CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 23, 2009

One Good Day In July


Salam hari khamis yg mulia. Pagi2 ni diserikan dengan cuaca yang indah. Walaupun hiway ke ofis sentiasa jem memanjang, tapi mood saya pagi ni agak baik dan dapat hadapi jem tersebut dgn tenang (biase hari2 pun tenang maa..).


Gerhana Matahari paling lama ..



Berlaku pagi smalam (waktu malaysia). Sayangnya kat KL tak dapat nak lihat sama salah satu kekuasaan Allah tersebut.Cuaca pagi smalam pun redup, mendung dan berjerebu.. Sayangnya juga waktu tersebut saya masih di dalam kereta. Kalau tak..boleh solat sunat gerhana matahari (kusuf). Perihal gerhana matahari dan bulan ada dinyatakan dalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mana mafhumnya :-


"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah, tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu."

Fenomena gerhana matahari ni mmg sangat jarang berlaku. Tapi bila ia berlaku..adalah baiknya kita raikan dengan cara sebaik2 kesyukuran dan puji2an di atas kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingnya.

Sya'ban telah tiba..

Hari ni usia kita dah pun menginjak pada 1 Sya'ban 1430H.. sebulan lagi untuk menjengah ke Ramadhan yang dinanti. Agak ralat dan kecewa sebab terlupa dengan kehadiran hari ni lalu saya pun tak berpuasa :( Sayangnyaaa..




Sebaik-baiknya persediaan ruhiyyah bagi menghadapi madrasah tarbiyyah Ramadhan sama-sama kita tingkatkan.. mudah2an ia menjadi medium yang terbaik bagi membersihkan diri dari dosa-dosa sepanjang tahun yang kita lakukan. Tiada siapa pun dapat menafikan keistimewaan Ramadhan dan harapnya.. kita tidak terlepas dari mendapat privilege yang Allah sediakan dalam 'pakej' bulan Ramadhan nanti.. InsyaAllah...

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh an-Nasa'ei :-



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.



Dalam bulan Sya'ban juga ada satu malam yang istimewa..iaitu Malam Nisf Sya'ban...



"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)"


(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).


Jom..jom..jom..jom2x.. jom rebut..rebut.. Jom Rebut Keampunan! :)




Mabruk ya Ummi Najibah!



Seorang lagi sahabat baik saya dah dapat 'kad ibu' semalam. Baby 'Aqilah (kekal ke nama tu? :) ) selamat dilahirkan semalam pada 4.05 petang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan... alhamdulillah. Masih lagi belum dapat pic 'Aqilah.. update ibunye pun belum dapat lagi. Mudah2an cepat recoverla ye Jibah.. sian, dengarnya banyak hilang darah ye.. takpe, pengorbanan tu tak terasa nanti bila tgk wajah 'Aqilah :) Hurrmm... nak tunggu 'Aqilah lahir macam nak tunggu anak bulan raya timbul... saspen aje, tepat2 overdue seminggu baru 'Aqilah nak jumpe ibu ayah dia secara 'live'..hehehe... Semoga menjadi anak yang solehah ye... nanti boleh geng dengan Hana... :)





And the result is.....



Pass!! Alhamdulillah..million thanks to Allah. I managed to pass my JPA exam which is merely tough. Seriously i've been thinking of reseating it on this September because those 2 papers were unfinishly answered. Only 8/10 of each paper.. Took more than 5 mins to keep the courage together and click for the result on JPA's website.. and here it is ...






Alhamdulillah... lepas dah satu syarat... :)



And i'm waiting for one more good news today.. hopefully it WILL BE GOOD!





1 comments:

Unknown said...

Dlm facebook byk betul ayahanda nye letak gambar Aqilah