CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 30, 2009

Blues Hari Isnin

Selamat Kembali ke Hopis…


Selamat tinggal dunia surirumahtangga sepenuh masa.. selamat datang dunia ibu berkerjaya. Huu… bosan + excited. Bosan sebab kembali menghadap traffic jam (ye.. mmg tersangatla jammed! ) Duduk sepanjang hari di ofis smbil menghadap data, pc yang internetnya ade tembok api (firewall yek..bukan kame hame ha dan sewaktu dengannya) dan paling tak best.. berpisah dengan Hana.. uwaaaa !!! :'(

Mmg pagi saya hari ni bermula dengan syahdu, sayu dan pilu. Sebaik aje bangun jam 5.50pagi tu… saya pandang Hana yang tengah tido mengiring dan mukanya menghadap saya. Tanpa membuang masa, airmata saya terus mengalir laju bila menatap wajah kesayangan tu. Kemudian saya gosok gigi dan terus solat subuh. Bertambah laju airmata saya mengalir. Kemudian saya dukung Hana untuk disalin pampersnya.. tangisan saya makin menjadi2.. teresak2 saya menyalinkan pampers Hana. Hana pun menangis sama… mungkin marah tidurnya diganggu. Saya pujuk Hana sambil menangis, peluk Hana kuat2 dan Hana tidur di bahu saya. Suami pula memujuk saya supaya jangan menangis. Tepat jam 6.18pagi.. saya dan suami keluar rumah untuk hantar Hana ke rumah mak toknya. Saya tahan sedu dalam kereta, tak mau dilihat sembap menangis oleh mama. Hana masih lagi tidur dalam pelukan saya. Sampai di rumah mama, saya cium Hana sepuas hati dan serahkan Hana pada ayah mertua. Hana menangis kembali. Air mata saya mula bergenang, cepat2 saya menyalam tangan ayah dan mama mertua saya dan terus meluru ke kereta. Dalam kereta saya menangis tersedu2 lagi. Suami membawa saya pulang ke rumah untuk bersiap2 ke opis. Dalam kereta saya dipujuk lagi.. “ Jangan menangis sayang, nanti Hana boleh rasa Mas sedih, nanti dia meragam.. petang karang jumpe Hana balek ye”. Saya menahan sedu2 tangis. Hana… mama rindu!!! . Sepanjang 2 bulan saya mengulit Hana 24 jam sehari. Dan sebulan sebelum keje, saya menguruskan Hana sepenuh masa dari pagi ke malam. Hari2 saya dihiasi dengan karenah2 dan mimik wajah Hana. Mana la tak sedu2 bila kena berjauhan setengah hari dengan budak mulat tu :(


Hana dah 2 bulan…




Alhamdulillah Hana sihat2 dan makin ‘sihat’. Kalau dukung dia dah makin terasa. Dah makin panjang pun iye juga budak tu. Dulu kalau dodoi dia, ngam2 je satu badan dalam pelukan, sekarang kaki dah berjuntai2. Gigi dia menten sebatang lagi. Paeds cakap maybe gigi tu takkan panjang2 dah.. dia cumel mcm tu ajela. Dan yg paling best rutin harian Hana dah makin stabil. Lepas kes 3 minggu lepas dia tak tido sepanjang malam ( 10pm- 8am ), esoknya terus rutin Hana berubah, tido sepanjang malam dan bangun 2x aje untuk menyusu. Maybe tula org kata ragam dalam pantang dah habis. Harapnya, lepas duk ngan mak toknya ni, rutin dia tetap mcmtu la. Masa saya jaga, mmg waktu siang tu saya main2 aje dgn Hana sebab tak nak bagi dia tido kerap sangat. Bawak dia jalan2 waktu pagi dan petang bagi dia letih. Bila malam pukul 10mlm.. terus lena. Hmm.. papepun, Hana saya dah makin membesar dgn sihat, Alhamdulillah. Minggu ni nak kene jumpe paeds balek sebab nak cucuk untuk dos bulan kedua. Tunggu hubby cuti la. Tak sanggup nak tgk Hana meraung sorang2, nanti saya yang join meraung sama pulak. Huhuhu…


Di ofis ...

Biase aje. Bos besar pulak takde sebab miting di perlis. Bos pompuan mc.. so, hari pertama di ofis masih santai dan seperti biasela, sesi interview oleh akak2 dept berlangsung …

“ Camne leh kene bedah, mas?”
“Anak sape jage?”
“Anak ikut muka sape? Ade bawak gambar?”
“ Awak berpantang camne?” bla bla bla..pok pek pok pek..

Dan yg paling sadis..
“ Berat badan banyak turun?” Huuu….. macam polis pencen ! Tgk sendiri laa.. :D

Bila sampai kat meja jam 8.05am tadi, tgk bersusun surat2 & memo.. Fuhh, kacau jugak jiwa ni takut kalau banyak mende ‘pending’. Belek2.. ade surat celcom, surat credit card, penyata cukai pendapatan, slip gaji, beberapa memo makluman dan memo susulan. Alhamdulillah, takde mende yang berat2 . Bukak pulak emel opis, aikk.. nape tak macam dulu? (squirrelmail). Dah pakai zimbra mail la pulak. Tak boleh login pulak tu. Pastu diajar barula boleh login…Alhamdulillah, inbox kosong. Habis ilang emel2 lama saya dulu. Bukak pulak GOE.. wahhh.. ade 33 unread message. Scan2 topik, okay.. takde yg urgent. Pastu Imah jumpe sebab nak tanya pasal previous meeting pasal satu website bawah kementerian. Aikk.. nape Imah kene gi putrajaya miting website pulak ni? Owwhh.. rupanya, keje selia websites dah diberi pada Imah. So, saya sekarang fully focus pada keje2 admin bahagianla. Bagus jugak.. tak payah sibuk2 nak cari content website lagi. Dahla tak well-compiled. Jenuh nak kene tanya balek ngan orang yg handle sblm ni.

Pastu join akak2 dept ni masak pulut sotong dengan santan kat pantry. Hahaha..bila bos takde camnila.. Ala, kalau bos ade pun selamba aje masak. Bos sporting. Hmm… sedap jugak pulut sotong santan ni yek.. wangi je santan dia sebab taruk halba. Pastu akak2 ni bawak rendang ayam dgn ikan masin pulak..waahhh, seleranya. Tapi tak makan banyakla sebab limited aje bendanya. Makan pulut dgn santan banyak2 pun jadik muak nanti.

Petang ni? Hmm.. takde mende nak buat, so menghitung waktu nak jumpe Hana ajela… Hana, tunggu mama tau!!..


Tag dari Najibah

Hmm.. kene tag lagi. Tag yang lebih kurang sama mcm tag lepas. So jibah, u can refer to my previous entry la yek. I’ve listed 16 facts/habit/goal of mine. U can pick any 10 facts to complete ur tag, hehe… but I like to elaborate more on the 2nd request which is “2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini ”.. Well..

Najibah Mustaffa ni saya kenali waktu di APIUM Nilam Puri, Kelantan. Mula rapat lepas sama2 memegang jawatan dalam kepimpinan di sana. Mase tu jibah veeeery fragile & low profile. Hehehe..paling ingat sekali bila dia selalu mengalirkan airmata sebab sahabat baiknya yang seorang tu (mama muaz) dan jugak partner keje dia. Saya la antara yang rajin tashji’ dia utk move on, yakin dgn kelebihan diri dan jangan terlalu mengharap pada sesiapa. Itu antara yang diingatla ttg zaman tu..

Pastu..transisi di UMKL, laluan pembangunan diri dia lebih baik dari saya sehinggala dia menjadi ‘ibu tiri’ saya (PMA) …hahaha :D - bonda saya tetap si maryam tuh. Saya dan najibah ditakdirkan serumah selama..berapa tahun ye bah? Dari RS hingga ke AZ.. hmm, 2 tahun lebihla kut. Banyak pahit dan manis dikongsi bersama. Mengenali fe’el jibah dari veeery fragile, dah berubah jadi kuat sikitla kat KL..hehehe, jadik high profile person dan outspoken, Jibah masih setia dengan mama muaz tapi tidak lagi sedih2 macam kat Nilampuri dulu. Dan sekarang.. yg pasti Jibah kini dah jadi isteri orang dan tak lama lagi jadi ibu. Dari jadi ‘ustaziah wakaf’ pastu pulak ‘ustaziah’ takapul dan sekarang pulak jadik ‘ustaziah’ lecturer, .. dan impiannya untuk menjadi ‘insan yang terhormat kerana ilmu’ dah menjadi kenyataan. Tahniah Jibah.. All da best to u.. right now, future and the hereafter :) Fullstop.. ur tag is answered :D And I will not circulate this tag to anybody since I’ve did it before. Maryam, cepat jawab tag aku tu kalau takmo tgk cucu ko lupakan ‘nenda’ dia..hahahaha :)

0 comments: