CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

My 3 Months Old Beautiful Princess


Bila memandang wajah tenang dia, selalu ingatan saya mengimbas..3 bulan lalu, perut saya besar dan ada satu nyawa yang mendiami rahim saya. Selalu menendang, menumbuk perut saya dan memberi respon bilamana saya berbicara dengannya. Kini, ‘isi’ perut tu sudah tersenyum pada saya, bersembang dengan suara lemak merdunya, menangis dengan nada yang comel, menghayun kaki dan tangan dengan cergas bila melihat kehadiran saya, dan tidur dengan tenang bila saya di sisinya sambil memegang erat jari saya. Ye.. kehidupan sebagai ibu ini memang indah dan ceria. Hana… mama dah lupa bagaimana teruknya alahan mama di awal kandungan, mama dah lupa sakit2 belakang dan pinggang mama di pertengahan kandungan, mama dah lupa betapa sakitnya kaki mama yang bengkak dan selalu cramp di akhir kandungan dan mama dah lupa betapa sakitnya menjaga luka bedah mama melahirkan Hana… bila mama pandang wajah Hana, bila melayan suka dan tangis Hana. Betul.. mama mmg dah lupa semuanya. Semua kesakitan dan kepayahan dulu tak terbanding dengan bahagia, rasa rindu dan cinta mama yang melimpah ruah yang Hana hadiahkan pada mama kini.



Hari ni.. genap usia Hana 3 bulan. Makin hari, melihat transisi Hana yang semakin berubah, mmg sangat mengujakan. Dulu Hana hanya memberi reaksi tangisan bila kurang selesa dan diam tanda puas hati dengan keadaan dirinya. Kini, Hana dah boleh tersenyum lebar bila gembira, bersuara manja bila ada yang mengagahnya, bersembang (dengan menggunakan nada suara), mengeluh bila bosan dan pandai tengok tv..hihihi. Hmmm… tak sabar nak tengok perkembangan Hana yang selanjutnya ( meniarap, ketawa, memegang etc…). Cepatla besar ye sayang. Mama doakan Hana selalu dilindungi Allah dan dilimpahi kasih sayang. Happy 3 months old sweetheart :)

Friday, April 24, 2009

MANISNYA EXAM !!!!...

Nak mengabadikan kenangan menjawab exam. Hahaha.... perasaan bercampur baur lepas ambik exam JPA tuh. Rasa seronok sebab cam excited, rasa sedih sebab tak sempat jawab semua soalan esei tuh. Rasa geram sebab ada candidate yang buat keje tak amanah masa jawab exam tu.


MAEPS, MARDI


1st time saya masuk sini masa MAHA 2006. Maeps ni mmg besar. Saya exam kat sinila. Thanks to my beloved hubby sebab hantar dan jemput saya. Takdela pressure nak mengharung jem dan parking penuh. Kebetulan hubby cuti. Mintak tolong le apelagi.. hihihi :)


Paper2 exam..

Saya melalui 2 paper dalam masa 2 hari. Paper hari pertama berkisar tentang Perintah-perintah Am, pengurusan pejabat, arahan keselamatan, surat2 pekeliling pentadbiran dan PKPA. Hari 1st, saya hanya sempat jawab 8 soalan esei dari 10 yang sepatutnya dalam masa 3 jam tu. Ada 2 seksyen pulak tu. Huu... sengal tangan. Saya ambil masa yang agak lama untuk carik jawapan dalam buku...geramnyaaa ! Ramai candidate ngelat masa jawab.. caranya?? pakat dengan member sebelah untuk masing2 jawab satu seksyen tapi buat dalam 2 salinan, kemudian tukar kertas jawapan. So, memasing hanya pulun jawab 5 soalan ajela berbanding yang jawab jujur - 10 soalan. Tak adil kan?? Pengawas exam JPA pun macam tak terkata.


Hari kedua pulak, ade perubahan.. candidate kena duduk sorang2 untuk elakkan kejadian ngelat lagi (huh..depa ni tak penah ke experience problem ni dalam sesi exam lepas2 yek?). Papernya solidly pasal Buku undang2 kerajaan. Merangkumi perlembagaan persekutuan dan akta2 yang terpilih. Soalannya, ade yang straight forward dan ada yang selit2 dalam situasi cerita. Huhu..mula2 gelabah jugak nak membaca dan menjawab exam ni. Yang paling sadis... saya tak pandai tafsir nombor2 dalam keterangan akta tu. Ish.. mana satu seksyen, mana satu fasal, mana satu perkara? Mana satu nak sebut dulu nih?.. Belek punya belek buku tu..baru paham.Hah! ni dah makan masa menjawab ni...arghh!! Saya memang tak sempat nak mencarik soalan2 lepas. Bos pempuan dah janji nak bg pinjam buku contoh soalan dan jawapan. Last2 memasing sibuk dan lupa. Sampai hari isnin sehari sblm peksa terpaksa mintak excuse dengan director dept untuk membawa diri ke library dan habiskan tagging buku dan study.

Hmm... tak taula, saya rasa cam kene re-seat balik aje exam. If kene la, bulan 10 nanti la jawabnya.. Huwaaa... 2nd paper tu pun sempat jawab 8 esei aje. Geramm... Tak taula berapa markah lulus dia. Lets wait and see hoccay!!...

Monday, April 20, 2009

LAMA TAK BERCERITA...




Hmmm...sindrom kemalasan mengupdate blog dtg kembali. Dah keje2 gini, mmg kurang kerajinan nak bercerita. Dulu mase dalam cuti maternity bnyk masa nak update. Kat ofis sibuk dengan keje2 yg kebelakangan ni suka dtg mengejut2. Bos ni cam nak balas dendam aje..mentang2 la saya rileks 2 bulan hari tu, skang rajin benor hantar memo untuk saya buat tindakan susulan yang kadangkala tak logik keje yang dibaginya tu..geram ! Takpela... ni citer2 lepas....


Bingkisan cerita dari Bagan Lalang, sepang.


Kesekian kalinya saya menjejakkan kaki di Pusat Latihan agensi saya di Bagan Lalang, Sepang. Kali ini tujuannya lebih kepada menjadi escort bos perempuan saya yang takut menghuni chalet di situ keseorangan. Beliau mengetuai sesi brainstorming 3 hari bagi salah satu sub-tajuk halatuju dan perancangan strategik agensi saya. Maka dengan berat hatinya saya terpaksa menemani beliau dan meninggalkan Hana pertama kali di waktu malam. Rasanya anda semua maklum mcmana perasaan saya berdasarkan entri-entri lepas :) Tak perlu diulang...


Kebetulan mase di Sepang, pilihanraya bukit gantang dan selambau tgh berlangsung. Maka topik utama bos2 yang participate sesi brainstorm tu sekitar PR la. Hehe..menarik betul. Lagi menarik bila keputusan election dah keluar. Emo la sebahagian bos2 tu..sebahagian lagi rileks aje. Mungkin penyokong Pakatan Rakyat kut..kuang3x. Sorang bos negeri Perak mengungkit ..


" Apelagi la nelayan ni nak? dah bagi kebenaran bukak pusat jualan minyak berpuluh2, siap bekalkan kat dieorang PDA sorang satu..tapi kalah jugak.. mmg komunis betul dieorang nih" - komunis merujuk kepada nelayan kat satu kawasan di bukit gantang yg majoritinya nelayan cina.


"Dieorang ni kebanyakannya simpati ni..." ujar sorang lagi bos. Hmm.. saya tak berapa faham maksud simpati tu. Saya tak ikuti sangat cerita2 election kat media.


" Lepas ni kita tutup ajelah projek ekonomi dgn pusat jualan diesel kat situ. Tak mengenang budi betul" sorang lagi bos beremosi...


..dan saya hanya tersengih2 aje mendengar cerita2 org lelaki yg emosi tu. Hai.. bukan tugas kita nak menyekat hak2 orang ramai. Sebagai agensi kerajaan, kita adalah pemudahcara yang mengurus dan membelanjakan wang dari rakyat. Segala infrastruktur yang disediakan untuk kumpulan sasar bukan duit agensi tapi dari hasil pelbagai transaksi yang rakyat buat. So..kenapa nak mengungkit dan sakit hati? Patutnya fikirla balik..kenapa setelah disediakan memacam tapi kita bukan masih menjadi pilihan? Apa yang terkurang?.. apa impak dari kerja yang kita buat?..mungkinkah ada ruang2 yang memperlihatkan kita ni masih negatif? mcmana pulak minda kumpulan sasar? Ade kita ambik tau? Betul kita berjaya merubah minda mereka?.. Haa.. banyak keje nak ambik hati rakyat ni, bukan main macam2 kat dieorang. Rakyat sekarang dah bijak memerhati, menilai dan membuat pilihan. Bukan macam dulu2.... rasa terhutang budi. Macam atok saya kat kampung...


"Mas sokong sapo?" tanya atok.


"Adelah tok..mana buleh cakap. Atok sokong BN ke?" Hehe...diri sendiri takmo bagitau, nak tanya orang punya.


" Atok sokong UMNO la, UMNO dah bagi macam2 dah.. buek jalanrayo, jago keamanan, tu jalan kek ujung kampung, adun UMNO yang buek copek(buat cepat). Pembangkang takdo buek apo2, melawan kojo eh.. " syarah atok saya.


"Hehe..dah nama pun pembangkang, mmg kejenye membangkang ajela tok..hihihi" Saya bergurau dgn atok.


....kenangan sembang politik dgn atok, sorang bekas askar zaman Malaya..huhu.
Ops...cerita Sepang tersasar sikit. So, di sepang, saya sibuk menjadi balaci kepada bos pempuan. Tukang pasang LCD, update charts, print kertas2, dan sumbang idea sikit2. Tak berenggang dgn henfon di mana penuh dgn video2 dan gambar2 Hana. Saya jadi sangat kamceng dgn henfon sekarang. Hehe... penawar rindu yg teramat pada pengarang jantung saya.


Exam JPA (undang2 kerajaan)


InsyaAllah selasa dan rabu depan, saya akan menghadapi exam di MARDI. Exam ni adalah salah satu syarat pengesahan saya di agensi kerajaan sbg Pegawai Gomen Tetap. Buku2 dia..mak aii, tebal berinci2. Tapi nasibla exam ni open book. So, strateginya, kene tau nak rujuk bab mana dan buku apa untuk dibuka. Ada 10 soalan esei dalam masa 3 jam. Kawan saya yg dah penah exam kata.. exercise la jemari tu sebab nak memecut mase exam nanti.. nak kejar masa. Huhu.. saya dah lama tak menulis banyak2. Maklumlah, dah tinggal dunia mahasiswa yang penuh dengan exam. So far, tagging buku dah siap. Mudah2an okla semuanya. Yang paling best.. selasa rabu tu saya dapat cuti tanpa rekod.. yiehaaa!...


Bila nak menghadapi exam.. saya selalu terkenang zaman2 belajar dulu. Masing2 sahabat2 saya punyai style yang tersendiri bila exam. Yang pastinya kawan2 saya semua rajin study bila nak exam. Ada yang study hampir setiap malam - fikiran melayang pada arnie dan sarah. Study setiap malam berteman 'kochoc' (kopi + chocolate).Nampak dieorang tak pegang buku adelah bila habis paper. Start semester, mula balik aktiviti menelaah gaya syadid tu.. hehe. Ada yang study mulai musim2 silibus nak habis. Ni kebanyakanla nih. Dan..ada yang study malam sebelum exam. Haa... ni saya la ni. Hahaha.. terus terang saya katakan, saya style study saya adalah malam sblm paper tersebut. Mungkin orang lain rasa habit ni tak baik tapi ini cara saya. Saya pernah cuba study secara tadarruj..mulai awal2 semester. Tapi hasilnya, saya tak mampu nak mengingat dengan baik. Mungkin jugak rasa tenang bila study buat saya tak berapa fokus dalam study. So..mudah lupa. Bila study last2 minute, rasa macam absorber ingatan saya in high peak performance. Huhuhu.. masa di kisas dulu pun, study last minute.. tapi situasinya lain sebab kisas banyak kelas tambahan dan latih tubi yang cikgu bagi. Kat UM..huuu, mmg kerja gila betul. Alhamdulillah la.. Allah kurniakan otak yang baik. Kalau tak...ntahla :) Mungkin saya takde kat tempat keje sekarang ni. Hmm... tapi sebenarnya, jauh di sudut hati...sekiranya masa boleh diputar, ada juga hajat nak ubah gaya study tu. Nak jugak merasa anugerah dekan. hehehe.... Ops, suka saya nak ingatkan, study last minute ni..bukanlah menghasilkan result yang gempak ye. Sesuaila result tu dgn gaya usahanya :) Apa yang saya buat masa org lain study? Hmm.. kebanyakan masa di rumah sewa dulu, saya suka masak utk org study.. hahaha. Tu yg 'sehat2' sumenya mase belajar dulu..hahahaha :D Kadang2 lukis kartun, explore photoshop.. ada jeling2 buku sikit2 aje.. :) Hai.. kenangan2...

Okla kengkawan..doakan saya lulus exam open book ni yek... Bulan depan kalau takde aral, mungkin kene pegi induksi + BTN 16 hari.. auwhh... mampu ke saya mengharung sebegitu lama tanpa Hana di sisi??? isk..isk..isk... :'(