatan tetap (sebab dulu statusnye sementara). Kini saya dah slmt bergelar `pegawai gomen tetap’..hehehe . Selaras dgn tu jugak saya telah ditukarkan penempatan dari duduk di unit yang kejenye menjaga hutang piutang orang..kini saya duduk di bahagian IT. Hehe...seronok campur sedih. Seronok sebab saya tak akan ade sesi outtensen yang memenatkan, bejumpe orang dan mendengar auta2 dieorang utk mengelak membayar hutang..paling teruk saya kembali dimarahi (or dimaki) sebab mintak hutang..huhu. Mentang2 aku pempuan yek... Sekarang keje saya lebih kepada keje-keje pentadbiran bahagian. Jaga bajet, laporan, fail meja, manual prosedur kerja, pantau laman web yang ringkas2, jawab aduan rakyat...hahahaha :D Agak poyola saya nanti. Yang sedihnya..hm, terpaksa meninggalkan department lama yang happening dan meriah selalu. Walaupun ade jugakla bab2 lidah tergigit tapi benda biasela bila ramai kepala kat satu tempat. Department baru saya lebih senyap dan sunyi..Ye la, bila memasing sibuk dengan keje2 menjaga network, sistem, website dan ntah hape2 lagi. Yang bagusnya, kurang cakap..kurang dosa2 mengumpat tu..ye tak? Lagipun department baru ni ramai orang2 muda. Yang tua2 duk jadi bos2..mana ade mase nak borak2..huhu. Mmg aman dan mendamaikan (kadangkala membosankan). Apepepun..yang penting, posisi kerja saya dah secure..alhamdulillah. Dah boleh pikirla loan gomen ape nak mintak pasnih.. huwa huwa huwa :D

HADIAH BESDAY KE-26..

Wah..wah..seronoknya saya. Bercampur sedikit sayu. 12 Disember ni umur saya genap 26 tahun gregory. Tahun Qamary dah lama jadi 26..hehe. Tapi saya dah dapat hadiah besday awal dari ayah dan suami kesayangan saya. Vacation ke PD adalah hadiah dari ayah dan cik abe comey saya pula menghadiahkan notebook yang cute. Hehe..Mungkin kesian tgk saya yang keseorangan menghadap TV di kala dia sibuk dengan kerja2 dan downloaded series/movies di notebooknya, maka dia belikanlah notebook untuk kegunaan saya sendiri. Terima kasih daun keladi...Aleyyuuu... kes kes kes :D











BAKAL2 MUMMY TAHUN 2009..

Hehe...kawan2 saya yang telah selamat melangsungkan walimah tahun ni, alhamdulillah semuanya dah selamat menjadi geng2 ’Mak Yung’ (Tipah, Nazihah, Naimah, Khadijah, Najibah) dan juga pengantin2 lama (Kak Ndak Nitrah, Farha, err..saya). InsyaAllah, tahun depan berderet2 baby se ’batch’ bakal dilahirkan ke dunia. Hehe..macam2 ragam mengandung yang saya dengar : Jibah alah sampai masuk wad, Dijah dan Nazihah yang makin kuat makan, Tipah pulak dgn gastriknya..hai lah... begitulah ujiannya nak melahirkan zuriat ni. Bersabarlah ye kawan2.. jaga diri, jaga pemakanan, jaga emosi dan jangan lupa, kuatkan pengharapan dan tawakkal pada Allah atas amanahNya di dalam rahim kita.





Saya juga telah melalui fasa2 tersebut dan sangat menghargainya. Kini hanya menghitung hari (sebulan setengah aje lagi) untuk melihat permata hati saya. Kuisan2 dan tendangan2 dalam perut saya selalu menghiburkan hati dan menggamit rasa rindu yang teramat untuk melihat wajah comel yang bakal meruntun jiwa saya..itu sudah pasti. Indah rasanya nak menjadi ibu ni ye. Alhamdulillah..keperluan baby dah siap dibeli. Rasa takut nak bersalin?? Hmm..ada juga tapi tidaklah sampai mendatangkan stress. Bila baca dan dengar pengalaman ibu2 yang bersalin..majoritinya mmg perit, mmg membuatkan rasa risau saya terjentik.. tetapi sebab saya masih belum mampu membayangkannya, maka hanya rasa ’blur2’ aje yang ada. Apa sahaja yang bakal dilalui..tetap akan dilalui dan saya serahkan pada Allah atas segalanya. Mudah2an Allah memudahkan urusan bersalin dan anak saya selamat dilahirkan dan sihat sempurna. Itu sahaja harapan saya. Amin... Sahabat2..doakanlah saya juga. :) Sebelum terlupa..saya nak ucapkan terima kasih kepada mummy senior yang rajin berkongsi info dgn saya : Hairin Herlina (mama Muaz). Dari awal trimester sehingga kini, beliau banyak menjadi reference saya dalam hal ehwal kehamilan. Dan skarang, beliau pun bercita2 nak jadi geng ’Mak Yung’ utk tahun depan. Takpela..Muaz pun dah setahun lebih.. ;) Million thanks to u my fren.. :)

Okla..cukuplah sampai di sini dulu.. Kita cerita lain di Tahun 2009 nanti, insyaAllah.. :)

Saturday, October 11, 2008

SELAMAT HARI RAYA 'IDULFITRI...

Assalamu'alaikum wrth...

Hampir dua bulan (or lebih) blog ni tak berjenguk. Asal nak mengarang je pening..asal pening je nak mengarang..hehe :) Rindu sebenarnya kat blog ni tapi keadaan tak mengizinkan. Baru selesai bergelut dengan alahan trimester pertama..bulan Ramadhan pula menjengah. Alhamdulillah..saya dapat lalui bulan Ramadhan dengan baik walaupun terduga dengan banyak juga ujian. Antaranya minor operation akibat retention cyst di bibir sangat menguji kesabaran. Bibir bengkak seminggu dan pedihnya..hanya Allah je yg tahu. Disusuli pula demam yang melemahkan badan. Namun..Alhamdulillah,puasa masih boleh diteruskan hingga ke akhirnya... :)

RAYA YANG CERIA...


Hehe...tercuit pula hati mengenang perasaan nak menyambut raya hari tu. Rasa betul2 tak bersedia. Persiapan raya hanya dibuat betul2 di masa kecedera
an ( sehari sebelum raya ). Alhamdulillah..hal ehwal mengemas rumah diselesaikan 100% oleh suami kesayangan saya. Saya hanya belikan hiasan dalaman tambahan, kuih2 raya dan kerja2 ringan. Betul2 tak berdaya nak tolong banyak.. Baju raya utk saya hanya dibeli pada malam raya. Ready made aje...

Pagi raya saya bersama2 dengan keluarga mertua di Kampung Balakong (1 km sahaja dari rumah saya :D ) Kemudian ke rumah makcik dan tghari terus ke Alor Gajah, Melaka. Kemudian, saya mula menyedari kini saya dah memasuki fasa 'kuat makan' dalam episod kehamilan saya. Sebelum ni memang saya susah nak makan. Berat badan sepanjang bulan pertama hingga keempat tidak bertambah malah berkuran
g. Kini..rasanya dah bertambah..hehe :D Ketika raya, saya boleh menjamah hidangan2 hampir di setiap rumah dan langsung tiada rasa nak muntah. Alhamdulillah... Mungkin kala ni ujian saya hanyalah rasa sakit pinggang yang menyucuk2.. Takpe, rela sakit pinggang dari muntah2..hehe :)



REUNION YANG DIRINDUI..

Esok..sahabat baik saya, Khadijah Ismail akan selamat bergelar 'Puan'. Tahniah Dijah...Maafkan saya sebab tak dapat hadir sebab ada urusan keluarga. Ming
gu depan, Najibah pula di Terengganu...hmm.. ramai sahabat baik saya bertemu jodoh tahun ni. InsyaAllah..jika tiada aral saya dan suami akan hadir meraikannya. Semalam, sempat saya bertemu bakal Puan Najibah di mini gath lunch...amboi, berseri2 orang berdarah manis ni ye. Hairin, Aziah dan Che Da pun ada sama. Dapat juga melepas rindu dan menyakat budak2 ni.. Mudah2an lepas ni dapat lunch berjemo'oh lagi..insyaAllah :)






Tamatlah kisah 'Idulfitri saya yang ringkas ni... Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri buat sahabat2 yang terjenguk blog ni. Mohon ampun dan maaf andai ada terasa hati atau kesilapan2 yang tidak saya sengajakan. Jemputlah datang ziarah ke rumah saya di Serdang... jangan lupa telefon dulu.. :D








Monday, July 14, 2008

FASA INI PASTI AKAN DIKENANG..

Alhamdulillah 'ala kulli haal..astaghfirullah 'ala kulli zanb..

Hari demi hari berlalu..saya seronok menghitung hari, minggu dan bulan. Walaupun disulami dengan ketidakstabilan kondusi badan, tapi saya tetap gembira (kadangkala mengeluh juga..hehehe). Lain orang lain ujiannya. Saya ditakdirkan mengalami alahan yang 'boleh tahan' teruknya. Muntah paling kurang sehari 2 kali (paling kurang)... tak boleh bau masakan bercampur2 (restoren @ cafe @ kantin), tak boleh bergerak pantas,tekun depan PC lama2..pasti saya akan pening dan 'flat' , kurang selera makan dan alah aircond. Hmm...takpe, mudah2an ade dosa2 silam saya di kaffarah olehNya. Saya baru mengalami suku (or less) pengorbanan seorang ibu dan saya kini benar-benar menghargai pengorbanan seorang ibu.
Petang ini saya akan ke Sepang untuk kursus selama 4 hari. Seram juga nak berkursus dalam keadaan badan yang tak berapa stabil nih... dan berjauhan dengan suami yang selalunya belaian beliau la menjadi penawar terbaik buat saya. Mudah2an Allah permudahkan urusan saya di sana dan mengurniakan kesihatan untuk saya teruskan tugas2 yang menanti. Kadangkala mengeluh juga bila terpaksa bergelut melawan rasa mual yang menggila ketika di pejabat. Sungguh menyeksakan. Takpe..takpe..insyaAllah, tak lama lagi saya akan kembali normal bila trimester kedua menjengah nanti. Sabarla wahai diri.
Sampai di sini dahulu... saya tak boleh berlama2an mengarang. Nanti berkejar ke tandas ;) hehehe... Doakan saya wahai sahabat2 semua :)

Monday, June 16, 2008

Anugerah Illahi

GATH LAGI...


Hampir 2 minggu dah pun berlalu sejak peristiwa 'gath' di walimah sahabat2. Minggu lepas pula disusuli dengan 'mini-gath' bersama sahabat yang sekian lama tak berjumpe (rasanye sejak lepas graduation - Siti Amrina Bokhari.) Alhamdulillah..seperti biase, Aziah pasti menjadi organizer majlis yang sangat cemerlang. Dia la pengarah program + AJK persiapan tempat + AJK makanan + AJK Jemputan dan merangkap Bendahari Kehormat, hehe.... :D Mana-mana majikan yang terbaca entry ni, jgn malu2 contact saya untuk dapatkan khidmat beliau..hahaha :D Tak dapat nak saya abadikan bingkisan2 untuk majlis tersebut memandangkan saya tak berapa rajin untuk mengambil gambar tika itu. Rakan yang biase menjadi mangsa 'bluetooth' gambar -Che Da pun tak dapat hadir. Hanya diambil gambar sahaja :) Mungkin nanti Jibah akan upload..bolehla tinjau2 blog beliau.. ;)




MOGA DIRIMU SIHAT SELALU...


pregnancy

Saya tujukan khas buat anugerah Allah yang kini hadir dan sudi mendiami kantung rahim saya :) Syukur Alhamdulillah....Kehadiranmu lama dinanti. Semoga kamu selamat dan berkembang sihat di situ hingga ke waktu yang ditetapkan. Semoga kamu lahir sebagai anak yang soleh/solehah dan menjadi permata hati kami. Kala ini, rasa tawakkal dan pengharapan saya padaNya begitu tinggi dan semuanya jatuh ke atas anak ini. Tak lupa juga pada kesihatan dan kesabaran saya serta suami. Mudah2an Allah pelihara dan permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amin ya Rabb... sahabat2 skalian, doakan kami ye.



Rasanya..kali ini, perancangan saya untuk outstesen kembali tertangguh memandangkan saya dinasihatkan pak Dokter untuk banyakkan rehat terutama di trimester pertama kandungan. Sepatutnya kini saya berada di Sabah kerana Sukan Dwi Tahunan. Alhamdulillah...saya tak perlu buang masa di sana selama seminggu dan meninggalkan cik abang tersayang keseorangan di rumah...heheh ;)




MINYAK OH MINYAK!..


Saya kira masing-masing sudah puas beremosi, melepas geram, marah...dan tak kurang jugak memaki ( terkenang cerita emak ketika beliau di dalam komuter - ade forum tanpa permit percuma!). Mulanya saya turut 'mendidih' dengan cerita minyak ini...tetapi kemudian kembali tenang. Maklumlah..ibu2 mengandung kene kawal emosi..hehe :D Memang sudah dijangka... sekali lagi cubaan memperbodohkan rakyat Malaysia berulang. Entahla..sampai bila agaknya ye? Subsidi yang tak realistik terutama untuk rakyat luar bandar. Mekanisme yang tak kukuh. Fakta yang diputarbelit. Potongan gaji menteri? Hahaha...ini yang paling lucu! Potongan gaji yang berapa sen sangat di mata mereka tu..nak dijadikan kaedah agung penyelamat situasi. Sudahla kuntummm...... :D Apepun..walaupun harga minyak dah naik, saya masih lagi memboikot Komuter! ;) Tak perlu saya ulas panjang. Rasanya masing2 lagi arif dan ade provokasi tersendiri..kan?kan?



Apalah yang mereka dapat ye? kenderaan takde..tiadalah subsidi buat mereka.Tapi harga barangan makin membebankan mereka..




Sedikit petikan daripada Kosmo! Online...

KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan. Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.
"Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. -
AFP




Buat Duit Main Myspace

Wednesday, June 4, 2008

Absence Makes The Heart Grow Fonder!


Sayu...rindu...suka...dan ceria hati ini membenarkan kenyataan tersebut : 'Absence Makes The Heart Grow Fonder' . Hujung minggu lepas sekali lagi hati saya diizinkan untuk melepaskan rindu kepada sahabat2 yang paling saya sayangi yang pernah hadir dalam umur saya. Sayangnya tak semua ada..tapi saya bersyukur dengan saat dan sesiapa yang ada :) Walimah Nazihah menjadi wadah pra-pertemuan semula sahabat2 yang lama terpisah. Masing2 disibukkan dengan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Hari2 yang dulu selalu terisi dengan gelagat ceria, menghiburkan dan kadang2 'pelik' sudah lama tertinggal jauh di pulau memori. Namun di Walimah Tipah, segalanya seakan di'hidup'kan kembali (Senyum seketika..). Entry kali ni..rasanya saya tak perlu banyak bicara. Biarlah bingkisan2 yang ada menceritakan segala kemanisan itu.

selepas baru bergelar 'Puan Latiffah Man...'

Lakonan yang tak berapa menjadi..konon2 nak amik aura pengantinla tuh...hehehe :D Sudah2la kuntummm... Tipahla satu2nya pengantin yang berjaya di kongker oleh kawan2nye ketika hari pernikahannye..



Hampir setiap malam bersengkang mata untuk menyiapkan mende2 ni..secara berjemo'oh :)


....yang mana akhirnya menjadi seperti ini (belah pepel)....comeinyeeeeee :p


Puan Latiffah...saat disolek sblm mengisi perut dengan jayanya..ade mcm muke2 orang lapo tak??



Selamat Pengantin Baru Latiffah & Suhaimi...sahabat sepermukiman di UM yang tak pernah ku dengar suaranye. Mase akad barula dengar suara encik sorang nih...hehe.



Tengokla kengkawan saya....espesyeli yang berdua baju merah mengapit kiri kanan tuh...aduhai mak yong2 yang ku rindui :D


Sangat real lakonan ini....cemerlang sungguh teraju utamanya (err..yang berbaju pepel di hadapan skali tu le..hahahahah :D )




Tak dilupai...Selamat Pengantin Baru juga diucapkan kepada adik Siti Sarah Nor Meah dan pasangannya Radzi (tak ingat nama penuh). Meriah betul upacaranya di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak. Sempat berjumpa sekejap sebab tempat protokol..tak boleh huha2 cam kat rumah tipah. Barokallahu lakum wa jama'a bainakum fil khairi wal 'afiah



Tidak dilupakan dedikasi khusus untuk suami tersayang...Terima kasih kerana memahami persahabatan kami. Terima kasih kerana mengizinkan diri ini menginfaq tenaga + material pada persiapan kawin Tipah saban malam sehingga larut malam. Terima kasih kerana sudi membantu kerja-kerja rumah..hehe... I love you so much!






Buat Duit Main Myspace