CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 15, 2008

CUTI-CUTI DI HARI ISNIN :)

Hari cuti yang menyenangkan..hehe, cuti di hari Isnin?? Jangan marahhh.... Saje je menghabiskan cuti yang berbaki 6-7 hari lagi. Saya tak bercadang nak carry forward setakat ni. Tapi tgklah, mana tahu tiba2 terasa malas nak cuti di hujung tahun. Takde plan nak ke mana2 setakat ni. Hubby pun dijangka kerja lepas2 cuti krismas nanti. Kalau berbaki..bolehlah carry forward.


Mulai tahun depan, lantikan 'gomen' baru hanya dapat cuti tahunan 25 hari sahaja. Hmm..tak seronoknya cuti dikurangkan. Alasannya untuk meningkatkan produktiviti kerja. Saya tak termasuk dengan dgn skim cuti JPA yang terbaru nih. Maka kekallah cuti tahunan saya berjumlah 30 hari setahun. :) Wuihh..beza 5 hari je pun bawa impak juga tau.. Hehe, nak tergelak pun ye jugak dengan pekeliling baru ni. Bukan nak merendah2kan kerja kerajaan. Tapi terma 'PRODUKTIVITI' dengan 'SEKTOR KERAJAAN' ni takde kene mengena dengan banyak atau sikit cuti yang ada. Tapi lebih kepada PERUBAHAN MINDA penjawat awam sendiri. Kalau sedikit cuti yang diberi, tapi masih malas nak bekerja mengikut standard yang betul..maka 'output' sistem penyampaian kerajaan masih di takuk lama. Kalau banyak cuti yg ada tapi semua kerja berjalan dgn lancar dan impak pada golongan sasaran tercapai, itulah produktiviti sebenar yang nak dicari. Tapi..tak apelah, salah satu usaha kerajaan...cubela..cubela :D



MENU HARI INI..

Hehe..bila bercuti, saya pun buat aktiviti kegemaran saya : Memasak :) Dah lama tak memasak lauk pauk. Jika bekerja mmg saya tak berkesempatan (dan tak berdaya) nak masak beriya2. Sampai di rumah dari ofis aje dah pukul 6.30 ptg (kalau tak tersangkut dalam jem). Khamis lepas (cuti besday sultan selangor) saya hanya sampai di rumah pada jam 9.15 malam. Bertolak dari ofis di Jalan Raja Chulan pada jam 8.00 malam. Tak sanggup nak mengharung jem jika balik pada jam 5.30 petang :(


Ok..berbalik pada menu air tangan saya untuk cik abe :-

* Dari Atas kiri : Daging masak blackpepper + kentang, Scramble sambal telur, Sayur taugeh + tauhu.

Hehe...cik abe saya makan sampai 'kebotong' (bahasa org jawa). Saya pun seronok tgk dia makan. Maklumlah cik abg saya tu kalau lauk2 beli dia susah sikit nak makan. Macam mau tak mau aje :) Kebetulah daging korban minggu lepas masih belum diprojekkan..maka dah selamatlah jadi hidangan kami sekeluarga tadi :)


KUCING BERSALIN..

Haha...kucing bersalin pun nak citer ek? Takpelah... kucing ni agak special sebab berjaya melembutkan hati ayah saya yang bencikan kucing. Kisah silam yang 'perit' bersama kucing membuatkan ayah saya akan melemparkan selipar, menyebat dgn penyapu dan menghalau mana2 kucing yang menjejakkan kaki ke rumahnya (di Kajang). Tapi kucing yang sekor ni...tak pulak dihalaunya. Malah dicarikan kotak, dan dibiarkan keluar masuk di dalam rumah.

Kisahnya, kucing ni bersalin di bawah katil ibu ayah saya. Dan melahirkan 6 ekor anak yang saaaaaangat cumel !! Ayah men'transfer' kucing ke dalam kotak dan meletakkan di luar rumah. Sejak hari tu, kucing tersebut diberi makan minum secukupnya. Oleh kerana malas nak menggaul nasi dan ikan bilis, maka saya belikan whiskas. Senang utk adik saya sebab dia mmg tak pandai gaul nasi etc... Bagi makanan segera aje. Hehehe... Ni gegambarnya yang diambil oleh cik abg saya :-


Hehe...comel sangat kan?? Tak tau sampai bila boleh bertahan. Rasanya bila anak2 kucing tu dah besar dan pandai 'poop' sendiri...mesti ayah saya dah tak tahan kembali. Hmm..nasible kucing oiii.. :)


Countdown saya pulak yg bersalin???


pregnancy

Doakan saya ye!!!! Tolonglah doakan...

4 comments:

Anonymous said...

Sedapnya die masak. Terliurlak. he3. Zirahlah blog sy ibnunaeem.blogspot.com

kawakib_duriyah said...

Mastura, lain kali kalau boleh jangan gunakan flash bila ambil gambar kucing. Matanya terlalu tajam untuk dpt cahaya terang.

~aRniNaDrah~ said...

Setuju tentang cuti staff gomen. rugi oo kalau setahun dah 5 hari, ada lagi 30 tahun perkhidmatan tak ke 150 hari cuti sedangkan yang masuk golden hand shake cuma extra 30 hari je (from 120 ke 150 hari). yang balance tu takde apa2 replacement pun... bukan nak berkira, tapi kerja skrg pun dah berlebih jam tapi tak dpat apa2 OT pun. Kira ok la cuti 30 hari setahun tu kan...

An-Naurah said...

Hahaha...betul tu kak, xkisahlah terlepas gratuti GCR sampai 5 bulan gaji pun.. dapat extra cuti lagi best kan kak dee.. :) Neway..thanks sbb ziarah blog saya.